.

13 November 2014

Merah itu menawan



       Bismillahirrahmanirrahim....


       Ada orang cakap warna merah itu seksi!Terpulang pada uolls kerana
pada saya merah itu memang menawan.Kali ini keudara malam pula,
padahal selalunya setiap pagi.Maybe weekend nanti saya tak keudara sebab
masa cuti adalah masa berkualiti bersama family tercinta..

best pakai inai ni..15minit dah merah

    Saya sebenarnya suka pakai inai dikuku jari.Orang kalau nak pakai inai
bila nak melangsungkan perkahwinan saja tapi tidak saya.Bekalan inai
memang selalu ada.Saya suka tengok kuku berhias dengan kaler merah inai...cantik!

tgh pakai inai pun masih boleh layan blog...hii

  Bila inai dikuku semakin pudar,terus saya tempekkan yang baru.Tidak kira
hari raya ke,hari apa ke..asal dah berkurang terus kaler yang baru.
Zaman kecil-kecil dulu cari inai daun dan tumbuk.Bila pakai cuma diwaktu malam
sebab orang tua-tua cakap bila pakai siang hari,ayam itik tengok nanti tak merah lagi.Auta ke fakta tu uolls?
So, pakai lah diwaktu nak tidur malam dan siap dibalut dengan kain lagi supaya
tidak tercabut dari jari.

tadaaa......dah siap!

ni baru 'jangok' (kata org kelate)

ni ank dara punya penangan..rm5 katanya dihari konvo uiam

   Sekarang dah moden,inai segera banyak dijual.Buka saja penutup dah boleh
tempek kat kuku.Siap boleh lukis lagi lakaran bunga yang disukai.Pakai pun sekejap je dah merah.Tak comot lagi,senang je memakainya.
Kebetulan ramai pula kawan-kawan dan jiran yang balik dari Mekah
bagi inai pada saya...ambil berkat dari Mekah...Wallahuaklam!

  

  

8 comments:

  1. Saya pun peminat kaler merah...
    wah, cantik tangan akak berinai...
    Kuku saya jenis tak berapa cantik nak berinai....
    Merah tak berapa terang...
    Jadi tak leh la nak berjangok.. ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terimakasih Nur!jgn la gitu nur,jom la berjangok sama..

      Delete
  2. wah cantiknya berinai!mmg jangoks bergaya hihi

    ReplyDelete
  3. meme napok jangok hehe....skrg dah tak payah kelekung kelekung dah tumbuk daun inai,kan..

    ReplyDelete
  4. Wah..jangok Cik Ta kita.. inai merah di jari dan pakai barang kemas banyak lagi tu..auta kot, saya tak pernah lagi dengar pasal inai takleh pakai waktu siang sebab takut ayam itik tengok tu..

    Kalau saya oulak, kebanyakan masa hujung minggu gini ada masa lapang nak menulis blog dan bw.. hihi.. masa kerja rasa padat sangat masa..semput menguruskan masa yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..dah ore klate lagu tu AN,sarat ngan brg kemas lg!
      Rasanya pasal aym itik tengok inai xmerah tu maybe org tua dlu xbg pkai siang2 coz nak suruh kita buat keja disiang hari..

      An berkerjaya lain..xcam akak hari minggu hari bebas dr msk memasak!!

      Delete

❤ Komen anda saya hargai ❤