.

31 December 2013

311213

                                   
                                   Bismillahirrahmanirrahim.

       Assalamualaikum dan salam semanis kurma.
Hari terakhir bg tahun 2013...Tadaa!....tetiba anknda bongsu buat kejutan dgn memasak nasi goreng utk breakfast...!!komen ummi,sodapp!!!hihi..
 
sodap!!

      Hari ini ankndaku Alif Syaukani ke sekolah dgn siap beruniform utk mengambil buku teks form 4 seperti yg dijadualkan pihak sekolah.Welcome back to school Alif..setelah bekerja dua bulan sementara cuti sekolah.

    Di sini nak share gambar2 jahitan manik yg saya cipta sendiri...seronok dapat jahit manik.Enjoy gitu!!
Nak ajar kat sini tak berapa pandai sangat guna teknologi I.T ni...!huhu..

cantik tak?

macam cantik jer..macam comel jer..


    Banyak sungguh kisah suka duka,pahit manis yg ditempuh tahun 2013 ini..Si penglipurlara ini sekadar bercerita.Mohon salah silap dimaafkan.Esok dah nak melangkah ketahun depan(tahun baru) dgn harapan yg baru...In sha Allah

   Sekian,Wasallam!

30 December 2013

Perancangan Allah Lebih Baik...

   
                                  Bismillahhirrahmanirrahim.

         Assalamualaikum dan salam sayang.

   Isnin yg muram dan suram.Tak de angin...tak de ribut tetiba terima sms dr anknda tersayang yg study di politeknik shah alam,mengatakan nak berhenti dari studynya.Perasaan saya waktu terima sms tu semacam nak jatuh je jantung...kecewa,marah,geram,tidak puashati dan bla...bla....bla...!!!!

    Tidak disangka semua yg dirancang jd begini,betullah kata org manusia hanya merancang tapi Tuhan yg menentukan.Mungkinkah kerana masalah keewangan?PTPTN dah dapat..atau mmg betul ke dah tak boleh bawak study dlm bidang pemasaran tu?tp semester 1 boleh aje berjaya...siap dpt result tinggi lg pointer 3.70 tu! Dapat anugerah AKJ(anugerah ketua jabatan lagii!) Atau mungkinkah kerana ramai kawan2 dah berhenti belajar so terpengaruh la ni!Mungkinkah kami parents yg bersalah kerana memaksa padahal dr awal2 lg anknda saya ini tak nak sambung study.



    Sebelum anknda saya membuat keputusan,kami (saya dan en suami) menyarankan supaya buat solat isytiqarah 3mlm...Apa pun keputusannya nanti kami Redha.

    Semuanya akan tinggal kenangan,satu semester dah berjaya dilalui tp nampaknya semester ke2 hanya angan-angan....Inshaallah,perancangan Allah lebih baik.



    Sekian,Wassalam!



29 December 2013

Kembali Sunyi...

                    
                                 Bismillahirrahmanirrahim.
       
       Assalamualaikum...Hari minggu yg cukup panas.Saya terpaksa memakai pelindung mata (spek mata hitam) utk melindungi mata saya dari silau mentari sbb mata saya alah dgn silau,nanti mula la kepala jadi pening!huhu...

     Hari ini saya ke Shah Alam hantar anknda ke2,Anis Syafiqah yg menuntut di Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz Syah,Shah Alam.Anaknda saya ni bercuti semester seminggu.Terubat sikit kerinduan walaupun anknda sulung tak dapat balik.Anis dah tinggal dirumah sewa sekarang.Mulanya 8org yg tinggal bersama dirumah sewa tapi sekarang dah tinggal 4org.4org lagi dah lari keluar senyap2..camtu ke?Kesian pulak pd yg tinggal sbb kena bayar sewa rumah berganda la!masalah...masalah!!!Kondominium depa betul2 depan pasaraya giant shah alam,bersebelahan stadium shah alam.Menyewa ditingkat 4.

    Harapan saya moga ditahun baru yg dua hari lagi ni,memberi sinar yg gemerlapan buat anknda2 tercinta.Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati.Berjumpa lagi di entry yg baru...

    Sekian,Wassalam!

    

28 December 2013

Macam-Macam...!!!

                       Bismillahirrahmanirrahim.
       Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.Hari ni mcm biasa rutin hujung minggu bersama en suami adalah aktiviti berjoging.Pagi tadi jugak terkantoi bila en suami tetiba dah tahu tentang blog saya,yg selama ini saya rahsiakan.Tapi en suami tak de pulak cakap apa2!Orang tua2 ckp kalau diam tu tandanya setuju...maknanya boleh teruskan kot!!!hihi

      Kisahnya malam tadi dikunjungi anak sedara(sebelah en suami).Zawahir ni baru aje bertunang awal bulan 12 aritu.Dia datang bersama abangnya.Depa datang untuk berubat dengan bapa sedaranya(en suami).Katanya sudah keklinik tapi demam masih tak kebah2.Wahir terpaksa berhenti kerja kerana dah tak tahan asyik sakit je.Dia dah habis belajar kat uitm shah alam dan dah bekerja dekat cyber jaya.Kesian jugak bila tengok keadaan wahir mlm tadi sampai nak lumpuh jadinya.En suami pun bukanlah tok bomoh tapi cuma berusaha dan berikhtiar aje,yg menyembuhkannya kita serah padaNYA.Syukur selepas berubat,wahir boleh berjalan semula.Kita tak boleh nak nafikan kewujudan makhluk lain selain manusia dimukabumi ni.

       Beralih pula citer handfone saya yg sering hilang kreditnya bila terima mesej bergambar.Lupa pulak nombornya..rasanya bermula dengan no 8366...Asal terima aje mesej bergambar tu walau kita tak melanggan,tahu2 kredit kita dah diambilnya!pelik sungguh!!Sekali ambik sampai rm2.Berhati-hati la blogger semua.

    Saya harap blogger2 sekelian sudi2 la membaca entry saya yg merangkap diari harian saya ini.Terima kasih pd yg setia membaca.Tanpa kalian siapalah saya.

    Sekian...Wassalam!

27 December 2013

Kuih Bingka Roti

                       Bismillahirrahmanirrahim.
       Assalamualaikum dan salam penghulu hari....hayati dan hargailah hari istimewa ini.Banyakkan berdoa dan bersedekah.Pagi ni saya nak kongsi satu lagi resepi mudah iaitu kuih bingka roti(mcm bingka gandum gak cuma tambah roti je).


   Bahan-bahannya..
Santan 4 cwn(senang ckit guna sukatan cwn ni)
Roti satu bungkus yg kecik punya
Gula satu cwn
telur satu biji
sedikit garam
gandum satu cwn

    Cara-caranya..

Semua bahan2 diatas diblender,sapu majerin dan tepung pd dulang dan tuangkan bahan2 yg dikisar kedlmnya dan dibakar.selama sejam,suhu 160.
Selamat mencuba!

   Rasulullah s.a.w. berkata pd puteri kesayangannya "Wahai Fatimah,kelebihan wanita yg mengeluarkan peluh ketika masak utk suami dan ank2nya,Allah akan bina parit antara dirinya dgn neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dgnnya adalah sejauh langit dgn bumi.(Abu Hurairah R.A)

   Semoga hadis ini menjadi pedoman buat kita para isteri semua,Sekian Wasallam!

26 December 2013

Fenomena Sakit Kepala...




            Bismillahirrahmanirrahim.
     Assalamualaikum....Semoga blogger2 dirahmati  hendaknya.

    Hari ini pepagi lagi dah ada tanda2 yg saya akan diserang sakit kepala lagi.Walaupun begitu,sempat saya menyiapkan breakfast nasi goreng buat anak2 tersayang.
   Saya tertanya2 jugak kenapa saya sering diganggu sakit kepala yg berdenyut2 ni.Mungkin saya kurang minum air(sepatutnya 8gelas sehari),tidak cukup tidurkah saya,lama sangat mengadap laptopkah atau ada penyakit yg nak bertandang?Nauzubillah!Tapi..kalau menjahit tak pulak sakit kepala malahan boleh 'enjoy' lagi sebab bila start je menjahit,susah nak stop!hihi..

   Tengahari sempat lagi masak mee kari tu!Padahal denyut kat kepala semakin kuat tu...agaknya sebab dah terbiasa kot!Sempat keluar setel bil2,bayar kereta dan maxis(walau baru bayar tp tetap slow!). lagi tu..
After this sempat ke Mydin lagi utk shopping2!and sempat lagi singgah ke PPAS(perbadanan perpustakaan
awam Selangor) utk menambah ilmu didada.(banyak sungguh istilah sempat digunakan).

  Sebenarnya sekarang ni pun kepala masih berdenyut tp semangat punya pasal,teruskan jugak..walaupun berbekalkan minyak cap kapak yg ku sapu.Kalau boleh tak nak makan ubat tp jadi macam ni la,lambat nak hilang denyutnya.Kalau asyik bergantung dgn ubat je bahaya jugak utk jangka masa panjang.Tp malam ini nampaknya saya kalah jugak sebab dah rasa seram sejuk je..Terpaksa ambil ubat jugak nampaknya!

    Sebelum saya telan ubat dan berehat,doa2kan saya sihat lagi blogger2 semua.Orang kata setiap sakit Allah nak bersihkan kita dari dosa2 kecil..inshaallah.


   Sekian,Wasallam!

25 December 2013

Heroes And Friends

              Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi teman2 blogger tersayang.
Hari ini hari cuti sempena hari krismas.Tp saya tak kemana2 sebab En suami merangkap drebar saya bekerja hari ni.Maklum en suami saya bukan kerja pejabat or guru,cuti depa ikut giliran...kalau semua nak cuti agaknya apa jadi pd banduan2 dlm penjara tu..kebuluran dan mogok la kot!!hihi...
    Saya salah seorang pelanggan tegar pasaraya Tesco.Setiap kali nak shopping bahan basah or barang2 dapur disinilah tempatnya..bukan la tak pergi kepasaraya lain!kita pengguna kena bijak membuat pilihan..tak gitu,teman2 blogger semua?hiii..
       Sejak 29hb oct 2013-19jan 2014,tesco dah mula memperkenalkan macam mana nak dptkan heroes2nya.Setiap pembelian rm50 dpatlah satu sticker dan kena cukup 10 sticker utk mendapatkan satu figurine.Saya sempat dapat dua figurine  yg bernama mike dan iron man.Heroes2 ni bukan sekadar kartun je tapi ada pen didalamnya..Alang2 mengumpul biar dapat tengok hasilnya..hihi
   .Maybe ini salah satu cara marketing tesco utk menarik ramai pelanggan selain dari memberi baucar tunai dan diskaun keatas pembelian brg2 terpilih.Semoga sudi-sudilah teman2 blogger membaca entry saya yg tak seberapa ini.

Ironman and Mike

kena penuhkan 10 sticker ni, baru dapat 1 figurine pen.

     Sekian,wassalam!
    

24 December 2013

Luahan hati seorang ibu!

               Bismillahirrahmanirrrahim..
      Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah pepagi lagi hujan rahmat turun mencurah-curah di bumi Allah.Seumpama mencurah-curah jugak airmata anaknda bongsu saya mengalir dipipi.Inilah cerita yg nak saya kongsikan bersama kalian semua.
   Anaknda bongsu saya ni bijak dan genius budaknya!bukan saya nak memuji2 ank sendiri tp kenyataannya terbukti bila setiap kali peperiksaan,syukur selalu dapat tempat pertama dalam kelas dan byk jugak terima anugerah.Belajar pulak dlm kelas pertama dari 14 buah kelas.Disekolah pulak banyak memegang jawatan2 penting antarannya sbg pengawas sekolah dari tingkatan 1 lagi.Jawatan2 dalam ko-kurikulum dan banyak lagi...nak citer semua penat nak taip!!hihi
    Anugerah pun mmg dah banyak ananknda saya terima.Byk jugak la sijil2 yg dibawak balik kerumah.Bangga dan gembira sesangat bila saya melihatnya.Tapi....kusangkakan panas hingga kepetang,rupanya hujan ditengahari!Result peperiksaan akhir tahun yg ditunggu2 dgn penuh kesabaran,bila tiba harinya sungguh mengecewakan terutama empunya diri!Apabila apa yg tertulis di slip result tidak sama dgn markah yg tertera dikertas peperiksaan.Entah siapa punya kerja,bukan sekali dua buat kesilapan tp dah berkali2!!!Bukan sedikit kecuaian yg terjadi tp banyak saaangatt!!!geram pun ada jugak nii!!!
     Markah yg sepatutnya dpt A ditaip B....yg B dpt C!Kesan mmg ada la sbb bila anugerah cemerlang nanti semua markah dikira dan yg dpt tempat pertama,kedua dan ketiga diasingkan.Sedih dan luluh hati saya bila melihat anknda saya menangis cenggini!
     Pada pihak2 yg terlibat(cuai dlm buat kerja) diharap dilain masa janganlah ulangi lagi kesilapan sedemikian.kot terjadi pulak pd pelajar2 lain.Mungkin pd pelajar lain tak beri apa2 kesan tapi anknda bongsuku tersayang seperti dah melayang semangat kesekolah..Padahal dah banyak persiapan dibuat awal2 lagi.moga semua ni bleh beri pengajaran pd semua.Risau jugak sebab tahun depan PBSMR pulak..dimana penafsiran dibuat oleh pihak guru2!kot nanti pisang berbuah dua kali!!Nauzubillah...
    Sekian,wasallam!
       


  

23 December 2013

Jagung yg berkhasiat..

               Bismillahirrahmanirrahim..
     Assalamualaikum....Jumpa lagi.
Hari ni tidak keluar kemana-mana so boleh lah kita sama-sama berkongsi satu lagi resepi simple versi ku..
   
   Bahan-bahannya....

Jagung(beli yg siap packing kat pasaraya)
kelapa parut putih
gula
garam

    Cara-caranya...
1)Mula2 jagung direbus dahulu bersama air dan sedikit garam(sampai empuk)
2)Kelapa parut putih dicampur dgn gula dan digaul hingga sebati
3)Akhirnya kelapa td digaul bersama isi jagung td...dan dah sedia dimakan!

Itu saja rsepi mudah kali ini..selamat mencuba!

Sekian,wasallam!

Panggilan Dari Gombak..!!!

               Bismillahhirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum..Bertemu lagi di alam maya!
Hari minggu yg cukup indah ini,tetiba pepagi lagi saya mendapat calling dari anaknda tersayang.
Anaknda sulung saya ini  study dekat UIAM,gombak..Akhirnya tanpa dirancang,sampai jugak kami semua(saya,abahnya dan dua org lagi ank daraku) di Kampus Marhallah Nusaibah,tempat anaknda saya menginap.




 Lama sungguh tidak dapat berjumpa anknda tersayang ni.Asyik exam je memanjang!lepas je exam mid term terus sambung final exam.Bulan januari nt baru selesai..lama tu!Kebetulan abahnya off keja malam semalam jadi kami tanpa dirancang(sebab rindu teramat la ni!) terus ke Gombak.
    Kami sempat makan bekal2 yg dibawa..(order kat uncle jack je pun!) hihi...

pavlova :)


Terubat jua kerinduan  bila dapat melihat dan memeluk anknda sulung ku ini...(sejuk mata memandang)...
Walau kakak jauh dimata tapi tetap dekat dihati dan sentiasa dalam doa ummi....Good luck kak Aim!
perjuangan belum selesai...
    Sekian..jika ada sumur diladang,boleh saya menumpang mandi...jika ada umur yg panjang,boleh kita berjumpa lagi...wasallam

21 December 2013

Pengat Durian..

                  Bismillahirrahmanirrahim.
      Assalamualaikum...Alhamdulillah jumpa lagi!
Hujung2 minggu ni pasti ada yang pergi bercuti dan tak terkecuali ada yang ambil kesempatan duduk dirumah saja.Kebetulan petang tadi saya ada masak pengat durian.Jom kita share resepi pengat durian...!

Bahan2nya....
Durian
gula
daun pandan
santan
sedikit garam

  Cara-caranya...
Mula2 masukkan santan kedalam periuk,kemudian masukkan gula dan garam.Apabila gula sudah hancur,masukkan daun pandan dan terus masukkan isi durian bersama biji2nya sekali.

   Sedap dicicah dengan roti jala...sesuai dimakan petang2!Sori sangat sebab gambar tak boleh tempek disini atas sebab2 masalah teknikal...huhu

  Selamat mencuba rsepi yg mudah ini...sekian,wassalam.


20 December 2013

Ayam Goreng or Goreng Ayam..?

              Bismillahirrahmanirrahim..
   Assalamualaikum...Di petang2 jumaat yang penuh barokah dan penghulu segala hari ni,saya nak berkongsi
macam mana nak masak ayam goreng yg senang dan paling mudah.Hari ni harga ayam mahal sikit rm6.99 sekilo.Anak-anak saya memang sukakan ayam goreng ni dari dulu,kini dan selama-lamanya!huhu..
   Setelah ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil,tumbuk bawang putih dua tiga ulas bersama sedikit halia,sedikit kunyit hidup(kat bandar mmg susah nak jumpa,jd pakai kunyit serbuk je!) dan garam.
Boleh la disapu rata pd ayam tadi.Perah asam limau nipis dan perap ayam itu seketika.
  Ayam yg digoreng akan berbau wangi dan lembut dagingnya.Perahan asam limau nipis pulak boleh mengelakkan percikkan minyak ketika menggoreng.
  Selamat mencuba!Sekian...inshaallah,jumpa di next entry.

19 December 2013

Result PMR yang ku tunggu-tunggu!

            Bismillahirrahmanirrahim..
  
Assalamualaikum...agar semua teman2 blogger ku dirahmati hendaknya.


Hari ini result PMR  diumumkan!Sebagai seorang ibu,yang sangat mendambakan kejayaan ank2nya,pastilah saat2 ini terlalu mendebarkan.Walaupun cuma PMR,org ckp sijil PMR bukan boleh cari kerja pun!!Tp berdasarkan pengalaman2 ku yg lepas2,A tetap perlu utk menentukan kealiran mana pelajar tu akan pilih samada aliran sains,sastera or perakaunan.



    Kali ini giliran satu2nya Putera tunggalku,Alif Syaukani mengambil result.Seawal 10pagi lagi Alif bersama kawan2nya kesekolah tanpa ditemani ibu bapa utk mengambil result.Hari ni mereka semua kena pakai uniform sekolah.Kononnya dah besar..dah boleh berdikari..!!!hihi

  Debaranku kali ni tak lah kencang semasa kami ambil result kakak2nya!Mungkin petanda kot..!!!hehe
Bukannya aku memilih2 atau membezakan kasih sayang antara ank2ku..semua tetap dlm doaku,moga sentiasa dipermudahkan.

  Hari ni Alif tetap kerja,tak dapat cuti..lepas ambil result,terus pergi kerja semula.Tahniah..Alif,rajin sungguh kerja!jugak Tahniah dari Ummi dan Abah kerana bawak balik A jugak walau tak penuh!
Ingatlah..buat pelajar yg kurang cemerlang...

ketika kamu jatuh,
bangunlah...
jatuh bukan bererti kalah
kembali utk mencuba lagi
KEBERHASILAN
tidak bisa dihalangi
jika yg kamu lakukan
adalah tepat..
Kepada pelajar yg berjaya dgn cemerlang tahniah dariku dan pada yg kurang berjaya
     Teruskan perjuangan,kerana perjalanan masih jauh..!
Sekian..coretan perkongsian hari ni...inshaallah,jumpa lagi.

18 December 2013

Mi Bandung..made in Kajang..!.

         Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..jumpa lagi teman2 blogger ku.diharap sudi2 la kalian membaca entry ku yg tidak seberapa ini..Kali ni kita berkongsi camner nak buat mi bandung..tapi versi ku la!!hihi.....
 
  Bahan-bahannya..
Mi kuning(bahan wajib ni)
Ayam(ambil isi dan hiris kecil2)
Udang kering(dlm segenggam)
Telur(ikut suka,nak pekatkan kuah jer!)
Sayur(sawi or kubis)
Fish cake
Bwg putih

   cara-caranya..
Bwg putih yg diblend bersama udang kering ditumis sekejap.lepas tu masukkan air dlm 2 cwn(bergantung pd mi yg digunakan),masukkan ayam,agak2 ayam dah masak,masukkan fish cake yg dihiris kecil2 td.Kalu suka pedas boleh masukkan cili hidup.masukkan mi kuning sekejap dan terus pecahkan telur dan last sekali masukkan sayur2 dan angkat.Sedap dimakan panas2.

   Itu saja perkongsian kali ini,inshaallah..Selamat mencuba!! jumpa lagi..



 

Kapcai & Fererri kesayanganku....

         Bismillahirrahmanirrahim..
 
   Assalamualaikum..diharap rakan bloggers dirahmati sentiasa.

Hari ni nak berciter kisah kapcai buruk yg menjadi nadi dlm kehidupan harianku..Semalam dlm perjalanan ke bandar kajang,tetiba brek kapcaiku mcm xberfungsi jer!risau la kan sbb ini melibatkan nyawa jadi ku singgah ler kat pomen motor utk menukarkan dgn brek yg baru..At least kapcaiku dah ada brek baru!!!hihi..

    Kisahnya terjadi lak pepagi ni bila aku dah siap berpakaian joging tetiba en suami ckp kapcainya tayar pancit..!!pilihan utk ke taman dgn kereta boleh jer tp macam xbest jer!Akhirnya kami x jd joging,tp bawak kapcai jumpa pomen motor lagi utk menukar tiub tp memandangkan tayar pun dah botak,pomen tu ckp patut tukar tayar sekali...melayang lagi ringgit malaysiaku!!!huhu



   Cerita hari ni pulak,kebetulan ni dah bulan 12 tibalah masa utk memperbaharui roadtax dan insuran kereta..Aku dan en suami terus ke syarikat insuran Poh Teng kat sg chua utk byr insuran.Kami bab2 byr online ni mmg jakun..!!harapkan ank2 je yg ajar..dah byk ketinggalan..cian!fuhh..!cam biasa terbang berkeping2 lagi ringgit malaysia..asyik keluar je duit..masuknya tidak!!!

  Selepas urusan roadtax dan insuran setel,kami jumpa pomen ferreri pulak utk urusan servis ferreri ku supaya bukan cantik luaran saja tp dalaman pun terjaga gitu!dulu buat appoinment dgn proton tp sekarang tidak lagi selepas gurantee tamat tempoh..hihi...duit pun mengalir laju lagi...duit..duit!org ckp duit bukanlah segala2nya tp segala2nya memerlukan duit..!!!

  Akhirnya kami pun dah penat,perut pun perlu disi jugak..kami sempat singgah direstoran minang,order nasi ayam..Banyak jugak gambar yg ku ambil ingat nak tempek kat sini tapi memandangkan internet pun dah limit,slow sangat..simpan je la..Pd yg sudi membaca, terima kasih  dariku ..salamat po'!!!bahasa filipina..ni la gara2 byk sgt tengok citer f ilipina..hiiiii
        Sekian coretan pendek dariku...inshaallah,jumpa lagi.




17 December 2013

Hari penat sedunia..!

         Bismillahirrahmanirrahim..
   Assalamualaikum...moga kalian semua dirahmati.
Sebenarnya bidang penulisan ni bukan minat ku..cuma saja2 rasa nak bercerita,mohon kemaafan jika ada kesilapan..maklum la yg baik dan sempurna semua dtg dariNYA dan yg buruk itu dariku..
   Hari ni adalah hari yg paling penat buatku..padahal tetiap hari pun penat jer..!!!Tp macam boring jer citer ni...macam boring jer, macam boring jer !!Kali ni ambil kesempatan cuti en suami jugak,selalunya buat sorang2 jer tp kali ni apa salahnya berganding bahu..yg berat sama dipikul dan yg ringan sama dijinjing!betul tak?org ckp buat berjemaah..bukan solat saja ada jemaah tau!hiiii...mcm kata wonderpets,KERJASAMA..!kiki
   Hari ni sempat bersihkan bilik tidur kami je dulu,bilik ank2 sambung esok.Byk sungguh habuk rupanya,ni mungkin kerana rumah ku kedudukannya ditepi jalan.Setiap kali mencuci habuk,selalunya terjadi masalah selsema dan batuk2..walaupun kami(aku dan en suami) dah siap pakai mask lagi..agaknya apa yg patut kami buat ya?
   Akhirnya kami terpaksa tidur diruang tamu dulu malam ni...hihi
Sekian la buat kali ni....harap jgn boring pulak bila membacanya..!!jumpa lagi,inshaallah.



   

16 December 2013

Kembali ke sekolah..

       Bismillahirrahmanirrahim..
  Assalamualaikum,semoga kawan2 sumer sentiasa dirahmati Allah S.W.T..
Hari ni barulah berkesempatan utk ke sekolah ank2ku dan membeli buku2 yg dijual dikoperasi sekolah.
Kebetulan en suami bercuti ni bolehla beli kelengkapan sekolah ank2.Hari ni cuma beli buku2 utk si adik dulu,si abang punya belum lagi..!huhu
   Selesai saja kat sekolah,kami ke pasaraya Billion pulak utk membeli kasut dan stokin jugak buat si adik sahaja.
   Hari ni jugak barulah aku berkesempatan menyambung jahit kain sekolah si adik.Anak bongsuku ini pengawas sekolah jadi kain sekolahnya berwarna hitam.Terpaksa jahit yg baru kerana yg lama sudah hilang kaler hitam..dah jd coklat!!
  Selama menjahit ni tidak pernah lagi aku siapkan sehelai kain sampai mengambil masa yg lama!selalunya baju tempahan pun boleh siap dlm 3 hari jer..!tp kalu bj sendiri sehari pun dah siap!!!hihi..
Tp kain si adik ni cuma 2helai je,dah masuk 5hari dah tak siap2 lagi...Akhirnya hari ni Alhamdulillah...siapp!!
  Citer terbaru pulak ptg td aku try masak susu segar bersama badam yg telah dikisar,cmpur sesudu gula,tp bila masak(org ckp minum panas2 sodap)aku pun minum la..tetiba,uweek...uuweeekk!!!aku mmg tak suka minum susu tp bila org ckp air tu bagus,aku pun try ler..huhu
  sekian perkongsian pengalaman hari ni...inshaallah,jumpa di next entry.




15 December 2013

cuti-cuti Malaysia...

          Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Alhamdulillah,selamat sampai kerumah setelah melalui perjalanan yg panjang ke Rembau,n.9 hari ni.Sebelum tu nak kongsi citer pagi td,tgh berjoging tetiba ternampak seekor ank burung punai,kesian pulak so aku membawanya pulang kerumah..hihi
  Mcm biasa lepas antar Alep(ank tunggal lelakiku) ketmpat kerja,kami meneruskan perjalanan keRembau,nogori 9 rumah kakak iparku.


Aku sempat membawa muffin yg ku buat sendiri iaitu muffin coklat dan red velvet sbb smlm kakak iparku tidak sempat merasa..laku sgt!!!hihi

muffin buatan ku..

 
 Perjalanan kesana berjalan dgn lancar.Sesampainya kami disana,kami dihidangkan dgn pelbagai buah2an
ada durian,rambutan,pulasan dan dokong..maklum rumah dlm kampung,bolehla mkn byk buah!lgpun skrg sedang musim buah..




  Abang iparku sempat mengajak en suami masuk kolam ikan.Ada mcm2 ikan dlm kolam milik abng iparku.Ada ikan tilapia,patin,haruan dan byk lagi.Hari ni bernasib baik kerana dpt tangkapan ikan yg besar2!

encik suami dengan abang iparku...

hasil tangkapan hari ni..

  Ketika kami sdg makan tengahari tetiba seekor kucing melarikan seekor ikan haruan hasil tangkapan td,tp walau dikejar,tetap gagal..dah rezeki kamu,kucing!!!hihi


kucing kesayangan tuan rumah
 
 Sekian perkongsian kali ni...inshaallah jumpa lagi.

Lepas sorang2 ank sedara bertunang dan kawin....!

          Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...berjumpa lagi,hari ni every weekend je aktiviti joging xmiss la!Aku dan en suami macam biasa seawal 6.50pg kami ketaman utk joging.Arini kami org pertama yg sampai mungkin sebab musim hujan kot!jam 8.00pg bila kami nak pulang,kelihatan berduyun2 pulak org yg dtg..hehe
      Mcm biasa blk dr joging singgah beli nasi kerabu dan bihun goreng.Memandangkan aku dpt dua jemputan arini jadi aku cuma bli nasi kerabu je tp selalunya ada donat dan kuih2 lain lagi..byk betul mkn!!hihi
    Tepat jam 10pg aku terpaksa hantar Alif(ank lelaki tunggalku) ketempat kerjanya dahulu sebelum kami(aku,ank bongsu dan en suami)kerumah ank sedaraku utk majlis pertunangan adik perempuannya.
    Sesampainya kami disana tak ramai lagi sedara mara yg dtg,aku membawa bersamaku 30bijik muffin,kiwi dan red velvet.tp,sekejap aje muffin ku abis dimakan oleh org2 yg dtg..kalu berniaga laku ni!!!hihi..
Sebelum org ramai datang,aku sempat posing bersama kakak ipar yg tinggal dekat rembau.Kami jugak sempat menggubah bunga dlm beberapa buah pasu tanpa disuruh.Boleh la aku tunjukkan skima dlm menggubah sikit!cecece..macam masuk bakul angkat sendiri jer..!!!hehe


Jadi bidang terjun  gubah bunga :)

sempat aku Enterframe bersama kakak ipar ku :)


 Rombongan pihak lelaki lewat smpai kata kul 11 tp kul 12tgh baru sampai.Selepas acara berbalas2 pantun antara dua pihak,bakal mak mertua menyarungkan cincin kejari manis ank sedara ku.Acara bergambar pun bermula.Tarikh kawin diputuskan dibuat pd bln 9 cuti sekolah thn depan.
Ank sedara ku kelihatan comei dan anggun diatas pelamin kecil yg disewa khas.Org dah cantik,mekap ckit je dah cantik...!


Acara menyarung cincin pertunangan.. :)

 Kami terpaksa mengundur diri kerana kakak iparku nak singgah keteratak rumahku utk solat zohor.Selepas depa semua blk,kami bergegas pulak ke kenduri kawin ank kwn en suami.Kami dapat lihat pengantin bergambar bersama kwn2 kerana temanya persandingan dlm taman..Selepas je mkn kami terus balik sebab ribut dan hujan akan tiba bila2 masa je..tp Alhamdulillah kami sempat sampai dirumah.
    sekian saja coretan perkongsian kali ni....jumpa lagi,inshaallah


13 December 2013

Kucing yg malang..

             Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...moga kalian sihat walafiat kerana musim sekarang tak menentu,sudah ramai yg demam dan batuk-batuk.
Selalunya setiap jumaat aku ke Tesco utk beli barang dapur,lepas jumaat kami (aku n encik asben) terus la ke tesco,dalam perjalanan tetiba kedengaran bunyi 'miaww..miawww..miaw'..terkejut gak kami lalu berusaha utk berhenti ditepi jln tetapi belum sempat kami berhenti ternampak seekor kucing bergolek-golek diatas jlnraya dari cermin sisi..astaghfirullahalazim..xtahu la apa dah jd kat kucing tu!
    Ingat dah selamat,tetiba bunyi lagi miaww..miaaw..miaaww..!!sekali lg kami berhenti dan bila bonet hadapan kereta dibuka rupanya ada seekor ank kucing yg memegang kuat dienjin kereta.kesian pulak tengok kucing tu,entah dari mana datangnya!camni ler kereta malaysia,ada lubang kat bwh kereta rupanya..semua haiwan boleh masuk!!
    Hari ni harga brg2 di tesco mahal sikit dari biasa,tapi sejak adanya pasaraya tesco ni kami dapat berjimat sikit.kekadang murah sikit..biasa la tu!!
    sekian perkongsian hari ini...inshaallah jumpa lagi.



12 December 2013

Besarkan perut jer!

               Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
  Kali ni nak berkongsi citer 'dinner' kat MZ Restoran.Malam td kami yg tinggal berempat je keluar makan
setelah ank teruna ku nak belanja..maklum baru dpt gaji!ikut je la nt terasa hati lak..!!Kami order nasi goreng daging merah,sementara puteri bongsuku mintak nasi goreng ayam dan ank terunaku lak mintak nasi goreng cendawan..tapi blk je kat rumah,ank terunaku terus ke dapur dan belasah lagi nasi berlaukkan kari ayam yg umminya masak..xkenyang lagi kot!hihi..

  Petang ni lak aku ada buat muffin kiwi,makan bertiga je tp cam xkenyang jer!Puteri bongsuku lak sempat kirim laksa penang kat abahnya time nak keluar jahit tepi kain sekolahnya...apa lagi makan lagi!!

 Itu je perkongsian kali ni..inshaallah jumpa lagi



 

Tunjuk Ajar Ku Sifu!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....
 Salam perkenalan dariku..hehe,cam pantun ni..
   buah cempedak diluar pagar,
  ambil galah tlong jolokkan,
  saya budak baru belajar,
  kalau salah tolong tunjukkan..
hihi...bukan budak lagi puun!!
Diriku hanya manusia biasa2 bukan luar biasa puun...!
mohon ajari aku dgn tunjukajar dr kwn2 blogger yg bijak pandai dan lebih berpengalaman
siapalah daku tanpa kalian semua...
sekian,buat kali ni...inshaallah jumpa lagi.