.

11 March 2014

"Musibah yang tidak dijangka"



          Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

        Bersiaran petang hari ini..Sambil layan WHI tadi terkesima sekejap..tanpa disedari
mengalir juga airmata ku..Tajuk ni sebenarnya memerlukan titik kesabaran yang tinggi
bukan buat keluarga penumpang2 dan ank2 kapal MH370 sahaja tapi kita
semua dijagatraya merasakan kesedihan itu.Masuk hari ke4 tp masih tiada perkhabaran
kehilangan pesawat MH370..



    Keluarga penumpang2 dan anak2 kapal pesawat MH370 perlu diberi kaunseling
memandangkan ada antara mereka tak nak makan,sukar untuk tidur dan menangis saja.
Para kaunselor banyak membantu dalam memberi sokongan moral..Pihak diluar sana
pulak diharap jangan membuat spekulasi..kesian la pada keluarga mereka..ini akan buat
mereka lebih tertekan.Doakan yang terbaik dan jadilah pendengar yang aktif untuk menenangkan
emosi keluarga mereka.



    Seumpama pesawat yang kehilangan radar maka terputuslah hubungan...begitu juga bila
manusia terputus hubungan dengan Allah..Walaupun secanggih manapun pembuatan pesawat
tersebut tapi penciptanya lebih berkuasa.Oleh itu kita mesti berdoa kerna disetiap doa
ada jawapannya.Kita sebagai Khalifah dimukabumi teruskan berdoa..



   Orang beriman diuji Allah akan berserah dan Redha.Kita hanya peminjam bukan pemilik,
oleh itu bila musibah berlaku kita kembali pada Pencipta..



    Kehidupan ini tidak seronok selama-lamanya..Ada masa gembira dan ada masa sedih.Bila rapuhnya
hubungan dengan Tuhan maka pastinya ujian dari Allah akan datang..Sesungguhnya ujian
datang dalam bentuk yang berbeza-beza..Wallahuaklam!



 Itu saja perkongsian kali ini...jumpa lagi dilain 'entry'...Sekian,Wasallam!.

8 comments:

  1. Berkongsi kata2 Kapten Norudin Abd Majid....Apabila sains berakhir,d situlah Allah bermula...!!

    ReplyDelete
  2. betul tu Idah...kembali pd Pencipta alam semesta

    ReplyDelete
  3. Mencari MH 370....seolah2 kita mencari Allah yg selama ini kita alpa dgn kebesaran n keagungan drNya...!! Manusia mudah lupa.....bertaubatlah,mudah2an kita berada d jln yg benar iaitu jln yg d redhai oleh Allah.

    ReplyDelete
  4. Semoga ahli keluarga yg terlibat bakal lebih tabah menempuh saat2 ni. Risau juga kita ni..diorang yang terlibat apatah lagi.. ssmoga dikuatkan semangat..

    ReplyDelete
  5. Bagus entry akak ni...Allah maha mengetahui setiap sesuatu

    ReplyDelete
  6. kita khalifah dimukabumi yg penuh dgn dosa,maka buatlah solat taubat tetiap hari bukan bila ditimpa musibah sahaja..betul x..Idah?

    ReplyDelete
  7. betul tu Nasiha..harapan moga cepat ler terungkai segala persoalan..

    ReplyDelete
  8. tenkiu Ida...kalau dah sifu cakap begitu,apa lg nak cakap..!hihi..

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤