.

31 January 2015

Bila SBP menjawab....



     Bismillahirrahmanirrahiim..

  Inilah sms yang saya terima pagi semalam...



   Memang tak terkejut pun sebab dah tahu dari abahnya sebelum ke tempat kerja.
Kata abahnya,'Ummi kena buat sujud syukur tau..abah dah buat".

   Rupanya Anakanda bongsu sudah tahu lebih awal lagi.Malam jumaat tu
Si bongsu tidur lewat semata-mata nak tahu keputusan permohonannya ke SBP
(sekolah berasrama penuh).Sedangkan umminya terima sms dipagi jumaat.

   "Dik...nak pergi ke?",soalan si abah pada si bongsu cuma dianggukkan kepala
saja oleh tuan punya badan.Maka bermulalah episod baru untuk menyiapkan
segala keperluan yang dikehendaki dalam tempoh sebulan.

  Pemeriksaan perubatan,10 keping gambar murid,2 keping gambar ibu bapa,
salinan sijil berhenti sekolah,slip PBS,kad pengenalan ibu bapa,kad pengenalan murid,
penyata pendapatan terkini dan sijil-sijil akademik terdahulu.
ini ler yg si bongsu godak2 internet mlm smlm tu..


   Antara keperluan sekolah yang wajib adalah,

    1) baju kurung putih berbutang 3 helai.
    2) Kain biru susun tepi 3 helai.
     3) Kasut kulit tanpa tali bertumit 1 or 1 setengah inci.
    4) Tudung putih tanpa sulam 3 helai.
    5) anak tudung hitam/putih.
    6) Camisole (pakaian dalam)skin colour or putih.
    7) Kasut sukan 1 pasang warna hitam/putih.
     8) Pakaian unit beruniform 1 pasang.
     9) seluar track hitam/biru gelap 1 helai.
    10) T- shirt putih lengan panjang 1 helai.

   Pakaian bermalam,keluar bandar,kelas persediaan,riadah dan solat (wajib)....

    1) Baju kurung berwarna 3 pasang.
    2) Tudung putih dan berwarna 3 helai.
    3) Batik sekolah 1 pasang.
    4) T-shirt rasmi sekolah 1pasang.
    5) seluar slack hitam 1 helai.
    6) telekung 1 pasang.

    Antara barang keperluan sekolah (wajib)...

    1) Baldi 1 unit.
    2)Sarung bantal logo sekolah 2 helai.
     3) Cadar logo sekolah 2 helai.
     4) Peralatan kebersihan diri,kekemasan diri,peralatan membasuh,peralatan belajar dan pakaian dalam secukupnya.

   Barang-barang keperluan lain..

  Kain batik sarung 2 helai.
  tuala mandi 2 helai
 Pakaian tidur 2 pasang.
  Sudu dan garfu 'stainless steel'.
 seluar trek tambahan 1 helai.

   Barang-barang keperluan lain ..

  Lencana sekolah 4 unit
 tanda nama 1 unit
 sarung tenun 1 helai.
 alat tulis secukupnya.
 kad outing.
buku peraturan undang2 sekolah,laporan kokurikulum,buku nilam 1 unit setiap satu.
 kad kesihatan 1 unit
mangga kunci 2 unit.
takwim sekolah 1 unit.
lampu suluh 1 unit.

   Bila wealls sudah menerima tawaran SBP maka wealls terpaksa lah mengikut
segala syarat-syarat kemasukan....Wallahua'llam.


10 comments:

  1. tahniah utk adda...semoga terus cemerlang di tempat br..jgn homesick ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..homesick tu pasti terjadi.Tp akak tahu adda kuat semangat,in sha allah..
      mekacih ida..

      Delete
  2. Tahniah dik.. wah.. banggala umi, anak2 semua pandai2 tu..alhamdulilah. selamat maju jaya di tempat baru ya dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu AN..ummi mmg bangga ngan sumer ank2 ummi!Syukur..

      Delete
  3. Congratulation to her... Jadi akak duk rumah dgn siapa pula lepas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm Nur..akak bertiga je la kat umh nanti,bersama si abah n si bujang...hehe

      Delete

❤ Komen anda saya hargai ❤