.

02 June 2015

Makan malam bersama YB (yang bersara) dan anugerah cemerlang.



    Bismillahirrahmanirrahiim..

    Malam tadi bersama pegawai-pegawai penjara yang akan bersara (YAB) dan YB (yang bersara).
Majlis ini juga bersama penganugerahan pada anak-anak pegawai penjara yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan upsr,pt3,spm dan stpm.


majlis bersama YB (yang bersara).

no giliran penerima


nur nisaa' syuhada mendapat tepukan gemuruh bila naik kepentas dgn 9A pt3..

ini le sijil beserta wang tunai diterima.
haruslah snap pic bersama ummi tercinta..hehe

selitkan gak sekeping pic bersama en suami..YAB (yang akan bersara).

   Wealls dijemput bila anakanda tercinta terpilih menerima anugerah pelajar terbaik pt3.
Terima kasih penjara kerana memberi wealls peluang merasa detik-detik indah ini.

Royal Floria Putrajaya.



     Bismillahirrahmanirrahiim..

     Hari kedua cuti penggal persekolahan,wealls sempat ke tempat ni.
Selepas bayar tiket wealls dapat suratkhabar mingguan malaysia percuma satu seorang...:)
Uolls layan je la gambar-gambar yang sempat diambil ni.

tiket masuk RM5 sorang(dewasa)...wealls 5org,kira sendiri ye!

wajib le berwelfie!

puteri sulong je yg xde..

kedai xbukak pun jd background..hehe

panas weihhh!!

abaikan pic dpn tu...tengk background tu!!!

tengok le buah buahan yg digubah ni..

pintu masuk gua

ala ala bangunan kat melaka

ditepian tasik yg mendamaikan.

bila cik abe posing!hohoho...

ank dara ni pun nak gak posing!

cantik x taman diraja ni uolls?

lawa x mural ni?

pokok2 bunga ros yg dijual.
Kalau uolls nak datang sempat lagi ni sebab tarikh tutup pada 7hb jun ni.Untuk tengok winter dikenakan tiket RM3 seorang.Wealls tak sempat masuk sebab terlalu ramai orang sedang beratur menunggu untuk masuk.Walauapapun wealls teruja dapat berada ditaman diraja ini.Sesungguhnya berada di sini merupakan satu pengalaman indah lagi menyeronokkan terutama bila bersama family tersayang...Wallahua'llam.

14 May 2015

Berita gembira.



    Bismillahirrahmanirrahim...

    Sekali lagi ku ingin berkongsi kegembiraan wealls sekeluarga bersama uolls.
Apa lagi yang menggembirakan wealls selain dari melihat anakanda-anakanda
tercinta berjaya dalam bidang masing-masing.



  Puteri kedua ku,Anis Syafiqah telah menamatkan praktikalnya selama 5 bulan
di syarikat membuat kek coklat dekat bukit jelutong.Sepertimana bidang marketing
yang diambilnya di Politeknik Shah Alam,Anis telah berjaya mendapat
result Cemerlang dalam praktikalnya..Alhamdulillah!

Anis (sebelah kiri) bersama adik bongsunya..

  Teruskan perjuangan yang cuma tinggal dua semester lagi untuk menamatkan
diploma marketing duhai puteriku Anis Syafiqah!Doa ummi tetap mengiringi
perjalanan hidup mu..Wallahua'llam.

12 May 2015

Naik lagi..?




   Bismillahirrahmanirrahim...

harga baru dah RM4.00

    Sebelum GST pun memang naik je harga majalah kesayangan hamba ni.
Tapi naik dalam 20 sen sahaja.Sekarang penangan GST majalah ini
dah naik harga sampai 50 sen.

Harap-harap minat membacaku tak terkubur la gara-gara kenaikan harga majalah ni...Wallahua'llam.

10 May 2015

Selamat Hari Ibu Uolls!





     Bismillahirrahmanirrahim...

     Heboh dikaca tv meraikan hari ibu hari ini.Dalam pesbuk pun sama,kawan-kawan
siap post gambar bersama anak-anak sempena hari ibu.

   Wealls cuma mendoakan pada diri sendiri dan buat uolls agar menjadi seorang ibu
yang hebat buat anak-anak yang hebat.

   Dengarkan nasihat ini....

   "Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu
sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman
yang bukan zaman engkau"...

  SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
  khalifah Ar- Rasyidin kedua.

     Wallahua'llam...

30 April 2015

Resepi kuih lompang or kasui.




     Bismillahirrahmanirrahim..

     Kali ini wealls nak berkongsi resepi yang mudah dan simple.Jom kita lihat bahan-bahannya..

   Bahan A.

  1 cawan gula merah.
  1 cawan gula pasir ( saya kurangkan sikit).
  5 cawan air.
  1 helai daun pandan.

  Bahan B.

  3 setengah cawan tepung beras.
  1 sudu besar tepung jagung.

 Bahan C.

  Kelapa parut putih sahaja dicampur sedikit garam.


Cara-caranya.

  1) Masak bahan A hingga hancur bersama daun pandan-sejukkan.
  2) Campurkan bahan B dan kacau rata-tapis.
  3) Panaskan kukusan.Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.Panaskan sekejap.
     Tuangkan adunan tadi dan kukus 15 minit.
   4) Sejukkan-Taburkan kelapa tadi.

silalah rasa uolls!!!hiiii...

  SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!

26 April 2015

Sekalung tahniah Nur Nisaa' Syuhada...semoga Allah memberkati mu.





      Bismillahirrahmanirrahim...

       Alhamdulillah bersiaran lagi kali ini.Semalam ke majlis anugerah cemerlang puteri bongsu
di sekolah lamanya.Memang meriah bila anakandaku dikerumuni kawan-kawan lamanya untuk
bertanya khabar.


slide show ditayangkan..

semoga Allah memberkatimu,anakandaku..

   Dewan sekolah pun dihias indah untuk menyambut kedatangan wealls.Ada hiburan
dan koir.Puteri ku mendapat anugerah pelajar cemerlang PT3.Terima sijil beserta wang tunai.

ummi pun nak tempek gak pic kat cni..

kenangan bersama kwn2..

masing2 membawa haluan..

   Diakhir majlis,wealls dihidang dengan nasi ayam yang sedap bersama cendol.
Setiap pertemuan akan ada perpisahan.Wealls bertuah kerana dapat merasai
pengalaman yang sungguh manis ini...Wallahua'llam.