Bismillahirrahmanirrahim...
Tajuk pun dah serupa dengan lagu ajai dan nurul suatu masa dulu.
Kisahnya semalam adalah hari untuk Anakanda bongsu,Nur Nisaa' Syuhada
menjalani ujian kecenderungan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Last minit tetiba Syuhada cakap dia demam dan tak mahu ke UKKM tu.
Katanya lagi,"adda tak buat persediaan apa-apa pun, ummi!".
Masa ummi dan abah ke pejabat mara ambil nombor pin (percuma je),
Syuhada tak membantah pun.Bila isi online,Syuhada tetap tiada respon
samada nak or tak nak.Tapi bila tiba hari semalam,kecut perut juga ummi bila
Syuhada cakap tak nak ke KPM beranang tu.
| surat tawaran...eja nama pun salah!tinggal kenangan.. |
Dulu Syuhada ada cakap nak tinggal diasrama macam kakak-kakaknya.
Anakanda sulung,Nadratun Naim pernah belajar di SBP (SEMASHUR).
Sekolah menengah sains hulu selangor selama 5 tahun dan sekarang di UIAM,gombak.
Kakaknya yang ke2,Anis Syafiqah pun pernah study di sekolah teknik kuala Lumpur.
(SMTKL).Sekarang di Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Syah,Shah Alam.
Kekadang pelik juga perangai anak-anak ni.Mungkinkah termakan dengan
kata-kata kawan yang tak mahu berpisah.Sebab petang semalam sihat walafiat
pula Syuhada ni..menjadi juga lakonan kali ni!
Peluang datang cuma sekali.Harapan masuk MRSM dah kabur.
Dulu pun pernah ke MRSM kuala kubu baru untuk UKKM ni,masa tu darjah enam.Alhamdulillah, dapat 5A dalam UPSR.Tapi tak berjaya masuk MRSM.
Dulu pun pernah ke MRSM kuala kubu baru untuk UKKM ni,masa tu darjah enam.Alhamdulillah, dapat 5A dalam UPSR.Tapi tak berjaya masuk MRSM.
Kita tunggu pula SBP dibuka 1 december nanti.Maybe ini peluang yang
diharapkan.
Mungkinkah disebabkan banyak petanda yang berlaku mengakibatkan
semua ini terjadi.?Antara tanda-tandanya:
1) kerani kat pejabat mara taip nama syuhada pun salah (balik rumah baru perasan)
2) En suami pula susah nak mintak cuti (maklum hujung tahun),tapi akhirnya berjaya juga.
3) Masa nak cari KPM beranang tu macam-macam halangan kena tempuh.
4) terlupa angka giliran pt3 syuhada masa nak minta nombor pin kat pejabat mara.
4) terlupa angka giliran pt3 syuhada masa nak minta nombor pin kat pejabat mara.
Dan yang ke5,demam..Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment
❤ Komen anda saya hargai ❤