.

30 April 2014

1 Rejab 1435H



    Bismillahirrahmaanirrahiim...Salam Sayang semua!

    

     Bersiaran malam pula kali ni...
Alhamdulillah,malam ni kita dah masuk bulan Rejab.
Ini bermakna kita makin menghampiri bulan yang
ditunggu-tunggu,bulan Ramadhan.

   Sama-sama kita bacakan doa dibulan Rejab ini.
Moga Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan nanti..
Aamin Ya Rabbal'Alamin.

WW-Alhamdulillah..



    Bismillahirrahmaanirrahiim....Salam rabu Uolls!




    Alhamdulillah....hanya kalimah ini yang dapat saya ucapkan bila catuan air
sudah pun berakhir semalam.Syukur kehadrat Ilahi yang telah mempermudahkan
segala urusan.


menteri KDN

    Semalam juga pemakaian pangkat Sarjan dan kopral mengikut time based berasaskan
kecemerlangan dalam perkhidmatan bagi zon tengah iaitu Penjara Kajang,penjara
Seremban,penjara Melaka dan Penjara Sungai Buloh...Alhamdulillah!Dahulu orang cuma pandang kerja penjara ni sebelah mata jer!Pada yang berhenti kerja penjara dan dapat lebih baik lagi kerja,Alhamdulillah la..tapi bagi yang berhenti dan kerja baru tak memuaskan hati..menyesal tak sudah sebab penjara sekarang telah di up grade dah..budak2 muda yang baru dapat kerja pun dah boleh pakai kereta dah...:)


lencana pangkat sarjan

  Bertuah lah bagi pegawai penjara yang menerima pangkat dari Menteri KDN sendiri
semalam.Helikopter PDRM yang dinaiki Datuk Seri Zahid mendarat dipadang maktab penjara.Lagi senang rasanya begitu dari terperangkap dalam kesesakan di jalanraya.Selama ini cuma terima dari pengarah penjara je.Terima pangkat berasaskan
kecemerlangan dalam perkhidmatan ni mengambilkira markah2 setiap tahun.


my hubby sebelah kanan

  Alhamdulillah...En Suami tetiap tahun kumpul markah tertinggi juga...95% keatas.banyak lagi pangkat selepas sarjan ni..Sarjan Mejar (SM), dan Sub Inspektor (SI)...
Berkhidmat pula dari warder biasa selama 16tahun baru dapat naik pangkat Kopral.
Pegang jawatan Kopral pula selama 7tahun baru sekarang dapat Sarjan.Masih
ramai lagi kawan2 En Suami yang tak dapat kenaikan pangkat ini.Tu yang orang kata,rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi..!! Mungkin
markah rendah,prestasi kerja tidak memuaskan or masih tak cukup 'edah'
untuk kenaikan pangkat tersebut.Syaratnya kena cukup 'edah' iaitu berkhidmat
selama 5tahun keatas bagi yang berpangkat kopral untuk naik ke sarjan.

  Kenaikan pangkat ni bukan untuk dibangga-banggakan Uolls...!Tuan tanah
pun sekadar ingin berkongsi info je dengan uolls....:)
Yang pasti amanah dan tanggungjawab perlu digalas dan bebanan kerja makin
bertambah.Nak jaga banduan ni bukan senang,bukan setakat jaga saja tapi
diberi pelajaran lagi supaya lebih baik dimasa depan.


cantik x bunga petunia velvet ni Uolls?

   Sekolah pun diwujudkan dalam penjara.Cecikgu pun dari KPM juga.
Pernah satu ketika banduan yang ambil SPM dapat semua A..dan layak
masuk UITM Dungun...Siapa sangka dari didikan cecikgu penjara mereka
pun boleh berjaya.Jumpa lagi dilain entry,Wasallam!

28 April 2014

Sunyi dari undangan Anugerah Cemerlang



   Bismillahirrahmaanirrahiim....Salam Manis Uolls!

surat jemputan kemjlis anugerah cmerlang tahun lepas punya


hepi je puteri bongsu ku..tahun lepas punya gak

    Orang kata bukan saja berita gembira je yang boleh dikongsi bersama tapi
berita sedih pun patut dikongsi juga..tak gitu Uolls?Tahun ni merupakan first time
wealls tidak diundang kemajlis anugerah cemerlang sekolah si abang dan si adik.
Kalau tidak,tetiap tahun tuan tanah dah siapkan awal2 lagi baju baru untuk kemajlis
berprestij tu.....:)

27 April 2014

Catuan air sudah sampai kepenghujungnya..




     Bismillahirrahmaanirrahiim....Salam hari minggu Uolls!

     Terasa hilang segala keperitan dan kesusahan apabila Menteri Besar Selangor
mengumumkan  catuan air akan dihentikan selewat-lewatnya rabu ni....:)
Pada kawasan-kawasan yang terlibat dengan catuan air,diharap sudah terima
berita gembira ini...:) Bersyukurlah bagi kawasan2 yang tidak dikenakan catuan air...Wallahuaklam!

hepi tak uolls?

   Sejak sekejap ada air dan sekejap dicatu ni macam-macam penyakit pulak bertenggek!
Sekarang ni asyik sakit je tekak..nak menelan makanan pun susah..strepsil dah banyak
telan tapi still macam tu jugak!Air memang berkarat la bila ada air..tapi,wealls guna
air filter je sampai fiber pun dah berkarat sama.Betapa sukarnya bila nikmat yang satu ni
diragut.Anak-anak pun dah batuk-batuk dan selsema bagai..Moga benarlah berita malam tadi,
tiada yang benar selain yang benar sebenar-benarnya..kan Uolls?

  Kalau dikampung boleh guna air perigi tapi masalahnya wealls dekat bandar.Mana lah
nak cari perigi bagai tu!Cari masjid je la untuk mandi manda bila terdesak.Mandi dimasjid
memang meninggalkan memori indah dalam hidup wealls....:)


sama2 kita doakan moga tiada lg catuan air dan air diempangan melimpah2..

  Selain untuk kegunaan harian,air jugak penting untuk proses memandikan jenazah bila 
ada kematian.Sampai kena mintak tolong dari bomba supaya bawak bekalan air.Sedih kan?
Bagi pengantin2 baru pulak takkan nak catu jugak malam pertama ?hiiiii.....
Sebelum tuan tanah lebih gediks lagi..jumpa lagi dilain entry,Wassalam..
 

   

26 April 2014

Larangan Mencabut Uban




    Bismillahirrahmanirrahiim....Salam berhujung minggu Uolls!


Uban yg tumbuh dikepala bleh menjadi asbab mengingatkan manusia pd kematian..

     "Janganlah mencabut uban kerana tidaklah seorang muslim mendapat uban dalam
islam,melainkan (uban itu) menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti".

   Mengikut riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman: "Uban ialah cahaya Mukmin.
Tidaklah seseorang mendapatkan uban dalam islam melainkan ia akan mendapat
satu pahala dan diangkat satu darjat bagi setiap lembar uban itu".

   Imam Malik pernah ditanya tentang hukum mencabut uban.Beliau menjawab,
"Aku tidak melihatnya sebagai perkara haram.Namun,membiarkannya lebih aku sukai".

   Mencabut uban hukumnya makruh sahaja,bukan haram.Uban diatas kepala
menandakan paras umur kita yang semakin tua,bermakna semakin hari semakin kita
menghampiri ajal.Setiap kali melihat cermin dan terlihat uban dikepala yang semakin
bertambah,ia boleh menjadi pemangkin dan motivasi untuk kita mempertingkatkan
amal ibadah,In Sha Allah..Buat renungan bersama..jumpa lagi,Wasallam!

23 April 2014

Rezeki dari Allah



     Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan salam sayang uolls!


      Mulanya ingat nak stop dulu berblog buat sementara waktu..Tapi rasanya
berita gembira ini perlu dikongsi bersama uolls,betul tak?

   Pagi tadi mata ni asyik bergerak-gerak je..seperti ada petanda pula.Dalam
pada sibuk menyiapkan tempahan baju jiran dan kawan-kawan..tiba2
En suami hantar sms mengatakan ada good news.Mulanya agak je maybe
result kenaikkan pangkat la kot!Memang betul tekaan ku,bila En suami
menyampaikan berita gembira ini.Semalam baru sambut harijadi.Boleh la
dikira hadiah harijadi tu...:)



   Dari pangkat kopral naik lagi satu pangkat...Sarjan pulak!Tuan tanah pun
terima tempias juga lah...jadi isteri Sarjan!!!Alhamdulillah...Syukur kehadrat Ilahi
atas kenaikan pangkat ini.Sempat wealls buat sujud syukur....:)
Pindah?bab tu tiada jawapan lagi..anak2 pun dah risau semacam..
28hb raptai dan 29hb terima pangkat dengan Menteri KDN..Datuk Seri Zahid Hamidi
di Maktab Penjara.Jumpa lagi Uolls dilain entry pula...Wasallam!

22 April 2014

Besday Abah



   Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!

  22hb april 1968...Alhamdulillah,bertambah lagi usia Abah (panggilan manja dari ku).
Moga Abah diberi kesihatan yang baik berpanjangan,beroleh rezeki yang halal dan
berbahagia selalu hendaknya..(disamping Ummi tercinta dan ankanda2 tersayang la tu..!)..:):)


nasi greng yg abah greng pg td..:)

   Pukul 12 malam tadi,Puteri ke2 ku dari Shah Alam mengucapkan selamat harijadi buat abahnya melalui
phone.Pagi ni seawal pukul 6pagi dapat panggilan dari Gombak dari Puteri Sulong pula mengucapkan selamat harijadi buat Ayahandanya yang tercinta...:)Wealls sayang Abah..!!!


present dr puteri bongsu buat abah tersayang..


siap dgn kad ucapan buat ayahandanya..

   Pagi tadi Abah siap goreng nasi buat wealls..jangan jeles Uolls..!!!Alhamdulillah...:)
Puteri Bongsu pula hulurkan hadiah buat Ayahandanya sebelum bertolak
kesekolah pagi tadi.So sweet..!
Jumpa lagi Uolls...Wasallam!

  

21 April 2014

Hari Keluarga KDN



   Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Uolls!

    Alhamdulillah...dapat juga bersiaran pagi hari ni.Kali ni nak berkongsi cerita hari
sabtu lepas.Walaupun tuan tanah terpaksa menguzurkan diri,kerana ada tetamu 
datang ke rumah...dapat juga berkongsi cerita ini dengan my hubby..tenkiu Encik suami!...:)


menteri KDN...

  Hari keluarga KDN (kementerian dalam negeri) berlangsung pada sabtu 19 april.Bermula 
pukul 7pagi-12.30 tengahari.Tahun ni Penjara Kajang dipilih sebagai tuan rumah.
Dibawah KDN selain penjara,PDRM,imegresen,AADK (agensi anti dadah kebangsaan),
percetakan negara dan banyak lagi..kehadiran penyanyi Nash dan pelawak Abon menggamatkan suasana.Seramai 5 ribu orang datang memeriahkan acara hari keluarga KDN ini.Gambar pun tak banyak nak dikongsi disini,maklum tuan tanah tak dapat datang,kalau tidak pasti lebih ceria dan berwarna-warni hari keluarga KDN dibuatnya..!!!!hohoho..


dapat ler t.shirt dan topi..rumah ungu dpt bj kaler ungu

   Hari keluarga KDN dirasmikan oleh menterinya,Datuk Seri Zahid Hamidi.Beliau
datang bersama dua orang anak dan cucu-cucunya.Menurut Datuk Seri Zahid Hamidi
yang dua orang menantunya tidak dapat hadir kerana terlibat dalam pencarian pesawat MH370.
Hari keluarga ni bertempat di kompleks penjara kajang.

xde rezeki..!!!


   Pelbagai acara ada,antaranya lari dalam guni,tarik tali...sempat lagi Datuk Seri Zahid mencabar
kaum wartawan yang datang melawan tarik tali dengan beliau..walau diumpan dengan
sejumlah wang jika menang tapi tetap tiada sambutan..!Acara menggubah buah tembikai
dan lucky draw.



   Antara hadiah lucky draw adalah,sebuah kereta viva,motosikal 5bijik,tiket penerbangan
dari KL- Kuching,KL-KB,KL-Bandung,KL- Jogjakarta,KL- Kepulauan Krabi,KL- Macao,
KL- Hong Kong,KL-Saigon dan banyak lagi....Semuanya melepas,tak ada rezeki..!!
Jumpa lagi dilain entry,Wasallam..

19 April 2014

Kejutan



     Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Berhujung Minggu Uolls!

      Alahai...petang semalam macam biasa nak ke Tesco untuk beli stok lauk seminggu.
Puteri Sulong pulak tiba-tiba nak balik dan suruh ambil dekat stesyen komuter.Baru nak start
enjin kereta langsung tak boleh hidup.Try tukar kunci pendua pun tak mahu hidup juga
Macam-macam cara dibuat tapi tetap sunyi sepi dari deruan enjin kereta Saga ku.

   Wealls dah agak ni pasti bateri dah sampai masanya.Maklum dah 4 tahun tapi tak pernah
tukar-tukar lagi baterinya.Bila tukar bateri..Alhamdulillah,hidup jugak akhirnya!Melayang rm200,
tapi inilah harga yang perlu dibayar..:)...Subhanallah!


ni ler voucer dpt smlm

Terus kestesyen komuter ambil Puteri Sulongku dan terus ke Tesco.
Macam biasa bila beli lauk pauk untuk stok seminggu ni,berhabis sampai rm100++..
Bila bayar dan dapat resit tiba-tiba cashier tu suruh wealls ke kaunter satu lagi untuk
ambil voucher.Rupanya voucher ke Legoland!Simpan aje ler jawabnya..!!

kek besday my hubby..
   Bila nak keluar dari Tesco,Puteri Sulongku pula tiba-tiba masuk kekedai kek Kings.
Nak buat kejutan buat Si abahnya konon!Beli sebijik kek harijadi buat abahnya tersayang..
Padahal harijadi abahnya lambat lagi...22.april ni...tapi menurut Puteri Sulongku yang
pada hari besday abahnya nanti dah tak boleh balik lagi,ada exam..so sambut awal-awal la..
Si abahnya pula lagi mengada-ngada,mentang-mentang sambut awal,siap cakap yang ni
cuma raptai je,yang betul-betul ada lagi kan?..... :)Jumpa lagi dilain entry..Wasallam!

 

18 April 2014

Syukran Ya Rabbi




      Bismillahirrahmaanirrahiim....Assalamualaikum bertemu kembali Teman-teman!



      Pagi jumaat yang penuh barokah ni,hujan rahmat turun mencurah-curah membasahi
bumi.Semenjak air dicatu ni,setiap petang hujan lebat.Tapi hari ni hujan turun pagi-pagi lagi.
Walaupun tiada air,tak terasa sangat kerana turunnya hujan menyejukkan persekitaran.
Pasti Teman-teman boringkan sebab entry ni asyik bersembang pasal catuan air je!

    Pagi ni ada panggilan dalam rancangan tanyalah ustaz.Nama pun rancangan
tanyalah ustaz sudah pastilah banyak soalan nak ditanya.Seorang wanita bertanyakan ustaz tu,
"kalau suami kita kawin seorang lagi..itu dinamakan rezeki jugak ke"?Jawab ustaz,"rezeki
ni bukan dalam bentuk duit je,tapi dapat anak pun rezeki,dapat suami dan dapat isteri.."wallahuaklam!


sampai bertakung air dlm pasu pkok melatiku...

   Hujan yang turun ni pun rezeki,betul tak teman-teman?Allah menguji manusia mengikut
kesanggupan or kemampuan masing-masing.Walau diuji dengan catuan air tapi
diberinya hujan yang mencurah-curah..sesungguhnya Allah maha penyayang dan pengasih pada hambanya....Syukur,Alhamdulillah!
Bersua lagi dientry yang lain pula..Wasallam!

17 April 2014

Cerita Semalam



  Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Uolls!

    Sayu pula bila dengar lagu Alleycats dicorong radio pagi ni...
      "Kuala Lumpur...Senyumammu,
       Dipagi ini,sungguh bererti,
       bila cinta bersemi lagi..."

   Teruskan menyanyi  Uolls..:) Kali ni nak cerita pasal semalam,agaknya dah basi kot?
harap-harap masih segar seperti senyuman dipagi hari.Pagi semalam my hubby
kena eskod kemahkamah jalan duta.Sebesar-besar penjara tu boleh tak cukup
kakitangan pulak.suka hati arah kesana dan kesini.Tapi dah nama pun kerjakan,redha je ler..!
Ada hikmah juga bila kerja luar kawasan ni,kes dimahkamah setel awal so boleh ler balik awal,
pukul 12 tengahari dah balik kerumah..kalau tidak,pukul 3 petang baru nampak muka.

   Semalam pulak hari ko kurikulum sekolah anak-anak.Bas bulanan memang tak tunggu
so kena pergi ambil sendiri or kadang-kadang si adik dan si abang balik sendiri jer..balik je dari sekolah,si abang hulurkan sekeping surat,rupanya bayaran yg diminta pihak sekolah selepas mesyuarat PIBG tempohari.
Sebenarnya dari awal tahun lagi wealls dah bayar cuma resit belum dapat lagi..Terlupa pula
nak beli untuk minum petang.Sejak catuan air ni,untuk minum petang asyik beli jer..


sama x bayaran yg uolls kena bayar?

   Sempat ke warong depan masjid Kajang.Biasa ler warong kat sini sebelah menyebelah.
Bila beli kat warong sebelah sini,sebelah sana jeling-jeling. .so untuk tidak menghampakan,
saya beli ler dari kedua-dua warong..Padahal warong kat depan masjid ni selalu juga saya
kunjungi tapi mereka seolah-olah tak kenal pulak or saja buat-buat tak kenal?bukan
'custamors are always right' ke...Uolls?

   Masa diwarong cucur udang dan popia,kakak peniaga tu bertanya saya,"beli banyak ya dik,
ramai ke kat rumah"?Saya menjawab,"anak ramai"...Kakak tu menambah lagi,"Alhamdulillah,
anak ramai tu rezeki.." Inilah pertama kali  jugak saya dipanggil dengan panggilan 'adik'...
terasa muda sekejap...hehe.Lepas tu ke warung sebelah pula beli kuew tiaw sup.Sup daging dan baksonya memang sedap tapi tak boleh makan banyak sangat daging nanti kepala pening!


cucur udang smlm,mkn pun 4org je,hari ni ada lagi..

  Aduhai...entry saya kali ni merepek je lebih,terimakasih pada blogger2 yang sudi membaca
dan sudi pula komen di entry saya yang tak seberapa ini.Menulis pun macam menulis diary,cuma yang bezanya bila menulis di blog..tiada rahsia lagi...mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan terasa hati.Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan.Berundur diri dulu buat kali ni,sekian..Wasallam!


16 April 2014

WW-Imbas Kembali



      Bismillahirrahmaanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Rabu Teman2!

      Best juga tajuk tanyalah ustaz pagi ni,'merpati sejoli'...Ustaz Hanafiah sempat lagi menyanyikan
lagu,'berkorban apa saja,harta atau pun nyawa'... :)


rendang yg mengingatkan kembali kenangan lama

    Pagi ni walau air dicatu,permintaan anak-anak untuk Umminya masak rendang ayam diikutkan
juga.Maklum nak jadi tokoh ibu mithali...!Tapi bila masak rendang teringat arwah Bonda tersayang.
Suatu waktu dahulu,ketika malam raya puasa..sempat wealls balik beraya dikampung.
Malam raya tu saya masakkan rendang ayam,kuah kacang dan ketupat nasi.
Chik (panggilan buat bonda tersayang),merasa kuah rendangku dan memberitahuku yang
rendang hasil tanganku itu sedap,secukup rasa dan kata Chik lagi nak merasa lagi bila raya haji nanti.


gambar kanan kenangan bersama arwah bonda.gambar kiri bersama bonda saudara tersayang (adik arwah chik).

   Tapi rupa-rupanya itulah kali terakhir saya berjumpa dengan arwah bonda tercinta.Arwah Chik
sudah 8 tahun pergi meninggalkan wealls iaitu pada 15mac 2006 (hari rabu).Setelah 5 tahun pemergian Bonda....,Ayahanda
tersayang pulak menyusul pada 11 nov 2011..cantik tu tarikhnya 11.11.11 bersamaan hari jumaat,seminggu selepas raya haji (korban). Pusara Bonda dan Ayahanda tercinta disemadikan sebelah
menyebelah...Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah..,Aamiin..Alahai,tak boleh cerita panjang-panjang nanti banjir airmata pulak pagi-pagi ni...Sekian,Wasallam!

  

15 April 2014

Istimewanya Wanita



     Bismillahirrahmaanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!

     Kelakar pulak bila ustaz cerita dalam kuliyyah ilmu pagi tadi tentang budak-budak
sekolah diPantai Timur...bila disuruh membaca Al-Fatihah,semua students diam je..
Rupa-rupanya mereka tak tahu apa itu Al-Fatihah tapi kalau suruh baca Alhamdulillah...
laju jer bacanya...!hehe..

    Kali ni nak kongsi petikan ni..


   Alhamdulillah..terasa bertuah diri ini dilahirkan sebagai wanita..betul tak Uolls?
Jumpa lagi dilain entry,Wasallam!

P/S: Betul ke desas desus catuan air di Selangor nak dilanjutkan 3 bulan lagi..?

13 April 2014

Menikmati Musibah



     Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman2!


      Alhamdulillah..Pagi ni sempat mengikuti program Tanyalah Ustaz.Tertarik pulak dengan
cerita Ustaz tadi..Apabila ditimpa musibah,kita kena banyak bersabar..jangan pulak jadi
tak terurus sampai tak mandi,rambut tak sikat,tiada selera makan dan mengasingkan diri
dari dunia luar..MasyaAllah!

   Ustaz bercerita suatu waktu dahulu ada satu keluarga yang membela tiga ekor haiwan belaan.
Ayam untuk mengejutkannya dari tidur (untuk bangun pagi),kaldai kegunaannya untuk 
mengangkut air dan anjing untuk menjaga keselamatan rumahnya dari perompak.



  Tiba-tiba suatu hari ayamnya dimakan musang,seluruh keluarga bersedih tapi ayahnya tenang
saja malah berfikiran positif lagi,katanya,"Alhamdulillah,mungkin ada hikmah disebaliknya"..
Selepas sehari anjingnya pulak mati,seluruh keluarga risau tapi ayahnya tetap mengucapkan
Alhamdulillah..Akhir sekali kaldai pulak mati tapi ayahnya tetap begitu..



  Suatu malam datang sekumpulan perompak kekampung itu,semua rumah dirompak 
kecuali rumah keluarga tadi.....nak tahu kenapa Teman2? (bikin suspen sikit)...:)
Sebabnya ialah kerana perompak hanya merompak rumah yang ada haiwan belaan saja
sedangkan rumah keluarga tadi sudah tiada haiwan belaan so terlepaslah dari rompakan..
besar sungguh hikmah disebalik kejadian itu...betul tak Teman2?

  Musibah or ujian yang kita hadapi sebenarnya untuk mencuci dosa-dosa kecil kita(kifarah).
Ia juga untuk mengangkat darjat kita disisi Tuhan.Bila ditimpa musibah,kita lebih
mendekatkan diri dengan Pencipta melalui doa-doa kita dan melalui sujud kita dimalam-malam hari.
Kita kena ingat yang kita bukan Pemilik tapi cuma peminjam...Setiap yang berlaku
akan balik pada Penciptanya...Itu saja perkongsian kali ini,Wasallam!


12 April 2014

Tetamu tak diundang



        Bismillahirrahmaanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam berhujung minggu Uolls!


kemain lg si meow ni sanggup panjat pagar balcony umhku..


say cheese..!siap posing lg tu..hihi

         Time nak keluar berjoging pagi tadi,ada ler tetamu kecil ni didepan sliding rumahku.
Entah dari mana datangnya sebab kat kuarters ni mana boleh bela haiwan seperti ayam,burung
dan kucing.Kesian jugak bila dengar kucing tu mengiau-ngiau maybe kelaparan..

   Agak-agak Uolls kenapa kucing tu boleh berada didepan rumah saya tapi
bukan dirumah jiran-jiran saya..?kita try uji minda pulak kali ni...By the way tenkiu la si meow sebab kehadiran mu memberi idea untuk saya menulis entry ini...ahaks!
Jumpa lagi dilain entry...Wasallam!

        

        

09 April 2014

Kuih muih yang menjadi pujaan hatiku



     Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Rabu semua!

     Sambil menunggu keajaiban berlaku..manalah tahu tiba-tiba air masuk kedalam tangki..
Fobia sekarang terutama bila terdengar je air masuk tangki rasa nak melompat kegembiraan..
nak bagitahu satu jagatraya berita gembira ini... :)

   Semenjak catuan air ni,mood nak buat kuih dah lari jauh-jauh entah kemana dah....masak pun
ala kadar je..jimat air la konon!!Bila dah lama tak buat kuih rasa gatal tangan pulak so layan
kat Encik google...semua ada Uolls!Teringat pulak dengan kuih muih dari Kelantan,maklum 
orang kelantankan...Kat bandar ni memang ada sesetengah kuih ni tapi macam tak sama je rasa..
Uolls layan gambar je ler...


kuih onde-onde

kuih tahi itik..xsenonoh betul nama ni!

pulut pagi

kuih biji nangka

kuih lompat tikam

kuih pulut pisang

bukan dodol tapi gelembung buaya

kuih netbak bukan netball Uolls!

kuih buah gomak

kuih buah tanjung dan jala mas

kuih akok


kuih cik mek molek

   Uolls rasa mana satu yang menjadi pevret?jumpa lagi...Wasallam!

08 April 2014

Lawak dipagi hari..



    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Uolls!

    Baru berkesempatan bersiaran dihari selasa yang indah ini.Maklum sekarang
tengah busy dengan operasi menadah air bila catuan bermula.Internet pun satu hal,
elok-elok dah taip panjang-panjang tetiba hilang entah kemana..bila bukak draft
cuma tinggal tajuk jer..!!!GRrrrrrrrr....!!!

   Pagi tadi sempat goreng nasi buat Putera Puteri tersayang untuk breakfast..
sambil makan sempat lagi Putera Puteriku mencelah.."hari ni tak payah pergi
sekolah la"..(dalam hati Umminya dah berdebar-debar ni)..Bila ditanya kenapa..
senang je si abang menjawab,"dah hari ni dan esok tak ada air kan"...sabor je ler Ummi!!!


nasi goreng cinta kasih istimewa buat putera puteri tersayang..

  Si adik pulak bercerita panjang lebar,katanya..masa jerebu,sekolah cuti..tapi kenapa
masa tragedi MH370 hilang tak pulak cuti sekolah..!! Pagi-pagi lagi nampak kecik je
budak-budak ni..lawak ya!!Tu lah budak-budak,walau sudah besar panjang tapi masih
perlukan bimbingan untuk lebih matang dalam menjalani kehidupan..Bertemu lagi dilain entry,Wasallam!

06 April 2014

Kem Briged Pengawas SAAS



     Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman-teman..

     Selain pencarian MH370..catuan air menjadi topik paling hangat untuk dibicarakan 
diakhir-akhir ini.Petang semalam operasi mengangkut air dari blok bujang penjara ke
Desa Mutiara..guna getah paip untuk diisi kedalam tong bekas simpanan air..
Penat?ada ler sikit-sikit, bila sampai kerumah anak-anak yang punggah air tu..

   Semalam Anakanda bongsu,Nur Nisaa' Syuhada ada kem pengawas yang dibuat
disurau sekolahnya,sekolah Sultan Abdul Aziz Syah (SAAS)..
Dari pagi pukul 6 petang baru balik rumah.Syuhada cerita yang juara menjadi miliknya..
Ada ler terima hamper...jom kita layan gambar..antara aktiviti2 yang dilakukan.


dibwh bimbingan guru

pakaian briged pengawas yang baru...sehelai baju rm60


macam2 xtvt dilakukan..

ini ler Anakanda bongsuku,Nur Nisaa' Syuhada..Juara!!

   Itu saja perkongsian kali ni..jumpa lagi..Wasallam!