.

30 April 2015

Resepi kuih lompang or kasui.




     Bismillahirrahmanirrahim..

     Kali ini wealls nak berkongsi resepi yang mudah dan simple.Jom kita lihat bahan-bahannya..

   Bahan A.

  1 cawan gula merah.
  1 cawan gula pasir ( saya kurangkan sikit).
  5 cawan air.
  1 helai daun pandan.

  Bahan B.

  3 setengah cawan tepung beras.
  1 sudu besar tepung jagung.

 Bahan C.

  Kelapa parut putih sahaja dicampur sedikit garam.


Cara-caranya.

  1) Masak bahan A hingga hancur bersama daun pandan-sejukkan.
  2) Campurkan bahan B dan kacau rata-tapis.
  3) Panaskan kukusan.Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.Panaskan sekejap.
     Tuangkan adunan tadi dan kukus 15 minit.
   4) Sejukkan-Taburkan kelapa tadi.

silalah rasa uolls!!!hiiii...

  SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!

2 comments:

  1. Masa dlm pantang saya suka makan kuih ni.. ayah belikan utk saya sokmo..

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤