Bismillahirrahmanirrahiim...
Mulanya rasa tak nak bercerita sebab masih dalam kesedihan berpisah dengan Puteri bongsu
tersayang tapi setelah sepuluh kali pikir rasanya ada baiknya ku teruskan perkongsian ini.
Semalam adalah hari pertama Puteri bongsu berada disekolah barunya.Pendaftaran
semalam melibatkan pengambilan tingkatan 4 yang baru dan ambilan ke2 ketingkatan 1.
(yang buat rayuan).Sanggup mereka buat rayuan semata-mata nak anak-anak mereka
belajar di SBP.Padahal kalau nak dikira memang sudah banyak ketinggalan dalam pelajaran
sebab di SBP memang laju sikit pembelajarannya.Umpama di UNI gitu..!
| SBP sains yg menjadi rebutan.. |
Pukul 9 pagi wealls beratur untuk dapatkan nombor giliran dan ambil beberapa helai borang
untuk diisi.Antaranya borang beli syer @ saham koperasi,borang maklumat ibubapa,
rekod pergigian dan borang maklumat murid.
| tangga ini sungguh memenatkan.. |
Setelah itu kena ikut nombor yang dipanggil untuk pendaftaran asrama dan memakai
'nametag'.Seterusnya ke kaunter PIBG untuk bayar yuran sebanyak RM 80.
Ke kaunter saham koperasi pulak bayar saham yang kita pilih,ada RM 5,RM 10,RM 20 dan RM 30.
Selepas itu ke kedai koperasi untuk membeli keperluan di asrama,seperti cadar dan sarung bantal logo sekolah,selimut logo sekolah,baju outing,kain sutera hari jumaat,kain baju batik,buku peraturan sekolah,
buku-buku tulis besar dan kecil..semuanya berjumlah RM 319.Yuran asrama,yuran dobi dan yuran makan setahun wealls diarahkan bank in.Nantikan berapa wealls kena bayar ...Tunggguuuu..!!
| lokasi asrama diats bukit terpaksalah mendaki tangga ini.. |
Wealls dibawa ke asrama pula untuk pasang cadar dikatil dan memilih almari.
Subhanallah..nak ke asrama kena menaiki tangga yang tinggi,lepas tu biliknya pula
terletak ditingkat dua uolls!Pengurusan dari awal hingga akhir semuanya students yang handle.
Jam 11 pagi ibu bapa dan anak-anak kena masuk dewan lagi untuk taklimat dari pengetua.
Setelah diberi penerangan dan ada soal jawab dari ibubapa wealls boleh ke dewan makan
untuk melihat anak-anak makan (ibubapa boleh tengok jer!).Lauk semalam
nasi minyak,kurma ayam dan acar.Air sirap panas.
| puteri bongsu terpaksa memakai baju putih,kalu disekolah lama baju biru coz pengawas sekolah. |
Oleh kerana lapar pula bila tengok Puteri bongsu makan,wealls ke kantin order nasi putih
berlaukkan ikan gelama goreng bersama kuah kari dan kacang bendi goreng.
Pihak sekolah memberi wealls sampai pukul 4 petang untuk bersama anak masing-masing.
Malam tadi dalam pukul 10.30,terima panggilan telefon dari Puteri bongsu...
"ummi dan abah ok ke..?"Beginilah bila anak-anak tinggal diasrama sekolah,wealls kena tunggu
panggilan sebab wealls tak boleh buat panggilan.(handphone tak dibenarkan)...Wallahua'llam.





