Bismillahirrahmanirrahim..
Lamanya tak ke udara..rindu pada uolls semua! Bukan apa sekarang ni
waktu paling sibuk.Mana nak menyiapkan tempahan menjahit baju kurung orang lagi,
anakanda kat UNI pula berselang seli baliknya dan yang paling ketara
adalah menyediakan persiapan untuk si bongsu keasrama.
![]() |
| berselfie ckit!hiii... |
Hari selasa minggu lepas wealls ke hospital semenyih untuk buat medical check up
selepas buat appointment terlebih dahulu,kalau tidak pihak hospital tak layan punya!
Bila dah buat appointment awal,kerja pun senang sikit.Tapi rasanya macam tak sama
dengan kedua-dua anakanda yang terdahulu buat medical check up ni.
Anakanda sulung dulu buat medical check up masa nak masuk SBP Semashur dan
Anakanda kedua pun nak masuk sekolah teknik Kuala Lumpur dikenakan bayaran
sebanyak RM 30.Tapi bila buat pemeriksaan perubatan untuk anakanda bongsu ni
terjadi benda yang aneh pulak.
![]() |
| sempat lg si bongsu snap pic ummi dia.. |
Wealls cuma membayar yuran pendaftaran RM 1 SAHAJA.Tiada lagi bayaran
lain dikenakan.Dalam masa 2 jam semuanya siap.Mulanya terkejut juga tapi
wealls dah tahu awal dari seorang kawan yang anaknya pun dapat ke SBP.
Syukur..Allah permudahkan segala urusan wealls.Agaknya sejak bilakah
buat medical check up dihospital kerajaan tidak dikenakan bayaran ya uolls...Wallahua'llam.


dah lama kak ..mmg kalau pemeriksaan kesihatan di hosp kerajaan dikenakan rm1 je.
ReplyDeleteOo gitu ya ida..maklum dah 7 thn dah ank2 kuar asrama sekolah so xtahu menahu ler..
Deleteye ke...
ReplyDeletesaya pon x tahu..
tahniah buat anak akak :)
seronoknya..
hehe...skrg dah tahu la cik sue kan!
Deletemekacih cik sue..doakan ank akak beroleh kejayaan lg di sekolah baru nt ya..
Ada kemudahan macam ni bagusla kan. Taklah kita rasa terbeban kalau tiba2 nak menguruskan hal anak ke asrama.. boleh gunakan duit utk perkara lain pulak..
ReplyDeletesetuju sesangat tu AN..mula2 ni mmg byk nak pkai duit kan..
Delete