.

29 November 2014

Teruja bertemu teman lama.




     Bismillahirrahmanirrahim...

      Apa perasaan uolls bila ditakdirkan terjumpa teman dialam persekolahan
dulu setelah 27 tahun tidak bertemu?Eksaited,berdebar,gembira dan bermacam-macam
lagi yang saya rasakan.Maklum wealls terpisah selepas SPM..Masing-masing
membawa haluan.Jom kita tengok aksi-aksi spontan bila berjumpa....







   Sehinggalah wealls bertemu semula dengan tidak sengaja di pesbuk.
Rupanya kawan saya ini sudah pun bergelar Hajjah...Alhamdulillah.
Hajjah Zaidah itulah namanya.Cantik orangnya!

   Selama setahun dua berbalas komen dipesbuk dan blog,sudah cukup
buat saya mengenalinya lebih mendalam.Zaman sekolah dulu tak kenal
sangat,cuma berbalas senyum je walau satu kelas.Tapi bila bertemu dialam
maya ni terasa lebih rapat dan akrab.


  Bila diundang ke majlis kahwin anak saudaranya di Kajang (kebetulan
area rumah saya),macam-macam perasaan bercampur baur.Kawan saya
ini sudah berkeluarga dan menetap di Penang.

cenderahati dr majlis kawin...biskut susu..sedapp!

   Seakan sehati sejiwa pula bila tudung,baju dan jam yang wealls pakai
adalah sama.Semua yang berlaku adalah dengan kehendakNYA.
Sungguh indah pertemuan ini...TerimaKasih Allah.

P/S: Nantikan entry akan datang..balik kampung dulu!!

27 November 2014

Kek blueberry laici buat Anis



   Bismillahirrahmanirrahim...


beli kek ni kat pink kek house..kotak cantik!

     Selamat ulangtahun sayang
     Kini kau bersayap pergilah terbang
     Rentaslah langit cita-citamu
     Harapkan nanti kita kan bertemu

    Selamat ulangtahun sayang
    Janganlah engkau tak terbang pulang
    Ku nanti penuh kerinduan...
   
ni la kek blueberry laici tu tp xde rsepi tau!hihi..

      Pada 7hb disember 1995,Puteri ke2 ku dilahirkan.Ku memberikan
namanya Anis Syafiqah.Pasti uolls pelik sebab terlalu awal Umminya
menulis pasal harijadi Anis.Sebenarnya sebab Anis dah balik ke Shah Alam
dan akan memulakan praktikal 1 disember ini.

si manis baru berumur 19tahun..

   Si manis 19 tahun ini sekarang sedang study dalam bidang marketing (pemasaran)
di Politeknik Sultan Abdul Aziz Syah,Shah Alam.Sebelum memulakan praktikal
hari itu keputusan peperiksaan untuk semester 1 (tahun ke2) sudah keluar.
Alhamdulillah....pointer pun memuaskan.Dapat 3.25 CGPA.Walaupun pernah patah semangat
suatu waktu dulu.Tapi berkat doa,Anis bangkit dari putus asa.

sempat beraksi kat mural ni..at putrajaya

 Tahniah kak Anis..Teruskan perjuangan yang belum selesai.
Cuma tinggal setahun lagi untuk menamatkan diploma marketing.
Untuk sambung ke peringkat degree masih dalam perbincangan.
Uolls sama-sama doakan Anis berjaya mengharungi segala ujian dan dugaan
dariNYA...Moga dipermudahkan segala urusan..Wallahua'llam.

   

    

  

  

26 November 2014

WW: Cerita semalam



    Bismillahirrahmanirrahim...


     Bertemu lagi uolls.Today adalah hari yang mendebarkan buat kaum ibu
yang akan mendapat keputusan UPSR anak-anak.Pada yang berjaya,Alhamdulillah..
tapi pada yang tak berjaya,masih ada masa untuk menebus kembali kegagalan.
Bila jatuh bangunlah sedaya mungkin.Moga segalanya dipermudahkan olehNYA.


dah 3bijik oppo phone utk 3org ank dara...

   Semalam seronok dapat berjimba-jimba shopping.Terapi yang bagus ni kan uolls.
Kepala yang sakit rasa ringan saja.Kebetulan en suami dapat rezeki lebih so
sempat singgah kedai phone.Sudah lama en suami berjanji nak belikan phone
buat anak bongsunya.Tercapai juga hasrat dan niatnya.Syukur,Alhamdulillah.

 pingat -pingat kebanggaan en suami..

  En suami pun bawa balik pingat yang diterima hari tu yang telah siap.
Baru boleh pakai di uniform kerja.Kena bayar rm 50 untuk 5 pingat yang
telah siap ditempek tu.Mudah-mudahan tahun depan bertambah lagi pingat 
yang akan diterima...Wallahua'llam.

25 November 2014

Masih keliru




   Bismillahirrahmanirrahim...

     Tajuk pun dah serupa dengan lagu ajai dan nurul suatu masa dulu.
Kisahnya semalam adalah hari untuk Anakanda bongsu,Nur Nisaa' Syuhada
menjalani ujian kecenderungan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Last minit tetiba Syuhada cakap dia demam dan tak mahu ke UKKM tu.
Katanya lagi,"adda tak buat persediaan apa-apa pun, ummi!".

   Masa ummi dan abah ke pejabat mara ambil nombor pin (percuma je),
Syuhada tak membantah pun.Bila isi online,Syuhada tetap tiada respon
samada nak or tak nak.Tapi bila tiba hari semalam,kecut perut juga ummi bila
Syuhada cakap tak nak ke KPM beranang tu.

surat tawaran...eja nama pun salah!tinggal kenangan..

   Dulu Syuhada ada cakap nak tinggal diasrama macam kakak-kakaknya.
Anakanda sulung,Nadratun Naim pernah belajar di SBP (SEMASHUR).
Sekolah menengah sains hulu selangor selama 5 tahun dan sekarang di UIAM,gombak.

   Kakaknya yang ke2,Anis Syafiqah pun pernah study di sekolah teknik kuala Lumpur.
(SMTKL).Sekarang di Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Syah,Shah Alam.

   Kekadang pelik juga perangai anak-anak ni.Mungkinkah termakan dengan
kata-kata kawan yang tak mahu berpisah.Sebab petang semalam sihat walafiat
pula Syuhada ni..menjadi juga lakonan kali ni!

    Peluang datang cuma sekali.Harapan masuk MRSM dah kabur.
Dulu pun pernah ke MRSM kuala kubu baru untuk UKKM ni,masa tu darjah enam.Alhamdulillah, dapat 5A dalam UPSR.Tapi tak berjaya masuk MRSM.
Kita tunggu pula SBP dibuka 1 december nanti.Maybe ini peluang yang
diharapkan.

   Mungkinkah disebabkan banyak petanda yang berlaku mengakibatkan
semua ini terjadi.?Antara tanda-tandanya:
1) kerani kat pejabat mara taip nama syuhada pun salah (balik rumah baru perasan)
2) En suami pula susah nak mintak cuti (maklum hujung tahun),tapi akhirnya berjaya juga.
3) Masa nak cari KPM beranang tu macam-macam halangan kena tempuh.
4) terlupa angka giliran pt3 syuhada masa nak minta nombor pin kat pejabat mara.
Dan yang ke5,demam..Wallahuaklam.

  

22 November 2014

Jamuan akhir tahun sekolah




    Bismillahirrahmanirrahim....

     Wow!entry yang ke200..!!Tak sangka pula rajin sungguh menulis diakhir-akhir ni...:)
Today sekolah dah start cuti panjang uolls!Semalam adalah hari last sekolah.

   Anakanda bongsu,Nur Nisaa' Syuhada sempat mengabadikan kenangan
bersama teman-teman ketika jamuan dan bersantai main bowling di metro point,Kajang.Jom kita layan gambar-gambar yang diambil tu.

order pizza utk jamuan

frens forever
Syuhada cakap jamuan kali ni makan pizza.
  Zaman wealls dulu-dulu manalah nak rasa makan pizza dan main bowling bagai ni.
Maklum sekolah pun di kampung.Tapi still hepi sebab adanya teman-teman disisi.

siap tayang kasut lag!

cewaaah cik da!main suka suki je..

siap posing lg!!hehe..

  Dengar cerita result PT3 akan keluar pada 22hb dec nanti...Semoga segalanya
dipermudahkan Yang Maha Esa...Wallahuaklam.

Pagar dan grille baru




     Bismilahirrahmanirrahim...

      Kuarters wealls masih dalam proses menaiktaraf atau omputih sebut up grade.
Hari ini pagar yang memisahkan kuarters kerajaan dengan kondominium awam
telah dibina yang baru.Lebih tinggi dari yang dulu.


pagar baru tengah dipasang

grille tingkp bilik tidur utama dah siap pasang.

   Pagar yang dulu tak sanggup nak snap kerana dah koyak dan buruk sangat.
Grille atau pagar besi ditingkap kondo wealls pun baru siap dipasang.
Barulah rasa selamat sikit bila ada grille ni.Area kuarters wealls ni banyak
juga berlaku kes pecah rumah...Wallahuaklam.

21 November 2014

Apa dah jadi..?



       Bismillahirrahmanirrahiim..

     Di pagi jumaat yang penuh barokah ini saya ingin berkongsi
gambar dibawah ini bersama uolls.

apa pendapat uolls pasal gambar ni?

   Kartun frozen memang menjadi kegilaan sekarang,tertampal di mana-mana.
Di baju,beg sekolah,pencil box,casing phone dan dipelbagai barangan lagi.
Tapi ni sampai ke telekung sembahyang pun ada...nak tanya lah ustaz dan
ustazah semua ya...Sila beri pandangan semoga terlerai segala persoalan.Wallahuaklam..

20 November 2014

Mawar



      Bismillahirrahmanirrahiim...

     Buka je pesbuk banyak gambar banjir sana sini.Musim tengkujuh sudah datang.
Pakej musim ni bersamaan musim demam juga termasuklah diriku yang sudah
mula merasai sakit tekak dan selsema.

   Tapi semua itu tidak menghalang aku untuk terus keudara...cewaaah!!
Kita segarkan diri dengan beralih pada kewangian dan kecantikan sekuntum bunga yang
bernama mawar.Sudah la cantik,berbau wangi lagi..cukup pakej tu!



mawar juga dijadikan potpurri

    Walaupun begitu disebalik semuanya,mawar tetap berbahaya kerana 
mempunyai duri dibatangnya.Berhati-hati bila memetik bunga mawar.Mawar mempunyai pelbagai warna.
Kalau dulu cuma warna merah dan putih saja yang glamor tapi sekarang kuning,biru dan hitam
pun dah ada.Oleh kerana kecantikannya,ada yang buat motif mawar sebagai wallpaper dan cadar.



cantikkan uolls?pilihan ditangan anda..


   Dulu-dulu memang ada tanam mawar ni kat dalam pasu..tapi disebabkan
mabuk melayan pesbuk dan blog sampai terlupa menyiram dan membajanya.Belajar dari kesilapan.Wallahuaklam..

19 November 2014

WW- Apa tandanya..?



       Bismillahirrahmanirrahim....


        Pengumuman penurunan harga minyak Ron 97 sebanyak 20 sen malam tadi
mengembirakan semua pihak,kita tunggu pula bila minyak Ron 95 nak turun harganya.

      Apa kena mengena dengan harga minyak pula entry saya kali ini?
Disebabkan harga minyak naik 20 sen baru-baru ini,boleh dikatakan
semua barang sudah turut naik harga.Roti bom yang selama ini sebijik
berharga Rm 1,dah jadi Rm 1.50 sebijik gara-gara planta naik harga
berikutan dengan kenaikan harga minyak...Tapi tetap beli juga!

  Aduss memanjang pula keluar dari topik perbincangan kali ini.
Sebenarnya nak bercerita pasal baju-baju kurung saya yang dah lama tak pakai.
Sekali bila cuba nak pakai,dah tak boleh butang bahagian depan...huhu
Baju kebaya ni baju yang paling saya sayang sebab bila memakainya
terasa diri seksi,nampak lah sikit 'cutting' tu!!So, sebab terlalu sayang
jarang lah memakainya,simpan je didalam almari.

terpaksa rajinkan diri buka semua kedutan..


dlm proses mengalih butang baju depan

    Nasib baik baju kebaya tu ada lebihan kain dibahagian depan dada,
so boleh la saya alihkan butang baju tu..
Tapi semua kedutan dibelakang dan depan kiri kanan terpaksa dibuka juga.
Mana 'cuttingnya'?susah nak digambarkan....

ni pic sebelum alter..nmpak slim lg!

    Oleh sebab nak pakai lagi baju kebaya ni terpaksa menggigihkan diri
membuka jahitan dan akhirnya berjaya juga saya memakai kembali kebaya
kesayangan ku ini.Bila baju sudah ketat siapa yang harus dipersalahkan,uolls?
baju tu ke yang makin mengecil or badan semakin berisi?Joging pun dua minggu
sekali tapi selera makan bertambah-tambah.Nak-nak bila makan
pula produk tambahan untuk kesihatan,terasa berat badan makin bertambah.
Uolls dah dapat ke jawapan pada persoalan diatas?Wallahuaklam..


  

17 November 2014

Jom kenali diri




       Bismillahirrahmanirrahim...


         Ku keudara lagi kali ini sekadar ingin berkongsi apa yang ku baca....


         Jika seorang itu banyak tidur- Dia sebenarnya kesedihan.

         Jika seorang itu tak banyak cakap tetapi laju bila bercakap-Dia sebenarnya berahsia.

        Jika seorang itu tidak menangis-Dia sebenarnya lemah.

       Jika seorang itu makan dengan gelojoh-Dia sebenarnya tertekan.

     Jika seorang itu menangis kerana perkara kecil-Dia sebenarnya lemah lembut.

     Jika seorang itu cepat marah walaupun perkara kecil-Dia sebenarnya perlukan kasih sayang

    Wallahuaklam..

13 November 2014

Merah itu menawan



       Bismillahirrahmanirrahim....


       Ada orang cakap warna merah itu seksi!Terpulang pada uolls kerana
pada saya merah itu memang menawan.Kali ini keudara malam pula,
padahal selalunya setiap pagi.Maybe weekend nanti saya tak keudara sebab
masa cuti adalah masa berkualiti bersama family tercinta..

best pakai inai ni..15minit dah merah

    Saya sebenarnya suka pakai inai dikuku jari.Orang kalau nak pakai inai
bila nak melangsungkan perkahwinan saja tapi tidak saya.Bekalan inai
memang selalu ada.Saya suka tengok kuku berhias dengan kaler merah inai...cantik!

tgh pakai inai pun masih boleh layan blog...hii

  Bila inai dikuku semakin pudar,terus saya tempekkan yang baru.Tidak kira
hari raya ke,hari apa ke..asal dah berkurang terus kaler yang baru.
Zaman kecil-kecil dulu cari inai daun dan tumbuk.Bila pakai cuma diwaktu malam
sebab orang tua-tua cakap bila pakai siang hari,ayam itik tengok nanti tak merah lagi.Auta ke fakta tu uolls?
So, pakai lah diwaktu nak tidur malam dan siap dibalut dengan kain lagi supaya
tidak tercabut dari jari.

tadaaa......dah siap!

ni baru 'jangok' (kata org kelate)

ni ank dara punya penangan..rm5 katanya dihari konvo uiam

   Sekarang dah moden,inai segera banyak dijual.Buka saja penutup dah boleh
tempek kat kuku.Siap boleh lukis lagi lakaran bunga yang disukai.Pakai pun sekejap je dah merah.Tak comot lagi,senang je memakainya.
Kebetulan ramai pula kawan-kawan dan jiran yang balik dari Mekah
bagi inai pada saya...ambil berkat dari Mekah...Wallahuaklam!

  

  

12 November 2014

WW : Keris dan Rehal Quran




    Bismillahirrahmanirrahim..

    Dah lama keluar masuk UIAM gombak hantar dan ambil puteri tersayang.
Tak perasan pula round about nak masuk kat situ dah berubah wajah.
Selama ini dilitupi dengan signboard je,rupanya tengah buat yang baru.

snap dari jarak dekat

dari jarak jauh

   Yang dulu replika batu bersurat,siap ada air pancur lagi.
Tapi yang baru ini lebih islamic lagi ada keris tertusuk ditengah-tengah
dan dikelilingi rehal al-quran gitu.Diserikan lagi dengan air pancur
disekelilingnya.

   Bukan mudah nak snap pic ni sebab ini jalan masuk yang utama.
Tiap kali lalu bila snap je....kosong...kosong!so gambar yang dapat ni
dikira bertuah la walau senget benget jadinya...Wallahuaklam!

11 November 2014

Pemergian yang tiada kembali lagi




       Bismillahirrahmanirrahim....



        Tarikh keramat pada hari ini 11.11.11,masih dalam ingatan ku.
Kembalinya Ayahanda tersayang kerahmatullah pada pagi yang hening bersamaan
hari jumaat.

   Hari ini genaplah tiga tahun kembalinya arwah kesana.Anakanda di sini
tetap mendoakan semoga arwah tergolong bersama orang-orang yang beriman dan
para soleh dan solehah...Wallahuaklam.

10 November 2014

Rezeki dariNYA



     Bismillahirrahmanirrahim....



    Syukur Alhamdulillah ku panjatkan pada yang Esa kerana melimpahkan
rezeki lagi dihujung tahun.

  Hari ini acara pemakaian penerimaan pingat di Maktab Penjara.
So, nak tempek gambar pingat la sikit kat sini...:)

gold kaler gitu..

pingat pekerti penjara

   PPP (pingat pekerti penjara),itulah nama pingat yang en suami tersayang
terima tahun ini.Ini merupakan pingat ke4 yang diterima selama 25 tahun berkhidmat
dengan penjara.In Sha Allah,ditahun depan bertambah lagi...Wallahuaklam!

 

08 November 2014

Alahai Asyura..!



      Bismillahirrahmanirrahim...

      Setahun sekali baru berjumpa dengan bubur Asyura.Bertepatan pula dengan
bulan Muharam setiap tahun tempat kerja en suami selalu mengacau bubur Asyura.
Tapi tak pernah pula dapat saya merasa sebab katanya dah habis awal lagi.

   Kali ni bertuah sebab dapat merasa bubur Asyura.Banyak pula tu!
Yang ini 'kelate' punya resepi...bersama rempah ratusnya,jagung dan daging
pun banyak.Bila makan....panas oiii!!

my pebret ni..

  Hero tunggal saya pula tak suka benda ni.Rugi besar tu..!Tahun hadapan mungkinkah
saya dapat merasa lagi Asyura satu-satunya 'pebret' saya sejak remaja lagi ni?
Teringat pula masa dikampung dahulu,bapa saudara saya suka mengacau asyura ni.
Setiap tahun sesiapa yang nak makan asyura ni bolehlah bawa serba sedikit barang
dapur seperti minyak masak,gula,daging atau diberi sumbangan berupa keewangan.

  Meriah sangat kejiranan dikampung.Semua bantu membantu.Ada bubur yang cair
sebelum kering pun sangat sedap dimakan.Tapi bila arwah bapa saudara saya itu
meninggal dunia,sudah tiada lagi tradisi tersebut dikampung.Semoga arwah ayah nor tenang disana...Wallahuaklam!

07 November 2014

Hadiah dihujung tahun




      Bismillahirrahmanirrahiim....Salam Jumaat penuh barokah uolls!


     Semalam sempena hari Penjara,en suami dimaklumkan dapat pingat pekerti penjara
(PPP).Tersenarai dalam top five katanya..Alhamdulillah!Ramai juga yang terima
pingat sempena hari penjara tahun ini.


   Rancangan wanita hari ini (WHI) yang disiarkan melalui tv3 pun menerima pingat
melalui slot 'mesej dari penjara'.Syabas dan tahniah buat semua penerima pingat.


   Hari ini pula puteri bongsu membawa balik hadiah dari sekolah.Menurutnya
dapat hadiah memasak kerabu mangga anjuran kelab (khb) kemahiran hidup bersepadu.
Mendapat tempat ke2 bersama seorang lagi kawannya.

dlm tupperware tu ada keychain rupiah..lupa nak snap pic

   Tahniah lah buat puteri ku itu...walau tak pernah masak dirumah pun tetap menang
dan dapat tempat ke2 lagi tu!Jumpa lagi dilain waktu...Wasallam.

   

  

06 November 2014

Saling ingat mengingati




      Bismillahirrahmanirrahim...




      


     

03 November 2014

Jom ke Zoo Negara



    Bismillahirrahmanirrahiim....Salam sayang uolls!


      Weekend lepas kedua-dua puteri ku tak pulang.Puteri sulung sibuk dengan kuliah
dan examnya yang hampir setiap minggu dan Puteri ke2 pula sibuk dengan
final exam semester 1 (tahun ke2).

   Ketika Puteri bongsu sedang berwhatsApp dengan kakak-kakaknya,
tetiba banyak pula gambar haiwan-haiwan dihantarnya.Rupanya
Puteri sulung ke zoo negara bersama 5orang kawannya.

   Dalam pada sibuk dengan exam sempat juga melayan haiwan-haiwan
dizoo negara uolls!Bersangka baik je la,maybe nak lari dari tension 
exam dan assignment yang menimbun gituu...Apa-apa pun jom  ke Zoo Negara uolls!
Layan gambar-gambar dari oppo phone..,macam cantik jer...macam comeii jer!!

sitinggi lampai...en zirafah namanya!

omputih ckp manusia berasal dr haiwan ni...hehe

penat nmpak si harimau selatan ni!kiki..

ni burung bangau ke burung hijrah uolls?

rimau pun pandai berenang uolls

posing habis-habisan tu!

si kura-kura

eh dok berlawan ke tu seladang ni?

agaknya apa haiwan ada kat cni uolls?

si badak baru lepas berendam

 si anjing laut...selalu buat persembahan utk pengunjung zoo

si rama-rama daun...unik kan uolls!

si rama-rama sdg menghisap madu..

   Jumpa lagi...Wasallam!