.

14 March 2014

Terjumpa Kak Wan dan Kuih Kaswi



               Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Bertemu lagi Teman2!

        Teruja sangat-sangat bila tiba-tiba terserempak dengan Kak Wan Azizah,bakal YB 
Kawasan saya..Kajang!Patut pun ramai yang bawak kamera..rupanya bakal YB kita
ada di Tesco sekejap tadi.Sopan je Kak Wan kita dengan berbaju kebayanya.
Salah seorang dari pengiringnya sempat memberi saya katalog,katanya "selamat mengundi puan"..
saya cuma mampu berterima kasih dan memberi senyuman paling manis je la..Al maklum la
daftar mengundi kat kampung...ore kelate lah katakan!!!hohoho...


ni ler katalog yg saya dpt td..

    Dalam katalog yang 2 mukasurat je tu banyak menceritakan kisah hidup keluarga Kak Wan
dari sebelum kawin sampailah sekarang.Sedih dan berliku jugak kisah mereka.
Gambar2 semasa perkahwinan Kak Wan pun ada,masa tu kurus je..macam saya dulu ler!!hihi..
Moga Kak Wan berjaya menjadi YB Kajang..In Sha Allah.

Sebelum ke Tesco td sempat masak kuih kaswi,ada orang panggil kuih lompang
tak tahu la yang mana satu betul nama sebenarnya...hehe

   Kali ini nak berkongsi kuih kaswi or kosu (orang kelantan panggil)..
    
     Bahan-bahannya...

       3 cawan tepung
      2 cawan air
      2 cawan gula merah (dimasak bersama daun pandan tambah 3cawan air)
      2 sudu tepung ubi kayu


kukus selama 20minit

  Caranya...

     Masak gula merah bersama air hingga mendidih dan gula hancur.Angkat dan sejukkan.
     Semua bahan dikacau dan dikukus.Setelah masak sejukkan.
     Tabur kelapa parut yang dicampur sedikit garam dan dihidangkan.

jeng...jeng...jeng...sodapp!!

        Itu saja perkongsian kali ini..jumpa lagi dilain entry..Selamat Mencuba!
   
    

6 comments:

  1. Gembira,seronok, tak d sangka2 n teruja sangat2 .....apakah perasaan itu akan ada lg bila berjumpa dgn sy pula....hu hu

    ReplyDelete
  2. hihi...sudah semestinya la,Idah..!Kak Hajjah sentiasa dihati..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, lama tak makan kuih lompang, sedapnya tengok kat sini. Mesti excited terjumpa orang yang femes. Belum pernah jumpa Kak wan live lagi.

    ReplyDelete
  4. waalaikummussalam...nt cuba la buat kuih yg mudah ni!tu la first time jumpa live
    teruja sesangat!hihi

    ReplyDelete
  5. sedap untuk minum petang ni takkala hujung minggu...

    ReplyDelete
  6. hihi...sesuai sesangat...Roha..

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤