.

30 March 2014

Nostalgia makan buah2 pelik




    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

     Sekolah dah bermula esok,Puteri tersayang pun dah balik ke IPTA  petang tadi..kembali
sunyi dan sepi ler rumahku.Baru berpisah sekejap dah mula rindu merindui..tiba2 boleh pulak
terlayan perasaan nak makan buah-buah pelik ni..!!tapi kalau kat kampung mungkin ada lagi,
dah berhijrah kebandar ni semuanya susah nak dapatkan.

   Uolls pernah tak makan or dengar nama2 seperti buah kemunting,buah katak puru,
buah jambu pala payung,buah serai kayu,buah keriat dan buah sentul dan setia.
Nama2 buah ni yang saya suka makan waktu kecil2 dulu.Ada tak lagi buah yang namanya
pelik yang teman2 suka makan masa kecik2 dulu?

  Zaman dah maju sekarang so saya buat carian google gambar2 buah-buah yang saya suka dulu..
rupanya sebijik sama Uolls...!!Meh kita tengok gambar buah2 pelik tu..


buah kemunting

buah jambu pala payung

buah serai kayu..pucuknya sedap buat ulam

buah keriat..masam!

buah katak puru...masam manis

buah sentul tp buah setia xjumpa cari...sama kot!

   Sampai sini dulu...jumpa dilain entry..Sekian,Wasallam!

Majlis menyambut menantu dan Ayam bakar bermadu kasih



   Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman2!

    Khamis lepas hari menyambut menantu kat rumah kakak iparku di kampung.
Sesuai ler dengan tajuk diatas rasanya kalau saya tempek gambar2 anak sedaraku
kawin hari tu..Majlis menyambut menantu yang 'grand' gitu...Jom layan gambar..


suasana majlis menyambut menantu


rumah baru kakak iparku..


menantu bertandang kerumah mertua


majlis yg grand gitu..

   Kali ni nak berkongsi resepi seperti tajuk diatas..Saya ambil dari pesbuk..
maklum bab-bab menyalin resepi ni suka sangat tapi nak buatnya...entah bila!!
Rsepi ni pun simple dan mudah sangat..Jom tengok bahan2nya..

Bahan..

Ayam (1 quater)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 ulas bwg putih
3 hirisan halia
2 sudu besar cili kering

Caranya...

Gaulkan semua bahan perapan dgn ayam yg telah dibersihkan.
Perap selama mana yg disukai.Lagi lama lagi sedap.
Bakar dan hidang...Selamat Mencuba!!


anak2 punya pevret ni..

   Teman2 jangan salah paham pulak bab tajuk tu..saya ambil kat pesbuk dari resepi Ummi,
dah memang tertulis tajuk semacam itu..bukan saya pandai2 buat tajuk tu tau..!!
Sekian,Wasallam!




29 March 2014

Jeli Kelapa yang kumahu..



              Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam berhujung minggu semua!

           Cuti sekolah sudah semakin sampai kepenghujungnya.Semua yang balik kampung
pun sudah kembali semula maklum tugas dan tanggungjawab masih menunggu..
Kisahnya jiran sebelah rumah saya balik kampung kat Besut,Trengganu..Saya pun kirimlah
karipap sedap dari sana (inti serunding tu!)...tup..tup..petang semalam depa call cakap
tak jual pulak karipap tu,maybe cuti sekolah jadi peniaga tu pun nak bercuti jugak gamaknya!
kecewa juga mulanya tapi Kak Wan (jiranku) cadangkan beli keropok lekor je,saya terima je
dalam keterpaksaan..lagipun takut menyusahkan Kak Wan pulak..

     Cecece...tajuk diatas dah macam tajuk lagu la puloks..!Jangan marah teman2...
Dah lama tak buat jeli ni selepas kelapa muda naik harga..Gula pun sama..
Tapi sejak2 ada blog ni semua resepi nak dikongsi....Jom kita tengok bahan2nya...

emmmm...sedappnya..!

Bahan2nya...

1 peket agar2 20gm (dibahagi 3,ambil 1 bahagian je)
2.6 liter air kelapa (dari 3 bijik kelapa muda)
Isi kelapa muda
11 sudu besar gula (ikut citarasa masing2)
3 helai daun pandan

Cara2nya..

Mula2 larutkan agar2 bersama sedikit air (agak2 cuma untuk larutkan agar2).
Masukkan gula,bila dah hancur masukkan air kelapa muda...
Tuangkan kedlm bekas kecil2 tunggu suam2 sikit baru letakkan isi kelapa muda diatasnya..
Simpan didalam peti sejuk..

sekejap je ni....ank ramai kena buat banyak!hihi..
   Itu saja kali ni..jumpa lagi dilain n3..Selamat Mencuba!

28 March 2014

Shopping Pakai Baucar..



     Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Penghulu Hari Teman2!


tinggal 2keping je lagi..

     Kalau sebut pasal 'shopping'..semua terbeliak bijik mata..!Maklum wanita dan shopping
memang tak boleh dipisahkan..Tapi bila shopping pakai baucar,rasa macam zaman2 sekolah
dulu2 bila hari kantin je kena beli pakai baucar..


hasil rembatan semalam

  Petang semalam ke kedai buku Popular kat Aeon Cheras Selatan.Ramai jugak orang,maybe
sebab cuti sekolah kot!Handbag berjenama pun banyak jugak sale..tapi walau dah harga sale
tetap tak mampu ku memilikinya..window shopping je la!


Puteri Bongsuku sedang memilih alatulis

  Tiba2 Puteri Sulungku cakap nak beli beg pulak..terkejut dibuatnya.Ingatkan bila dah
masuk 'U' ni tak pakai dah beg besar2 tapi rupanya sama jer..Susah juga nak beli beg
ikut citarasa Puteriku ni,kaler ceria bukan pilihannya..yang kaler buruk2 juga menjadi
pujaan hatinya..yang ni tak boleh pakai baucar tapi kalau kat UIAM bukan buku saja boleh beli
tapi tudung,baju,handphone dan banyak lagi..


ini ler beg yg menjadi pilihan Puteri Sulungku..ok tak?

   Shopping pakai baucar pun ada syarat2nya jugak..lain kedai buku lain syaratnya.Kat sini
kena beli buku  80% dulu baru boleh beli alatulis.Semalam melayang juga 2 keping baucar 50,
siap kena tambah duit lagi..Buku yang dibeli pun buku biasa2 je bukan buku laws pun..
Buku2 laws dah beli masa mula2 masuk semester lagi,baucar lambat dapat..Tapi untuk semester
baru,buku2 laws semua berharga rm300 sebijik..MasyaAllah!

  Itu saja perkongsian kali ini,jumpa dilain n3..Sekian,Wasallam!

   

   

27 March 2014

Kek Batik Homemade



      Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Khamis Teman2!


kek batik hasil garapan anak2 tercinta..

       Seronok jugak bila sekolah cuti panjang ni..anak2 semua ada kat rumah..Puteri sulungku
pun sedang bercuti seminggu dari UIAM..cuti semester katanya..riuh rendah rumah jadinya..!
Sejak cuti ni ramai pembantu sedia menghulur bantuan dan meringankan beban terutama dalam
bab2 mengemas rumah,melipat kain dan memasak.Kali ni nak kongsi resepi kek batik
yang dibuat oleh anak2 daraku tersayang..

    Bahan2..

600gm biskut marie
8 biji telur
1 buku butter (250g)
1 cwn milo
1 cwn nestum gandum
3 sudu koko
1 tin susu pekat
1 cwn air
sedikit vanilla


dipotong kecik2 supaya senang nak makan..

  Cara2nya..

  Pukul telur dengan butter.Kemudian masukkan milo,nestum,koko,susu,vanilla
dan gaul dgn air sedikit demi sedikit.Bahan tadi masak dalam periuk
hingga pekat.Pecah2kan biskut marie dlm loyang dan tuangkan bahan tadi
keatas biskut.Ratakan dan tekan kuat2,kemudian sejukkan dlm peti sejuk.
Siaappp....!!Jangan lupa mencuba resepi yang mudah dan simple ini,teman2 semua..

   P/S: Susahnya nak blogwalking keblog teman2..internet dah jadi cam 'sloth' dah..Wallahuaklam!

26 March 2014

Dadih Strawberry



     Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

       Sejak cuti sekolah ni,macam2 permintaan dari anakanda2 tersayang..mintak masak tu la,
masak ni la..Kebetulan semalam keluar beli barang dapur buat stok sebulan..konon!Padahal
tetiap minggu dok beli lagi barang dapur..!!!terbeli ler sekotak susu segar perisa strawberry,
anak2 dah sibuk bertanya Ummi nak buat apa dengan susu tu..nak minum or buat kuih..
cepat2 Anakanda sulung menjawab,'nak buat dadih'..takut nanti lambat jawab,habis pulak
susu tu diminum..Jom ler kita tengok bahan2nya..

25 March 2014

Musim Bunga..



    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!


pepagi ni kita layan bunga dulu

     Allahuakbar...Usai je pengumuman PM kita tentang nasib penumpang dan anak kapal MH370
pukul 10 malam tadi..Innalillahiwainnailaihirojiiuun...cuma kalimah itu yang terpacul dari mulutku..
Terlerai sudah penantian kita semua selama 17hari,berita sedih ni dirasai diseluruh jagatraya..
Takziah buat semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370..Peristiwa ini tetap tercatat
dalam lipatan hati untuk selama-lamanya..Al-Fatihah.


putih-putih melati..

    Sejak hujan turun beberapa hari lepas setelah kemarau sebulan...Pokok2 bunga dilaman
rumahku sudah nampak daunnya kehijauan,bunga2 berkembangan..sejuk mata memandang..!
Bunga melati dilaman rumahku baunya harum semerbak..Ada orang kata,tu bunga harum
sundal malam sebab waktu malam makin harum baunya.


semoga memberi keceriaan buat semua..

  Seronok tengok pokok2 dah semakin kehijauan daunnya,kalau tak kering je..!Kekadang
terasa macam berada dimusim bunga la pulak..Betul ke Malaysia sekarang dah jadi
4 musim macam luar negara,teman2?Kat Kelantan hari tu heboh sebab suhu dibawah
paras sejuk,bestnya..Sekian,nanti kita bercerita lagi dilain entry..Wasallam!

  

23 March 2014

Sotong Goreng Tepung



     Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam hari minggu semua!

      Hari ni hari penentuan pengundian di Kajang,meriah bagai suasana raya rasanya..
Seawal pagi lagi jalanraya dah mula sesak..sebab itulah dinasihatkan pengundi2 keluar
diawal pagi lagi bagi mengelak kesesakan lalulintas.Pada yang berjaya nanti tanggungjawab
besar digalas...berkhidmat untuk rakyat!

    Kali ni nak berkongsi resepi sotong goreng or celup tepung pulak..Jom lihat bahan2nya,

Bahan2nya...

Sotong saiz sederhana-3ekor
Tepung jagung
Tepung gandum
Sebijik telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari
Lada sulah
Minyak masak

Cara2nya...

Mula2 bersihkan encet sotong,buang tulang or dakwat hitam.
Potong encet sotong bulat2 macam cincin.
Dah bersihkan encet sotong,masukkan sedikit tpung jgung dlm 3/4 mangkuk.
Ambil tpung gandum sedikit + dalam mangkuk yg ada tpung jgung,secubit garam,dan sesudu serbuk kari
+ lada sulah dan gaul kering.
Pecahkan sebijik telur,pukul sampai sebati.
Bila minyak panas ambil sotong celup dlm telur pastu golek2 dlm tpung jgung dan
campak dlm kuali.
Goreng sampai agak2 dah rangup.Orang kata tak boleh goreng lama2 nanti jadi liat.
Terpulang pada selera masing2.Boleh dicicah dengan sos cili Thai..


ni kalau ratah saja pun sodapp..!

    Gorengan ni paling mudah dan senang nak membuatnya.Jangan lupa teman2 cuba jangan tak cuba..
  Selamat Mencuba Semua..!


22 March 2014

Selamat Pengantin Baru..



      Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

       Seronok la tu sekolah pun dah mula bercuti panjang!Pada yang pulang ke kampung
halaman,berhati2 memandu..biar lambat asal selamat...ingatlah orang tersayang!iklan sikit...


acara batal air sembahyang..anak sedara ku mohd firdaus dan isterinya..

   Bila start cuti sekolah maka banyak la terima undangan ke majlis perkahwinan.Kebetulan
anak sedara kat kampung bernikah semalam dan bersanding pada malamnya.Mintak 
sori la banyak2 sebab Cik Su dan Ayah Su tak boleh balik kampung..maklum
cuti pun tak panjang cuma dapat 2 hari je..In Sha Allah,kita akan jumpa nanti..


keluarga bahagia...kakak iparku bersama menantu barunya dan anak2nya


majlis persandingan..tahniah cik chik dan abe yie terima menantu..


acara makan beradab..pengantin baru firdaus dan farah..

   Tapi dengan peralatan canggih dapat lah jugak Cik Su tengok gambar sekitar pernikahan
dan perkahwinan kat pesbuk..memang sepadan ler..macam pinang dibelah dua!!Saja ler nak tempek gambar kat my entry untuk tatapan teman2 dan pada yang baru nak memilih tema untuk pelamin dan baju pengantin,at least boleh ler try mana tau sesuai ke tidak..
Selamat pengantin baru dari Cik Su sekeluarga..semoga bahagia ke hujung nyawa..In Sha Allah..
Bertambah lagi ler anak sedara Cik Su..hehe..
Itu saja perkongsian kali ini..Sekian,Wasallam!

20 March 2014

Makan Kek Lagii...!!



      Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Khamis Teman2!

       Berdebar ler student yang ambil result SPM hari ni..!Harap2 yang berjaya biar bijak ler
pilih bidang yang disukai di IPTA/IPTS..pada yang kureng berjaya pulak teruskan usaha,
belajarlah dari kesilapan dan bangkit semula untuk masa depan lebih cemerlang..In Sha Allah!


besday boy kek..

    Hari ini dalam sejarah..20 mac 1998..Putera tunggalku dilahirkan..satu2nya anak teruna tunggal
dalam keluargaku..(sejarah takkan berulang!)..hihi
Biasalah bila sambut harijadi tak sah kalau tak ada kek!Walau belanja makan kat restoran pun
balik-balik kena beli kek jugak..!Tapi hujung2 bulan ni tau2 ler gaji lambat lagi,beli je la
yang sedang2 harganya..buat ubat penenang hati!!!hihi..


sedap gak walau murah!

   Hadiah?biar lah rahsia..(macam lagu Datuk Siti Norhaliza tu!)..Ujian pertama f4 aritu Putera
saya dapat markah BM-C sebab katanya f4 format baru..susah!Tapi BI-A..maybe sebab suka
praktis lagu omputih kat dalam toilet  la tu!! 


ni ler Putera tunggal kesayangan saya tu..


bersama puteri bongsuku..


bersama puteri sulungku..

  Harapan Ummi semoga Alif Syaukani menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara.
Berbakti pada ibubapa dan moga sentiasa dibawah rahmat Tuhan..Aamiiin!Sekian,Wasallam!

P/S-SELAMAT HARI JADI,SAYANG...

   

   

19 March 2014

Pecal



    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Rabu Teman2!

     Berita terkini menyatakan yang PBS (pentafsiran berasaskan sekolah) telah dibuat
penambahbaikan dan bermula 1 april akan bertukar pada PT3 pula...

     Kali ni nak berkongsi resepi pecal pulak..Saya memang suka salin resepi tapi
nak membuatnya tunggu 'mood' baru boleh buat...hihi
Resepi ini saya dapat dari seorang kawan yang tinggal kat Pulau Pinang...
Saya sudah buat penambahbaikan sikit...(jangan marah,kawanku!)..kiki

   Kuah Pecal..

150gm kacang tanah digoreng dan dikisar (boleh agak2 je nak banyak mana)
5-6 biji cili kering (dibasuh dan dipotong)
sedikit belacan
3-4 biji bwg merah
gula secukup rasa
sedikit garam
sedikit air asam jawa/guna limau nipis pun ok
air suam secukupnya

    Cara2..

Panaskan minyak,goreng cili kering,bwg dgn belacan.
Blend hingga halus
Masukkan dlm bekas,campurkan kacang tanah,air,asam jawa,gula dan garam
Bancuh dengan air suam.

    Bahan2 sayur...

Kangkung yang direbus
Kacang panjang yg direbus (kalau saya buat akan ganti dgn kcg buncis sbb anak suka)
Timun dipotong halus
taugeh dicelur
Tauhu digoreng dan dipotong
Kalau letak pucuk paku,jantung pisang rebus dan nangka muda rebus pun sedapp..
   

tak sabar nak makan..

      Jangan lupa mencuba Teman2...buat diri saya juga..!Mudah dan berkhasiat sebab banyak
guna sayur-sayuran...Sekian,Wasallam!

Radar Akhirat..



      Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan ketemu lagi!

     Bagaimana keadaan radar kita pagi ini?Mudah2an radar kita terletak pada landasan
 yang diredhai Allah hendaknya..In Sha Allah..Aamiin!


ihsan dari pesbuk

    Hari mengundi semakin dekat,kempen pilihanraya di Kajang semakin rancak.
Padahal nak pilihanraya tapi macam dah nak sambut raya pulak gayanya..!!!hehe..
Jalanraya semakin sesak..kalau nak keluar ke bandar buat masa sekarang elok
guna motorsikal je,sebab jalan jemm teramat!


gambar ihsan dari google


gambar ihsan dari google

    Semoga kita tidak tersasar dari radar sudah....Buatlah pilihan dengan bijak..Sekian,Wasallam!

Caruman Hari Tua..?




     Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

      Saya sudah terima penyata ahli KWSP semalam..Teman2 macam mana?Tapi zaman
yang serba canggih ni boleh online je..yang saya punya dari dulu sampai sekarang
penyata ahli sampai kerumah,posmen yang bawak!


keterangan mengenai penyata yang panjang berjela...

   Walau dah bersara,
simpanan dalam akaun KWSP tetap 'hidup'.Bila terima penyata akaun ni tak tahu nak cakap,
perasaan gembira ke atau sedih..sebab simpanan yang ada ini cuma boleh tengok je la!
Nak keluarkan cerewet dan banyak prosedur yang harus dilakukan..nak ambil duit sendiri pun
susah..nampaknya tak merasa ler..!!


penamaan..?

   Selalunya simpanan Kwsp ni akan dapat pada waris2 terdekat.Moga digunakan kearah kebaikan..
In Sha Allah...Penamaan pun belum dibuat lagi.Sebenarnya caruman ini untuk hari tua ke atau
untuk orang2 yang ditinggalkan? Kalaulah saham akhirat dapat kita tengok macam penyata ni.... Wallahuaklam...Itu saja kali ini,Sekian..Wasallam!

18 March 2014

Seputih dan Sewangi Bunga Melor



       Bismillahirrahmanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

        Alhamdulillah dapat juga blogwalking walau internet dah makin slow..terimakasih pada
teman2 yang sudi singgah dan baca entry saya yang tak seberapa ini.Blog picisan la katakan!..

      Hari ini nak buat pengumuman tentang result SPM yang akan diumumkan pada 20hb mac,khamis..
Walau tiada anak2 yang mengambil SPM 2013 tapi macam biasa ler..terlebih pulak debaran dari
budak2 yang ambil exam..Budak2 lepasan exam ni masih fresh lagi,seumpama bunga melor,
putih dan wangi...Buatlah pilihan yang tepat kemana arah haluan demi masa depan..


bunga melor dari laman rumah ku..

    Bercerita bab bunga melor ni..tetiba pagi tadi ketika sibuk menyediakan sarapan
buat anak2 ke sekolah,En suami menghulurkan dua kuntum bunga melor..So sweet!!hihi..
Padahal selama ni setiap pagi saya yang paling rajin kutip bunga2 ni dilaman..
Harap2 biarlah cinta dan kasih mu,En suami semerbak harum bauan melor dan sebersih seputih
bunga melor..(maaf ler teman2 kalau terlebih gediks lak!)..Nama pun suami isteri,teruskan 
berkasih sayang..Sekian,Wasallam!

     

17 March 2014

Bagaimana untuk Kasih dan Dikasihi



      Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!

      MasyaAllah..perkongsian ilmu hari ini amat terkesan dihati.Allah mencipta kita dengan
sempurna menandakan kasihNYA pada kita semua...Kasih anak pada ibubapanya dan 
kasih isteri pada suaminya..


ihsan dari google

   Ustaz bercerita,ada sepasang suami isteri..suaminya berpesan supaya jangan keluar rumah
sepeninggalannya ketempat kerja.Suatu hari adik kepada si isteri memberitahu yang ibu
mereka sakit dan berharap kakaknya dapat pulang tapi tetap tak pulang sebab
tanpa keizinan suaminya.Bila ibunya meninggal dunia pun kakaknya tetap tak pulang.
Tapi..suatu malam adiknya bermimpi yang ibu mereka hendak diazab dalam api neraka,
tiba-tiba kakaknya muncul dan memberitahu yang dia telah diajar oleh ibunya
untuk patuh pada suami..maka ibunya telah terhindar dari api neraka...Subhanallah!


ihsan dari google

     Kita hidup sebab Allah sayang pada kita..Allah nak uji kita dengan bermacam2
seperti suami suka buat hal or anak buat perangai..Nauzubillah!Itu pun tanda sayangnya
Allah pada kita..bila ada masalah kita bangun malam untuk bersujud dan bercerita
denganNYA..MashaAllah,penyakit yang diberi jugak menandakan Allah sayang pada kita.
Allah bagi sakit beserta ubatnya sekali..semua ini kifarah untuk mencuci dosa..Bila doa
dimakbulkan pun tanda Allah kasih pada kita.Bukan murah rezeki saja,selalunya orang
miskin yang kumpul duit sikit2 dan berdoa..boleh je sampai Mekah!Bila menyebut nama
Allah,hati kita bergetar dan menjadi lembut sampai menitiskan airmata..itu pun
tanda Allah sayang dan kasih pada kita..Wallahuaklam.


ihsan dari google

   Zaman moden ni susah sikit nak ajar anak2 supaya ada sifat kasih dan dikasihi.
Tapi dengan izin Allah semuanya tak mustahil kan Teman2?Kita kena bersyukur
sebab dikurniakan zuriat (anak),ada orang tak dapat anak langsung cuma ambil
anak angkat je.Selalunya anak2 macam ni kurang sifat puji.Kita kena selalulah
beri kata2 pujian buat anak2 baru beri semangat baru.Kita sebagai ibubapa pun
kenalah beri didikan supaya anak bersifat pemurah dengan mengajar anak2 bersedekah.
Yang terakhir adalah pelukan..berilah pelukan buat anak2 kerana kasih sayang
mengalir bila berpelukan..kajian juga mendapati anak yang selalu dipeluk oleh ibubapa
akan lebih cerdas mindanya..In Sha Allah..


ihsan dari google

  Moga perkongsian ilmu ini memberi manfaat buat kita semua,Sekian..Wasallam!

16 March 2014

Meneroka Kesabaran



         Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman2!

        Alhamdulillah..pagi ni hujan rahmat membasahi bumi..Itulah berkat dari kesabaran..
Semalam Puteri bongsu ke kem mencari cinta sejati.Cinta sejati kita hanyalah pada Allah SWT..
Jangan kita hanya mencintai alam tapi cintailah Pencipta alam..


dah terima sijil pun smlm..

      Kata Ustaz,ilmu bukan datang bila kita mula membuka kitab tapi bila kita membuka
pintu hati kita untuk menerima dan mempelajari ilmu.Sebenarnya banyak faktor yang mencabar
kesabaran,antaranya...masalah keewangan,krisis rumahtangga,masalah kesihatan dan anak2
yang menyakitkan hati.Seperti sekarang kita menghadapi masalah kemarau,jerebu,catuan air,
denggi dan kehilangan pesawat MH370..semua ini menuntut kesabaran yang tinggi dari kita semua..


ihsan dari google

     Semua masalah yang datang bukan dibuat2 tapi Allah menguji manusia dengan mengepilkan
bersama petunjuk or hikmah.Kalau kita hendak Allah menolong dan membantu kita,
kenalah bersabar.Kita pun kena muhasabah diri kerna ini sifat para sahabat.Fokus pada 
diri dan kita menjadikan hijab termakbulnya doa dari Allah SWT..
Allah tak bagi sakit kalau bukan datang bersama ubatnya..Subhanallah!


ihsan dari google

   Berdoa bukan membaca doa tapi mintak dengan Allah SWT..
Allah membilang setiap huruf yang kita cakap denganNYA..Oleh itu persiapkanlah
payung diri untuk musibah yang akan datang..

ihsan dari google
Itu saja perkongsian dari kuliah ilmu 'Tanyalah Ustaz'...Semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat
Sekian,Wasallam!


P/S: Doakan moga keajaiban terjadi dengan penemuan Pesawat MH370.

      

15 March 2014

Bermalas-malasan di Hujung Minggu




        Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Berhujung Minggu Teman2!

       Sebenarnya tiada istilah rehat bila sudah bergelar seorang isteri..Betul tak teman2?
Walaupun hari cuti tapi kerja tetap berlambak!Hari ni Anakanda bongsu ada bengkel
kat sekolah sampai pukul 5 petang..Tajuk seminar bengkel tu adalah,'mencari cinta sejati'...

    Sempat jugak layan rancangan apa kata wanita ditv 1,Datin Seri Rosmah Mansor..isteri PM kita
menjadi tetamu kehormat..dengan tajuk 'Doa Dan Harapan mencari MH370'..
Datin bercerita bila terdengar je berita pesawat yang hilang tu,lutut pun jadi lembik..rambut pun
tak sempat nak sikat,terus bergegas ke KLIA..Macam tu ler bila menjadi seorang isteri
menteri..


Datin Seri berdoa buat penumpang dan ank kapal pesawat MH370..

    Hari ni saya cuma masak ketupat nasi je,kuah kacang tak buat pun cuma beli yang dah siap,
lagi pun yang nak makan cuma 4 orang je..Puteri2 saya di IPTA pun tak balik minggu ni.
Konon hujung minggu nak bermalas-malasan tapi masak jugak walau 'simple'...
Ni pun baru nak 'try' kuah segera selalunya buat sendiri..Banyak jenis jugak yang dijual dipasaraya,
tapi saya memilih yang ni..tak tahu la sedap ke tidak..


ni je ler buat minum petang..


Silakan..teman2!!!

    Moga teruskan berdoa untuk pencarian pesawat MH370...Sekian Wasallam!