.

24 March 2015

Khasiat buah mahkota dewa.



     Bismillahirrahmanirrahim....

      Pokok mahkota dewa ni memang ditanam dalam pasu kat rumah wealls tapi
tak tahu pula rupanya banyak khasiat dari buahnya.Jomlah wealls kongsi bersama.

inilah pokok mahkota dewa tu..

   Buahnya dihiris halus-halus,dibuang bijiknya.Jemur sampai kering dan
rebus airnya bolehlah diminum.Antara manfaat dari air rebusan buah mahkota dewa adalah...

   1) Mengubati darah tinggi.

   2) Stroke/Angin ahmar.

   3) Jantung.

   4)Kencing manis/diabetes.

  5) Haid tak teratur.

  6) Reumatik/sakit sendi.

  7) Gout.

  8) Penyakit lumpuh.

  9) Kegemukan/obesiti.

  10) Batuk/sesak nafas.

   11) Jerawat/menghaluskan kulit.


buah mahkota dewa.

     Apa-apa pun ini cuma ikhtiar dan tawakkal saja...Kesembuhan dari Allah jua..Wallahua'llam.

17 March 2015

Cucu baru ku...



      Bismillahirrahmanirrahiim...

       Masih ingatkah uolls dengan cerita balik kampung wealls bersama si ayam serama?
Ni la nak cerita,selepas dua bulan bawa dari kampung,si ayam serama mula bertelur.
Telurnya sampai lapan bijik.

cantik x serama betina ni uolls?

   Tak lama lepas itu,si serama mula mengeram.Masa mengeram ni mengambil masa
yang lama iaitu 21 hari.Jadi,si serama jantan terpaksa diasingkan dari si ibu serama.
Kalau tidak dikacaunya si ibu nak mengeram.

umur baru sehari dua dah pandai cari makan sendiri..

   Semalam menetas sudah seekor anak serama.Selang dua hari menetas lagi seekor.
Orang tua-tua cakap ayam serama takkan menetaskan semua telurnya,kalau dalam 8 bijik tu
mungkin tiga ekor sahaja yang menetas.Tak sama dengan ayam kampung.

yg kuning tu cucu sulong n yg ada belang hitam tu cucu ke2..menurun cam ibunya ckit..

comel la baby serama ni!

  Harga seekor serama dewasa adalah RM 260.Memang mahal kan uolls!
Tapi kalau dah hobi tu tetap beli juga.Lagi pun hobi membela haiwan ni
boleh menjauhkan wealls dari penyakit darah tinggi.Inilah pengubat wealls
bila anakanda-anakanda tersayang tiada dirumah.Wealls pun dah wargamas
so bolehlah diumpamakan dapat cucu baru..Wallahua'allam.

16 March 2015

Awak...awak semua ke mana cuti-cuti ni?



    Bismillahirrahmanirrahiim..

    Cuti penggal persekolahan dah bermula.Uolls pasti pergi bercuti kedestinasi impian kan?
Apalagi bila dapat bersama family tercinta.Tapi wealls cenggini je..tak kememana cuma memerap
dekat rumah dan menjalankan rutin harian seperti biasanya.

dapat tengok ombak pun best gak..

   Anak-anak dara dekat UNI pun tak cuti,en suami apatah lagi..sebab bukan cikgu sekolah kan!
Anak bujang pun walau cuti sekolah tetap ada kelas tambahan di sekolah.Lepas tu banyak pula
homework yang kena siapkan dalam cuti ni.Tabik la pada cecikgu sekolah ni,sekurang-kurangnya
tiada masa terbuang begitu saja,diisi dengan perkara yang berfaedah.

menghirup udara segar jauh dr kesibukan kota.

dulu2 penah gak berct dan menyewa di chalet kat Linggi,melaka..

   Seronoknya jika sesekali dapat kedestinasi impian kan uolls??Rasa nak lari jauh
dari kesibukan dan ingin menyedut udara segar yang lain dari kebiasaan.
Tapi apakan daya kita hanya merancang,tapi perancangan Tuhan adalah yang lebih baik lagi...Wallahu'allam.

14 March 2015

Barang pertama yang hilang..




     Bismillahirrahmanirrahiim...

      Alahai..baru dua minggu tinggal di asrama dah ada barang yang hilang..!
Cuti penggal persekolahan sudah bermula,semalam adalah hari punggah memunggah
barangan anak dara, si bongsu dari asrama di atas bukit ke dalam bonet kereta.
Inilah nasib budak asrama,setiap kali asrama nak digunakan oleh pihak tertentu
terpaksalah kosongkan asrama..:(

   Dalam perjalanan pulang ke rumah bersama barang si bongsu yang penuh satu
kereta tetiba si bongsu bersuara,"Ummi..ada barang Adda dah hilang".Mulanya
tak terkejut pun sebab pengalaman kakak-kakaknya dulu pun kerap juga hilang
barang.Tapi bila ditanya barang apa yang hilang (berdebar juga nak tahu),jawab
si bongsu,"gayung!".Uolls rasa nak tergelak tak..?

ihsan dr en google coz pic sbenar xsmpat snap dah hilang..yg sbenar pun lebih kurang camni ler..

   Padahal semua barang ditulis nama penuh besar-besar tapi tetap hilang.
Dari anak pertama,kedua dan kini ketiga masih lagi wealls tertanya-tanya
kenapa fenomena sebegini terjadi?Kalau nak dikira,sekolah berasrama penuh
sudah semestinyalah budak-budak pun bijak dan terpelajar,boleh pula
buat kerja-kerja mencuri barang kawan.Tapi itu cuma gayung,ada lagi yang
hilang handphone samsung S5,duit,baju dan macam-macam lagi.

   Pesan memesan memang selalu wealls berikan pada si bongsu supaya
menjaga barang kepunyaan sendiri supaya tidak hilang tapi kalau itulah
takdirnya,wealls menerimanya dengan rela hati...Wallahua'llam.

11 March 2015

Jujurkah kita..?



      Bismillahirrahmanirrahim...


Wallahu'allam.

10 March 2015

Musim bunga tiba lagi!



    Bsimillahirrahmanirrahim...

cam kat negara omputih dah rasanya..

rupa bunga cam bunga sakura kat jepun tu..tp ni kat mesia uolls!

       Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah ini,semoga segala perancangan wealls pun
secantik dan seindah bunga-bungaan yang kembang mekar...Wallahua'llam.
    

06 March 2015

Bila si bongsu bercerita....




     Bismillahirrahmanirrahim...

        Last week sempat melawat Anakanda bongsu di sekolahnya.
Ramai tahap gaban parents datang melawat anak di sana.Mereka siap bawak bekal
lagi dan berkelah di sana.Ada yang bawak kfc,dari secret resepi dan tak kurang juga yang masak
sendiri dari rumah.

    Wealls datang sehelai sepinggang gitu!Ingat nak makan dikantin tapi penuh uolls!!
Terpaksalah si abahnya keluar mencari pisang goreng dan cekodok goreng serta air sirap
buat kudapan wealls hari itu.

  Sedang bercerita pengalaman ditempat baru,si bongsu membuka cerita...katanya
dia pelik la dengan budak-budak sekelasnya,asyik tidur saja bila dalam kelas tapi
bila cikgu bertanya soalan,boleh pulak menjawabnya!Malam-malam sampai 2 ke 3 pagi
layan handphone dan laptop (curi-curi bawak masuk),tapi pagi esoknya bila cikgu
suruh hantar 'homework',mereka dah siapkan semuanya.

   Wealls cuba menerangkan yang bila tinggal di asrama kena pandai-pandailah
menggunakan masa yang ada.Mungkin si bongsu masih cuba menyesuaikan diri
disekolah baru dan harapnya janganlah ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri
dengan alam kehidupan di asrama...Wallahua'llam.

05 March 2015

SEMASHUR...Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.



     Bismillahirrahmanirrahim...

     Kali ini nak berkongsi gambar-gambar yang sempat ku 'snap' ketika dalam
perjalanan ke SEMASHUR semalam.Sekolah ini adalah SBP (sekolah berasrama penuh)
puteri sulungku 4 tahun yang lalu.Selama 5 tahun wealls berulang alik setiap dua minggu
sekali menghantar puteri sulung balik ke asrama.Untuk pulang bermalam dirumah,puteri
sulung balik sendiri dengan menaiki komuter.Orang sibuk nak ambil result spm tapi wealls pula sibuk nak ambil sijil pmr dan spm.Setelah 4 tahun baru berkesempatan datang ke sini semula.

perjalanan mengambil masa 2jam dr kajang ke hulu selangor..

dlu selalu ada penggambaran filem disini..

sekarang sg tua dah dipagari..

air terjun sg tua pun dah semakin kurang dah..akibat kepanasan melampau.

ini lah pintu masuk ke SEMASHUR..beralamat di hulu yam baharu..

dewan utk pelbagai guna..dewan titiwangsa

begitu damai bila memasuki je kawasan sekolah ini..

skrg dah sekolah berprestasi tinggi..

cantik kan!

pemandangan dr atas..

asrama puteri dimana puteri sulungku menginap dulu..

antara koleksi pingt yg SEMASHUR dpt..sekolah ni aktif permainan ragbi.

   Banyak kenangan yang teramat manis dan sedikit pahit wealls telah lalui di sini.
Yang manis bila PMR dan SPM mendapat straight A.Tapi yang pahit bila puteri sulungku
diganggu pelajar senior,datang sampai ke rumah..bila tidak dilayan,di sekolah pula
pelajar itu buat hal.Semoga pelajar itu berjaya walau apa bidang pun yang beliau ceburi...Wallahua'llam.

02 March 2015

Petua cuci barang kemas.



    Bismillahirrahmanirrahiim...

      Masa kecik-kecik dulu,arwah bonda tercinta selalu beli cecair dalam botol
dikedai emas khas untuk mencuci barang-barang kemasnya.Sekarang dah moden,
pakai sekeping kain pulak yang dijual dikedai emas.

   Untuk memastikan koleksi barang kemas sentiasa berkilat,uolls harus tahu
cara mencucinya dengan betul.

tempek pic cincin emas puteri bongsu ni yg dibeli sbg hadiah diatas kejayaannya dalam akademik..

   Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam.
Selepas itu ambil berus gigi lembut dan letakkan sedikit ubat gigi.
Cuci keliling barang kemas dan rendamkan semula dalam air selama sejam.
Kemudian,keringkan barang kemas dengan meletakkan ia di atas kain kering.

   Mudahkan uolls!cuma guna bahan yang ada dirumah sahaja.
Jikalau uolls ada petua lain sila kongsi bersama....Wallahua'llam.