Bismillahirrahmaanirrahiim....Salam rabu Uolls!
Alhamdulillah....hanya kalimah ini yang dapat saya ucapkan bila catuan air
sudah pun berakhir semalam.Syukur kehadrat Ilahi yang telah mempermudahkan
segala urusan.
![]() |
| menteri KDN |
Semalam juga pemakaian pangkat Sarjan dan kopral mengikut time based berasaskan
kecemerlangan dalam perkhidmatan bagi zon tengah iaitu Penjara Kajang,penjara
Seremban,penjara Melaka dan Penjara Sungai Buloh...Alhamdulillah!Dahulu orang cuma pandang kerja penjara ni sebelah mata jer!Pada yang berhenti kerja penjara dan dapat lebih baik lagi kerja,Alhamdulillah la..tapi bagi yang berhenti dan kerja baru tak memuaskan hati..menyesal tak sudah sebab penjara sekarang telah di up grade dah..budak2 muda yang baru dapat kerja pun dah boleh pakai kereta dah...:)
![]() |
| lencana pangkat sarjan |
Bertuah lah bagi pegawai penjara yang menerima pangkat dari Menteri KDN sendiri
semalam.Helikopter PDRM yang dinaiki Datuk Seri Zahid mendarat dipadang maktab penjara.Lagi senang rasanya begitu dari terperangkap dalam kesesakan di jalanraya.Selama ini cuma terima dari pengarah penjara je.Terima pangkat berasaskan
kecemerlangan dalam perkhidmatan ni mengambilkira markah2 setiap tahun.
![]() |
| my hubby sebelah kanan |
Alhamdulillah...En Suami tetiap tahun kumpul markah tertinggi juga...95% keatas.banyak lagi pangkat selepas sarjan ni..Sarjan Mejar (SM), dan Sub Inspektor (SI)...
Berkhidmat pula dari warder biasa selama 16tahun baru dapat naik pangkat Kopral.
Pegang jawatan Kopral pula selama 7tahun baru sekarang dapat Sarjan.Masih
ramai lagi kawan2 En Suami yang tak dapat kenaikan pangkat ini.Tu yang orang kata,rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi..!! Mungkin
markah rendah,prestasi kerja tidak memuaskan or masih tak cukup 'edah'
untuk kenaikan pangkat tersebut.Syaratnya kena cukup 'edah' iaitu berkhidmat
selama 5tahun keatas bagi yang berpangkat kopral untuk naik ke sarjan.
Kenaikan pangkat ni bukan untuk dibangga-banggakan Uolls...!Tuan tanah
pun sekadar ingin berkongsi info je dengan uolls....:)
Yang pasti amanah dan tanggungjawab perlu digalas dan bebanan kerja makin
bertambah.Nak jaga banduan ni bukan senang,bukan setakat jaga saja tapi
diberi pelajaran lagi supaya lebih baik dimasa depan.
![]() |
| cantik x bunga petunia velvet ni Uolls? |
Sekolah pun diwujudkan dalam penjara.Cecikgu pun dari KPM juga.
Pernah satu ketika banduan yang ambil SPM dapat semua A..dan layak
masuk UITM Dungun...Siapa sangka dari didikan cecikgu penjara mereka
pun boleh berjaya.Jumpa lagi dilain entry,Wasallam!





Setinggi2 tahniah....!! bertugaslah demi bangsa,agama n negara.
ReplyDeleteterimakasih Idah...In Sha Allah!
ReplyDeleteTahniah!semoga terus cemerlang dan ikhlas berkhidmat.
ReplyDeleteCantik bunga tu
mekacih Ida...Inshaallah..cantikkan!
ReplyDeletehuhu.akk, bila bc entry ni kan sedih je saya tau.
ReplyDeletetahun 2008 saya pernah dpt panggilan temuduga penolong penguasa penjara (kx27)
tapi bukan rezeki saya.menangis saya sbb gagal. huhu.
ayh pon harap sgt msa tu
sama lak nasib kita QR,akak pun penah intrview inspektor penjara 2007 tp xde rzeki gak..parents pun mengharap sesangat!!
ReplyDeleteHebatnya cikgu di sana. Berjaya didik anak murid sehingga berjaya.. bukan kerja yang mudah tu kan..
ReplyDeletemmg mencabar AN..terutama nak didik org yg dah buat salah ni..
ReplyDelete