Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum dan salam sayang.
Baru berkesempatan menulis lagi sebab sibuk sangat sejak buka sekolah.Sabtu lepas saya keShah Alam utk bertemu 'face to face' dgn Anaknda yg nak berhenti belajar dari Politeknik.
Sessi perbincangan antara dua hati mengambil masa 4jam.Banyak jugak sebab2 membuatkan Anaknda saya ni tension!Sewa rumah yg bertambah disebabkan kurangnya penghuni salah satu darinya..Study group yg tak sekepala kerana cuma Anaknda saya saja yg buat semua kerja sedangkan kerja tu sepatutnya berkumpulan.Ini kerana Anaknda saya sahaja yg mempunyai laptop.Macam tak adil la kan!Study semua subjek dalam b.i..buat esei pun dlm b.i..Katanya susah,maybe ini alasan je kerana semester 1 dulu bukan semua dlm b.i jugak ke??!Tu la org kata nak seribu daya tak nak seribu dalih...Wujudnya subjek baru semester 2 ni pun masalah jugak..Konon subjek undang2 dlm perniagaan ni susah giller la!!Semester 2-5 akan study fakta tak macam semester 1 dulu semua kira2 tak payah baca buku..Ni pun penyebab tension jugak!
Agaknya mengapa kita perlu melalui kesusahan didlm hidup?Sepatutnya bersyukurlah jika diuji dgn kesusahan,penderitaan,cabaran,masalah dan segala yg merumitkan kerana semua itu mendekatkan kita kepadaNya.Sewajarnya kita merasa bimbang dgn ujian kesenangan kerana ramai yg senang bukan saja lupa diri malah lupakan ilahi,nauzubillah!
Sepatutnya kita tak perlu putus asa.Firman Allah SWT dlm ayat 286 surah al-baqarah yg bermaksud"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya".Jika Allah SWT yakin dgn kemampuan kita menangani ujian dan dugaan yg diberikanNya,kenapa kita tidak mempercayai kemampuan diri kita sendiri?
Saya nak kongsi satu cerita yg bermula disebuah makmal sains pelajar universiti.Beberapa kumpulan pelajar sdg membuat kajian mengenai rama-rama.Mereka diminta memerhatikan proses rama-rama keluar daripada kepompong itu.Setelah menunggu sekian lama,akhirnya ternampak kepompong itu mula menunjukkan tanda2 akan keluarnya rama2 dr dalamnya.Krek...terdengar bunyi kecil dan kelihatan kepompong itu mula koyak.Namun,lamanya hendak menunggu perkembangan seterusnya.Akhirnya,terkoyak sedikit lagi.Lama sekali menunggu.
Maka ketua kumpulan mengajak ahli berbincang,apa yg hendak dilakukan.Kata muafakat pun dicapai.Jika rama2 itu tidak berjaya juga keluar dlm masa lima minit,mereka akan memotong kepompong itu utk membantu rama2.Mungkin kepompongnya tebal dan payah dikoyakkan.Lima minit berlalu,tidak ada peningkatan lalu ketua kumpulan menggunting kepompong itu.
Blop...jatuh seekor serangga.Kelihatan ada sesuatu merupai sayap tp kecil dan ulat beluncas dan cecair,namun tiada rama2.Terlopong mulut setiap ahli kumpulan.Profesor yg mengajar segera dtg kpd mereka dan bertanya apa yg telah dilakukan.Mereka menerangkan bahawa rama2 itu bersusah payah utk keluar dr kepompong dan mengambil masa yg lama.Maka mereka telah bersetuju utk membantunya dgn menggunting kepompong itu.
Profesor itu menerangkan pd mereka dan semua yg hadhir dlm makmal itu bahawa sebenarnya rama2 itu perlu bersusah payah,bergelut,berjuang dan berusaha gigih utk keluar dr kepompong itu.Bila dia bergelut dan menolak kepompong itu dr dlm,berusaha mengoyaknya,maka kepaknya menjadi bertambah kuat dan matang yg akhirnyaakan jd cukup kuat utk mengoyakkankepompong itu.Lalu sayapnya sudah cukup kuat utk dia terus terbang.Namun kerana mereka telah menggunting kepompongnya,maka rama2 itu tidak dpt bergelut dan berusaha gigih,maka sayapnya tidak dpt menjadi besar,kuat dan matang utk membolehkannya menjadi rama2 yg cantik dan terbang bebas!
Subhanallah,apa yg kita mesti akur dan insaf ialah Allah yg maha Bijaksana menjadikan semua benda dialam ini utk menjadi guru2 kpd kita.Jika kita membuka minda dan hati utk melihat ayat2 Allah,nescaya kita nampak byk mesej yg disampaikan oleh Allah kpd hambanya utk menjadi pedoman hidup.
"Nikmat itu kadang2 tidak disedari,hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar2 terasa"...
Semoga keputusan yg dibuat oleh Anaknda saya nanti adalah yg terbaikdan doakan kwn2 semua semoga penghijrahan Anaknda saya diberkati dan diredhai,Amiiin!
Jumpa lagi dilain entry...Sekian,Wassalam!