.

17 March 2015

Cucu baru ku...



      Bismillahirrahmanirrahiim...

       Masih ingatkah uolls dengan cerita balik kampung wealls bersama si ayam serama?
Ni la nak cerita,selepas dua bulan bawa dari kampung,si ayam serama mula bertelur.
Telurnya sampai lapan bijik.

cantik x serama betina ni uolls?

   Tak lama lepas itu,si serama mula mengeram.Masa mengeram ni mengambil masa
yang lama iaitu 21 hari.Jadi,si serama jantan terpaksa diasingkan dari si ibu serama.
Kalau tidak dikacaunya si ibu nak mengeram.

umur baru sehari dua dah pandai cari makan sendiri..

   Semalam menetas sudah seekor anak serama.Selang dua hari menetas lagi seekor.
Orang tua-tua cakap ayam serama takkan menetaskan semua telurnya,kalau dalam 8 bijik tu
mungkin tiga ekor sahaja yang menetas.Tak sama dengan ayam kampung.

yg kuning tu cucu sulong n yg ada belang hitam tu cucu ke2..menurun cam ibunya ckit..

comel la baby serama ni!

  Harga seekor serama dewasa adalah RM 260.Memang mahal kan uolls!
Tapi kalau dah hobi tu tetap beli juga.Lagi pun hobi membela haiwan ni
boleh menjauhkan wealls dari penyakit darah tinggi.Inilah pengubat wealls
bila anakanda-anakanda tersayang tiada dirumah.Wealls pun dah wargamas
so bolehlah diumpamakan dapat cucu baru..Wallahua'allam.

8 comments:

  1. Hilang sikit sunyi bila dah bercucu...

    ReplyDelete
  2. Wah... dah bertambah la serama akak.. sekun la gitu serama tu dengan kajang.. haha.. memang lawala bulu ayam ni.. patutla mahal.. lepas ni akak leh la tambah koleksi banyak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..xsalahkan kalu kita nak berangan cam pak pandir tu kan AN?

      Delete
  3. Replies
    1. hehe..time n3 ni ditulis cuma dua ekor je yg menetas,tp kini dah 3 ekor.Tu la,nama xpilih2 lg xtau bila nak ke pejbt pendaftaran negara ni!!

      Delete

❤ Komen anda saya hargai ❤