.

30 September 2014

Aku yang dulu




    Bismillahirrahmanirahim...Salam sayang uolls!

    Tengah mengemas dalam almari tadi tetiba terselak
buku akuan nikah dan terpandanglah gambar ini.

gambar pasport nikah

Muda belia gitu!rasanya nak putar masa kemasa lalu kembali.
Masa ni umur ku 23 tahun.Tapi sekarang udah 44 tahun...

ini yg terkini

Kalu dahulu pinggang macam kerengga,tp sekarang dah susah nak
kenal dimana letaknya pinggang ku!!!Uwaaaa....

posing ckit uolls!gambar penuh...

Zaman ini badan sekeping je tapi sekarang berkeping-keping jadinya.
Apa pendapat uolls bila nengok ketiga-tiga gambar ku ini?
Jumpa lagi,Wasallam...

25 September 2014

DIY: Homemade



    Bismillahirrahmanirrahim...Salam manis uolls!

   Hobi saya 'cenggini' lah uolls,entry yang lepas-lepas pun dah banyak saya
'share' pasal DIY (jom buat sendiri).Selain dari buat hiasan dalaman rumah,menjahit,
menggubah bunga dan memasak..inilah satu-satunya hobi saya.

ini antara batu2 permata utk dijahit ditgn baju or tudung.

jahitlah mengikut kreativiti memasing..cam ada xkena jer!

siap dijahit dikedua2 belah tgn baju..

  Bukan memandai nak ajar uolls tapi sekadar nak berkongsi manalah tahu
uolls boleh buat sendiri dengan lebih kreatif lagi!

ni bunga2 kain yg siap dijahit boleh ditempek dibaju
mcm yg ni saya jahit ditgn bj

selain dr buat brooch,bleh gak dijahit dibj sbg bunga tampal.

  Kerja-kerja seperti ni menuntut kesabaran dan kerajinan ditambah dengan masa
yang terluang diperlukan.Moga dapat banyak manfaat dari perkongsian ini.
Jumpa lagi,Wasallam..

Lapang Sasar!




    Bismillahirrahmanirrahim....Salam sayang uolls!

      Minggu lepas sewaktu dailog bulanan kat tempat kerja en suami,Bos en suami
ada cakap yang tahun ini bakal dapat hadiah besar iaitu lapang sasar!

   Tapi en suami tak cerita pula pasal ni.Rahsia la kot..!
Sebenarnya tetiap tahun akan dapat barang dari tempat kerja en suami.
Ala,itu pun dari potongan gaji wealls semua juga...

   Cuma tahun ini berahsia sikit sebab sepatutnya dapat tetiap bulan Ramadhan.
Ni dah terlebih hari dan bulan.Ingat tak dapat apa-apa tahun ni.

inilah benda alah tu..anak2 ckp 'ini x adil'....hehe

  Bila tanya en suami,jawabnya rahsia tapi bila didesak..akhirnya en suami
cakap 'komputer'.Mulanya ingat computer rupanya comforter!!!

   Uolls tahu ke idak apa makna lapang sasar tu?lapang sasar tu
sebenarnya satu tempat untuk latihan tembak menembak.Hanya pasangan
suami isteri saja yang paham tu..!hehe

   Semalam baru terima,hari ini cuci dulu..malam ni bolehlah pasang..
jangan jeles uolls!!!Jumpa lagi,Wasallam...

16 September 2014

Panggilan Baitullah



    Bismillahirrahmanirrahim...Salam sayang uolls!

     Hari ini kita menyambut hari Malaysia yang ke 51 uolls.Kebetulan pula dengan cuti sekolah,
ramai yang ambil kesempatan pergi bercuti.Tak ketinggalan juga kenduri-kenduri kahwin.
Sekarang pun musim orang keMekah untuk menunaikan fardhu Haji.

impian setiap dari kita hendak kesini..

  Seminggu lepas ada panggilan dari kawan semasa sekolah menengah dikampung.
Entah dari mana boleh dapat nombor pun saya tak pasti.Rupanya sekadar nak
memohon kemaafan jika ada kesilapan yang pernah dilakukan dahulu.
Alhamdulillah..kawanku ini rupanya akan ke mekah untuk menunaikan haji jadi
kena mintak maaf dengan semua orang katanya.Alahai,ni masa beliau..turn kita
entah bila..

   Jiran saya pun baru saja berlepas ke kota Mekah dua hari lepas.Beliau sempat
meninggalkan kunci kereta bersama duit Rm 50 untuk mengisi minyak dan mintak
tolong panaskan enjin keretanya sewaktu kepergiannya.Beliau pergi bersama
suami isteri.Kunci rumah pun ditinggalkan oleh anak daranya pada saya.
Anak daranya masih study kat UKM dalam jurusan medic..dah ada kereta sendiri,
boleh berdikari dan boleh kesana sini sendiri.

   Moga semua tetamu Allah mendapat haji yang mabrur..In Sha Allah.Jumpa lagi,Wasallam..

#ada berita pasal ribut pasir dikota mekah...moga semua tetamu Allah disana dalam keadaan selamat.


13 September 2014

Rezeki dari Allah



    Bismillahirrahmanirrahim...Salam Sayang uolls!

     Bermulalah cuti sekolah selama seminggu.Pasti uolls ada yang balik kampung
atau bercuti kememana destinasi percutian bagi menghilangkan lelah bekerja...best tu!

   Minggu lepas baru je lapor diri anakanda sulung masuk tahun ke2 pengajian di UIAM.
Tup....tup...petang semalam dah sampai kerumah..!Biasalah awal-awal ni 'homesick'
katanya....hehe.

 Pulang dengan menaiki komuter...tapi sebab dah lama tak naik komuter,terbabas
sampai ke Seremban..nasib baik sedar yang diri telah tersesat terus naik komuter lain untuk
ke Kajang.

yg mana satu pilihan uolls?hehe..

  Buah tangan pun dibawa bersama buat adik-adik dan ummi abahnya...Seperti kata
Tan Sri P.Ramlee,"rezeki dari Allah,labu..."hiii..
Sejak bekerja time cuti semester riteww,ummi abah dan adik-adiknya dapatlah merasa
makan yang sedap-sedap.Belanja makan direstoran sekeluarga..terharu la pulak!

tadaaa....ni la buah tgnnya!!!saya suka yg badam dan blueberry tau..

   Menteri KDN,Datuk Zahid Hamidi pun ada menyarankan supaya penjawat awam
terutama yang beruniform menjaga pemakanan.Dalam ucapan beliau diperhimpunan
bulanan di Putrajaya dua hari lepas mengatakan nanti nampak tak cantik bila memakai
uniform bila perut boroi..!!En suami yang cerita ni sebab dia pun berada disana riteww...

    Dalam berita pun ada menyatakan kebimbangan dengan tabiat makan
rakyat Malaysia.Oleh itu jagalah pemakanan uolls demi kesihatan yang baik berpanjangan.
Jumpa lagi uolls,Wasallam...

10 September 2014

Besday girl



  Bismillahirrahmanirrahim...Salam manis uolls!

    Sejak buka blog ni semua benda nak berkongsi dengan uolls!Belum pun setahun
umur blog ini sebab itu la nak share semua benda ni,walaupun yang throw back.



kek wajib ada..budak kerja kedai kek buat kerja pun xelok..tulis pun salah!

antara present dr kengkwn..byk lg sebenarnya tp dah throw back kan...

ini lak hadiah yg dpt besday thn lepas..meriah kan!

  Pada 29hb ogos riteww adalah harijadi Puteri bongsu saya.Macamana boleh terlupa 
nak tulis entry ni??nak kata sibuk,rasanya tak adalah sibuk mana pun..!!

ini lah tuan punya badan...merah sangat la mak ngah!!!

  Sekarang Puteri bongsu ummi dah dewasa,dah jadi anak dara dah..umur pun dah
15tahun.Ummi cukup bangga dengan Puteri ummi..Nur Nisaa' Syuhada...:)
Moga menjadi anak yang solehah buat ummi dan abah.Teruskan perjuangan demi
cita-cita yang diimpikan..semoga cemerlang pt3 oktober nanti..In Sha Allah!
Jumpa lagi,Wasallam...

08 September 2014

Pengajian tahun ke2 bermula



    Bismillahirrahmanirrahim....Salam manis uolls!

     Alhamdulillah...setelah bercuti panjang selama 3 bulan dari study,hari ini bermulalah
episod baru buat Puteri sulungku.Tahun kedua di semester pertama.Makin mencabar
dan ujian pun makin bertambah.

bersama puteri sulung dan puteri ke2 ku...

   Baru saja berpisah sehari sudah rindu-rinduan umminya!Marilah uolls sama-sama
doakan moga dipermudahkan segala urusan Puteri sulung saya ini.

bersama puteri sulung ketika menghantar puteri ke2 balik ke shah alam..

 Masih di marhallah nusaibah tetapi blok berlainan pula.Bilik ditingkat kedua ni tak
penat sikit,cuma naik dua tangga dah sampai kebilik...Alhamdulillah.

ketika shopping sempat berselfie...

dibilik asrama..

   Teruskanlah perjuangan duhai anakanda ku,Nadratun Naim..Pada semua anakanda2
ku,kalian sentiasa dalam doa ummi..moga berjaya dunia dan akhirat..In Sha Allah.
Jumpa lagi,Wasallam...