.

29 June 2014

1 Ramadan



    Bismillahirrahmaanirrahiim....Salam 1 Ramadan uolls!



     Hari ni hari pertama berpuasa dibulan Ramadan.Macamana dengan sahur pagi tadi?
Ada yang terlepas sahur ke...?Maklum sekarang musim bolasepak piala dunia.
Berjaga sampai kepagi..kalau bangun sahur tu tak pe la tapi jika terlepas sahur...kesian!!!
hilang keberkatan yang nak dikutip dari bersahur tu...MasyaAllah!

   Malam tadi hari pertama bertarawikh,penuh saff dibahagian lelaki dan wanita.
Seronok sesangat sebab tahun2 yang lepas susah nak tengok macam tu..!
Petang semalam gotong royong sesama warga penjara membersihkan kawasan surau,
vakum karpet dan memasang langsir yang disedekahkan dari seorang hamba Allah.

   Pagi semalam juga Puteri ke2 ku,Anis tetiba tak jadi balik...tapi malam tadi
tetiba call suruh ambil kat komuter.Rupanya balik juga semata2 nak bersahur dan berbuka
bersama sekeluarga.Selepas berbuka malam ni Anis balik semula ke Shah Alam.


   Berkumpul dan berjumpa satu keluarga memang dinantikan.Pernah satu ketika dibulan Ramadan
dimana waktu berbuka Puteri sulung tak dapat bersama,so lepas minum air terus umminya
menghubungi si sulung dan bertanyakan berbuka dengan apa? 
Si sulung cakap cuma sempat ambil maggi je dulu sebab banyak sangat tugasan nak disetelkan dahulu.
Berderai jugak airmata si umminya mengenangkan nasib Puteri tersayang.

Oppss ni dah teremosi pulak!Bulan2 mulia ni tak baik sedih2..
hilang keberkatannya nanti,tak giteww uolls..?Ramadan untuk dihayati bukan ditangisi...cewaahh!
Penuhkan saff solat tarawikh ya uolls...Jumpa lagi,Wasallam..















26 June 2014

Antara dua darjat



    Bismillahirrahmanirrahim...Salam kamis uolls!

     Tajuk entry kali ni seperti tajuk filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pulak...tak gitu uolls?
Sinonim la dua darjat tu antara orang miskin dan orang kaya.Uolls tergolong dalam golongan mana ek?
Yang pasti walau kaya or miskin..darah wealls tetap sama kaler...merah jugak!Hanya ketakwaan
yang membezakan wealls...Renung-renungkanlah.


  Ujian dalam kesenangan lebih menakutkan.Zaman firaun dulu memang terkenal dengan
kekayaan yang melimpah tapi jauh dari Tuhan.Begitu juga yang berlaku pada Qarrun terkenal
dengan kemewahan tapi tetap jauh dari Tuhan.Ini kita panggil ujian 'ishtidraj'..diberi
kekayaan melimpah ruah tapi tidak solat,puasa jauh sekali..Ini lah yang ditakuti...Nauzubillah!




  Kekadang bila ingin menderma or membuat kebaikan,ada saja bisikan dari syaitan.
Satu kisah dimana seorang hamba Allah telah menulis cek sebanyak rm10,000 untuk
didermakan dimasjid.Tapi bila syaitan berbisik,dari rm10,000 dibuang satu kosong jadi rm1000.
Tak habis disitu dibisik lagi..buang lagi satu kosong dah jadi rm100.Last2 cek tu dikoyak
dan cuma disedekah kat masjid rm10 sahaja...Subhanallah!

  Satu lagi kisah nak share bersama uolls.Seorang hamba Allah ni solat jumaat bawa duit
poket kanan rm50 dan poket kiri rm1.Warna antara dua duit kertas ni tak jauh beza sangat.
Sekali tabung masjid lalu kat depan si hamba Allah tu,tengah mengantuk pula maka diberinya
duit rm50.Sebenarnya dari rumah lagi nak bagi rm1 je.Keluar je dari masjid,tengok2 duit 
dalam poket cuma ada rm1,boleh pula masuk masjid semula....Allahuakbar!


  Begitu banyak ujian bila nak buat kebaikan kan uolls?Kalau wealls diberi KPI nikmat
kekayaan jangan dilupa pada yang miskin.Kalau tiada orang miskin maka tiadalah
pahala untuk orang kaya.

  Bila bersedekah or menderma tak payah la diheboh2kan uolls.Kalau heboh pahala pun
kurang or tak de langsung..!Diwajibkan bersedekah pada kerabat terdekat dulu seperti
ahli keluarga terdekat,selain dari dapat pahala sedekah,dapat juga ikatan kekeluargaan yang
kukuh.

 Harta wealls tak kan berkurangan bila bersedekah.Itu janji Allah bukan janji manusia..!
Allah akan menggantikan dengan lebih banyak lagi harta.

  Jangan pandang sebelah mata pada orang miskin kerana orang miskin adalah
orang terawal ke syurga Allah...Wallahuaklam!

   Muliakan sesama wealls tak kira kaya or miskin.Itu saja perkongsian kali ni,Wasallam...




  

24 June 2014

Tips penjagaan kesihatan dalam bulan puasa



    Bismillahirrahmanirrahiim....Salam sayang uolls!



    Jumaat ni adalah hari untuk melihat anak bulan Ramadan dah uolls!Jangan tak tahu pulak...!!
In Sha Allah,minggu depan wealls dah start berpuasa.Walaupun begitu,suasana Ramadan
sudah pun dirasai.Si adik selang sehari masih berpuasa ganti yang tak habis2 lagi tu.

  Hari ni Si adik berpuasa ditemani Si abang tersayang....so sweet!!!Kekadang waktu2 berpuasa
dikala bukan bulan Ramadan ni memang ter'emosi' sikit.Mana tidaknya bila keluar shopping
tetiba terserempak dengan orang ramai tengah makan,dalam hati memang marah2..kenapa
orang lain tak puasa?Walhal ni bukan bulan Ramadan pun...!!!hehe..


   Sewaktu didalam 'opis' tadi,sambil layan radio suria..ada seorang doktor memberi tips
penjagaan kesihatan dalam bulan puasa.Jom kita kongsi bersama antara tips2 itu......

1) Tolong jangan 'skip' sahur.Ini untuk membekalkan tenaga seharian kita.
2) Minum air banyak2.Sewaktu bersahur mahupun sewaktu berbuka.Kurangkan minuman
   berkafien or bergas.Lebih baik banyakkan minum air putih sahaja.
3) Pada wanita yang mengandung or sewaktu dengannya,perlulah mintak
nasihat dari doktor.Kalau pening,loya or nak pengsan dinasihatkan berbuka puasa.
4) Disarankan ambil makanan yang sihat.Banyakkan buah2an dan sayur2an dalam menu.
  Sayuran dan buahan banyak mengandungi serat yang baik untuk badan.
5)Pada pesakit gastrik sebenarnya bukan alasan tak boleh puasa.Sebenarnya pesakit
gastrik juga boleh berpuasa.....:)

   Walau sihat or sakit,kesihatan memang kena jaga.Ada orang makin sihat bila berpuasa
dan ada orang sebaliknya pula.Amalkanlah pemakanan yang sihat,kesihatan pasti terjamin.
Selamat menjalani ibadah puasa buat uolls....jumpa lagi,Wassalam!

  

20 June 2014

Berkat hari mulia



   Bismillahirrahmanirrahiim...Salam sayang uolls!

  Semalam Kak Aim (puteri sulungku) memberitahu Umminya yang result examnya akan keluar esok.
Walaupun begitu pukul 12malam tadi Kak Aim dah cuba buka internet sebab tak sabar sangat.
Tapi tak berjaya sebab line busy.Hari ni seawal pagi lagi kak Aim try on internet...hasilnya,
"Ummi..!akak dapat anugerah Dekan"!!...terkejut Umminya yang sedang menyiram pokok,
terus berlari kearah kak Aim dan memeluknya...Syukran...syukran ya Robbal alamin..!!


  Alhamdulillah pagi2 lagi terima berita gembira.Sebenarnya ummi nak tempek slip result
kak Aim tapi tuannya tak benarkan.Semua 'A'- (9 subjek).CGPA pun memuaskan.

  Semester satu dulu kurang 1 point je nak capai ANUGERAH DEKAN.Tapi semester 2
ni berjaya juga akhirnya.Moga kak Aim lebih maju lagi dimasa2 depan.

  Anis (puteri ke2ku) pun pernah terima anugerah ni di semester 1 dulu.Tapi di semester 2
merosot sikit sebab banyak sangat komplikasi...Semester ke3 ni nampak lebih
bersemangat,harap-harap berjaya lagi seperti disemester 1...In Sha Allah!
Jumpa lagi uolls,Wasallam...

P/S- Semakin banyak ku bersyukur
Semakin banyak ku menerima.

   

19 June 2014

Apa persediaan menyambut Ramadan uolls..?



   Bismillahirrahmaanirrahiim...Salam kamis uolls!

  Hari ni Puteri ke2 ku,Anis daftar untuk semester ke3 diPSA.Cepatnya masa berlalu.
Pejam celik,pejam celik dah habis cuti dua bulan.Yuran pengajian pun dah di bank in.
Semalam dikejutkan pula bila laptop Puteri sulungku,Aim tiba-tiba kosong...kosong..!!!
Tapi dah hantar kedai dengan deposit rm100,kalau skrin yang rosak mahu kena rm280,
kata tokey kedai tu...Uolls jangan salah paham,semua ni bukan persediaan untuk sambut 
Ramadan..ini dugaan pra Ramadan namanya..!!!Subhanallah..

   Sekarang kita berbalik pada topik diatas.Banyak sungguh pendapat dari kawan2 untuk 
menyambut Ramadan ni.Ada yang awal2 lagi beli stok sambal hitam banyak2,sedap dimakan
waktu bersahur...berselera katanya.Agaknya macamana ler rupa sambal hitam tu ek?

  Tak lupa juga yang nak lebihkan amal ibadah dibulan puasa ni.Alhamdulillah...
Rancangan kat tv juga dah siap awal2 untuk tayangan bulan Ramadan nanti.
Jangan pula terpedaya dengan program ditv sampai solat terawih diabaikan pula,uolls!
Pesanan buat diri sendiri jugak tu...:)

   Ada yang beli baju raya siap2 sebab bila bulan Ramadan nak fokus pada amal ibadat je..
Tapi ada pendapat juga menyatakan,bila berbelanja awal sangat pun nanti terbelanja lagi
disaat akhir.Maka berlakulah pembaziran disitu.Kena bijak la mengurus akaun poket
sendiri ya uolls...so apa persediaan menyambut Ramadan uolls..?Jumpa lagi,Wasallam...

16 June 2014

Baru terima kad!



    Bismillahirrahmanirrahim....Salam sayang uolls!

     Bulan jun ni bulan sambutan hari bapa.Terasa bertuah sangat-sangat bila semua
anak-anak ada bersama.Riuh rendah rumah jadinya....
Wealls bukan senang nak berkumpul 'cenggini' tau!hihi..

   Bila dah berkumpul adik beradik ni macam-macam cerita la.Rupanya dalam diam
tengah bincang buat kad sempena hari bapa buat abah tersayang....:)
Tiada sambutan apa pun..entah kenapa tetiba hilang 'mood' pulak!

   Kad tu hasil rekaan empat beradik,menggunakan bahasa dari berlainan negara.
Mulanya tertanya-tanya juga betul ke bahasa yang ditulis tu?
Si abang menjawab,'betul la..penat tu nak cari satu2 bahasa tu dengan en google'.....:)
Ayatnya senang je,selamat hari bapa...tapi mengikut bahasa dari negara,China,Jepun,Korea,
Thailand,India,Jerman ,Sepanyol dan Perancis.

apa pendapat uolls bila tengok kad ni...?

  Mengikut satu kajian,untuk tidak cepat nyanyuk dan cepat lupa adalah dengan belajar
banyak bahasa.Otak kita sentiasa bekerja.Boleh la diamalkan.Jumpa lagi,Wasallam...

  

15 June 2014

Ayahku,tetap dihati



    Bismillahirrahmaanirrahim...Salam manis uolls!

    Kita baru sahaja menyambut hari ibu dan kini kita menyambut pula hari bapa.
Peranan bapa dirasakan kurang kuat dibandingkan dengan peranan seorang ibu
yang melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawanya.

   Namun begitu,pada diri saya ayahlah hero dalam keluarga kami.Ketika tadika,
ayahlah yang menghantar kesekolah,begitu juga bila sudah masuk darjah satu,ayah
juga yang menghantar dihari pertama persekolahan.

   Ketika dialam remaja, (lower six dan upper six) pun ayah hantar dan ambil disekolah.
Ada kawan-kawan mengusik,'abang u ke tu'?maklum la ayah saya ni tergolong dalam 
golongan yang 'smart' jugak (kemeja masuk dlm seluar)...:)

   Saya ni satu-satunya bunga ditaman larangan yang dikelilingi 4 ekor kumbang!
Bila bersama ayah,terasa diri dimanja,apa yang diminta dipenuhi.

   Ayah sentiasa ada bila saya memerlukannya.Time belajar pandu motorsikal ketika
berusia 17tahun,ayahlah penemanku.Bila jatuh dan bangkit semula,ayah hanya tersenyum
dari kejauhan.

  Sewaktu chik (panggilan buat ibuku) sakit,ayahlah yang bersengkang mata menjaga
kebajikannya.Sampailah keakhir hayat chik.

  Perginya ayah pada 11 november 2011 dipagi jumaat yang mulia lagi penuh barokah.

   Al- Fatihah untuk arwah ayah saya.

14 June 2014

Bertabahlah menghadapinya



   Bismillahirrahmanirrahiim...Salam berhujung minggu uolls!


   Cuti sekolah yang panjang sudah sampai kepenghujungnya.Di kuarters wealls pun dah
bising dengan deruman enjin kereta sana sini.

  Sekarang ni memang musim panas,el nino katanya.Bila cuaca panas banyak pulak
penyakit bermaharajalela.Di area perumahan wealls terkenal la dengan wabak denggi.
Entah dari mana la nyamuk2 aedes tu datang agaknya...

  Sewaktu catuan air,sibuk kawan2 dan jiran2 menadah air.Tak kira dimana saja asal ada air.
Dan berbagai2 cara dan tong air digunakan semata2 nak bagi kesenangan pada seisi keluarga.
Bila bekas or tong air dah penuh digunakan pula tong sampah yang berlubang2 disekeliling tu.
Hanya orang yang ilmu tinggi je yang mampu mengisi air kedalam bakul sampah tu!
Caranya dengan memasukkan plastik sampah hitam yang besar kedalam bakul sampah tersebut maka
dapatlah mengisi air tanpa kebocoran.Subhanallah!

  Malam tadi dari kejauhan aku dah nampak mata anak daraku macam baru lepas menangis.
Bila semakin hampir dengannya betullah sangkaanku..Baru hari ke4 berkerja tapi dah macam tu!
Dirumah,kak Aim bercerita pada ummi dan abahnya yang semuanya gara2 customer yang cerewet.
Ada ke order makanan yang tiada dalam menu.So,Kak Aim cakap la semua yang customer tu 
mintak tak ada kat situ.Terus dia marah2 katanya,'apa ni semua tak ada'?Pastu marah2 pada
Kak Aim.Padahal Kak Aim cakap baik2 je..tapi dia yang lebih2..

  Sudahnya semua pekerja dimarahi.Alahai Kak Aim...benda kecik macam tu pun dah
mengalir airmata,macamana nak menangani kes sivil dan criminal nanti bila sudah bergelar
seorang peguam.Terimalah sebagai asam garam kehidupan dalam mencari pengalaman
hidup.Semua bidang pekerjaan ada ujian dan dugaan tersendiri.Ayuh...bangkitlah Kak Aim,
jalan dihadapan masih panjang.Teruskan perjuangan dan belajarlah dari semua yang berlaku.
Jumpa lagi uolls,Wasallam...

 

12 June 2014

Cara2 membugarkan kasih sayang dlm rumahtangga



    Bismillahirrahmanirrahim...Salam kamis uolls!

    Baru dua hari tak menulis di entry ni dah rasa lain macam pulak!hehe...
Ni disebabkan kesibukan melanda rutin harian...ingat cuti2 sekolah ni boleh la
berjimba-jimba shopping or makan angin kememana..!!!cewaaah..!

antara usaha utk wujudkan kebugaran dlm rumahtangga

   Keudara kali ni pun just nak share tips2 untuk menyuburkan lagi kasih sayang
antara pasangan.Boleh la uolls ikut tips ni or maybe uolls boleh kreatifkan lagi
cara2nya.Moga wealls tergolong dalam golongan insan2 penyayang.....:)
Kalau wealls sendiri tak bagi anugerah buat diri sendiri..siapa lagi nak bagi..hihi

Si penglipurlara ni bila dah start menulis,susah pulak nak stop!Dah lupa
kerja yang sedang menunggu..boleh pulak camtu!!??Besar sungguh penangan blog dan
bloggers2 semua.....:)Kekadang timbul juga kehairanan bila uolls masih boleh menulis
walau dalam kesibukan..berkerjaya lagi tu!Che Ta sungguh bangga....:)
Ok la,sebelum melalut lagi...jumpa lagi uolls,Wasallam!

07 June 2014

Doa ku buat semua!



    Bismillahirrahmanirrahiim....Salam hujung minggu uolls!

    Semalam terima kabar sedih yang kawan En suami tak dapat keMekah
untuk menunaikan ibadah umrah kerana visa tak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.
Terpaksa la pulangkan balik beg2 yang diberikan Andalusia untuk mendapatkan wang semula.
Maybe ada hikmah tersembunyi tu...Wallahuaklam!

   Al kisahnya,semalam wealls hantar Puteri ke2 (Anis Syafiqah) balik ke Shah Alam.
Sudah dua kali Anis demam panas.Kelas pun terpaksa skip.Area rumah sewa Anis tu memang
kawasan kebarangkalian mendapat demam denggi yang tinggi.Bukan area Shah Alam saja
rasanya sebab area quarters wealls pun menjadi2 sekarang.Ramai dah penghuni disini
telah ditahan diwad.Nyamuk aedes bermaharajalela sekarang.

bersama puteri sulung (kanan) dan puteri ke2 (kiri)

  Kali pertama kena demam,Anis suspected denggi jer..hari2 kehospital untuk diambil darahnya.
Wealls bagi Anis minum air kelapa,100 plus dan masakkan sup ketam.Tapi kali ke2 balik
kerana demam panas lagi sampai muntah darah..Anis cuma berehat dirumah saja sebab
tak sanggup lagi lengannya dicucuk untuk diambil darahnya.Sakit katanya!

anis bersama ayahandanya tercinta..

  Kita sama2 doakan moga Anis sihat walafiat hendaknya,boleh uolls?Pagi ni terima 2 sms
dari Puteri sulung dan sepupu tercinta Tuan Juhaida.Puteri sulungku minta doakan last paper exam 
petang ni dan sepupuku pula minta doakan perjalanan balik kekampungnya agar selamat.
Doaku tetap mengiringi kalian semua!Apa kata wealls doakan jugak buat mereka,semoga bila ramai2
berdoa lebih berkat dan dipermudahkan segalanya....Aamiin!!

  Petang ni ke Gombak pulak.Doakan kami jugak uolls moga tiada aral yang melintang.
Maklum dua hari lepas UIAM Gombak banjir kilat.Petang ni sesi memunggah barang
dari tingkat 4 ke bawah sebab Puteri sulungku dah tamat semester 2.Cuti panjang
3 bulan tu...!Doakan kami selamat semuanya uolls!jumpa lagi,Wasallam!

06 June 2014

Sahabat selamanya



    Bismillahirrahmanirrahiim...Salam Jumaat uolls!

    Alhamdulillah dah 8hb  syaaban pun..tak sampai sebulan lagi kita semua
akan berpuasa pula dibulan Ramadhan Al Mubarak....In Sha Allah!

  Program celik hati malam tadi memang best.Uolls tengok ke tidak..?
Kekadang orang berkawan ni hanya untuk mendapatkan sesuatu..tiada keikhlasan gitu!
tapi saya percaya yang follower dan VIP comentors kat entry saya ni semua baik2
belaka....:)Pesanan  buat diri sendiri jugak ni....hihi

   Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w,dimana ketika seorang sahabat Rasulullah memberikan
pahanya untuk Rasulullah membaringkan kepalanya seketika.Dalam masa yang sama
sahabat tu menanggung kesakitan disebabkan terkena gigitan haiwan berbisa sampai
menitis airmatanya dipipi Rasulullah.Bila Rasulullah sedar cepat2 diubati sahabatnya itu.

  Moral cerita tu,sanggup seorang sahabat memberi keselesaan pada sahabatnya walau 
terpaksa menanggung kesusahan.Betapa sayangnya sahabat Rasulullah pada Rasulullah.
Agak2nya wealls semua boleh ke jadi macam tu..?Kata BFF (best friend forever..!)...hihi

  Antara kriteria nak pilih sahabat untuk dunia dan akhirat ni adalah yang pandai menjaga
solat.Walau dimana berada sahabat kita tu mengingatkan kita tentang waktu solat.
Selamat dunia dan akhirat!Wallahuaklam...

  Sahabat yang sarat dengan lisan.Penuh dengan kebijaksanaan.Selalu memberi nasihat
pada kita.

  Susah senang bersama.Bukan dimasa2 senang saja tapi bila masa susah,melarikan diri.
Nauzubillah!

  Berfikiran terbuka dan sentiasa mendoakan kita.Pesan Rasulullah s.a.w,'SEBAIK2 SAHABAT
DISISI ALLAH ADALAH YANG BAIK AKHLAK DISISI SAHABATNYA'...
jumpa lagi next entry...Wasallam!
 



   

05 June 2014

Betulke isteri suka..?



    Bismillahirrahmaanirrahiim...Salam kamis uolls!

gini ler suasana banjir kilat kat uiam

Subhanallah!byk keta tenggelam..

moga banjir ni dpt ditangani segera..

    Pagi ni hujan je,sejukkk...!!!Mengada pulak si penglipurlara ni,ekeke...
Kebetulan Puteri sulung bercerita pasal banjir kilat dikampus UIAM, Gombak
petang semalam. Siap wasup gambar lagi..Dahsyat jugak sampai tenggelam kereta2 kat parking.Tapi,nasib baik
fakulti LAWS Puteri kesayangan tak dilanda banjir pun..sebab kedudukan pun
atas bukit..tempat yang dilanda banjir kilat cuma kawasan rendah dan yang 
berdekatan sungai kata Anakandaku...Doakan jugak buat Puteriku ni yang sedang 
final exam semester 2,moga dipermudahkan...Aamiin!


  Sebenarnya Si Penglipurlara ni cuma nak berkongsi petikan dari Datuk Dr.Haji Fadhilah Kamsah
pasal wealls ( isteri2 solehah,dambaan syurgawi...inshaallah!..).
Menurut uolls yang mana satu paling suka?or pilih semua kot..!tergediks pulak entry kali ni..hehe
Sebelum lebih gediks lagi,jumpa lagi uolls,Wasallam!


02 June 2014

Ilmu tilik


   Bismillahirrahmaanirrahiim....Salam Sayang Uolls!


    Sejak cuti sekolah ni,sunyi sepi je quarters kediaman wealls.Cikgu2 dah balik kampung
untuk bercuti panjang.Parking depan rumah wealls pun dah lengang!selalu penuh dengan
kereta sampai nak beriadah main badminton petang2 pun dah tak ada ruang....hehe

   Kuliyyah ilmu pagi ni pasal ilmu tilik.Antara menilik yang glamer zaman sekarang
adalah melalui tahi lalat dimuka dan badan,menilik nasib melalui tangan dan macam2 lagi.

   Ingat tak uolls time sukan piala dunia satu masa dulu?Sotong digunakan untuk menilik
pasukan bolesepak mana yang akan menang...sotong tu bernama Paul,ingat lagi tak uolls?
Padahal wealls lebih sekolah dari sotong yang tak pernah sekolah tu..Kalau failed dalam
exam pun masih dikira lebih baik dari sotong ..bertepuk tangan la syaitan,uolls!!

  Bila kita lebih percaya pada tilikan ni seumpama kita menolak percaya pada al-quran,
tidak menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia...Wallahuaklam!
Ini juga bererti kita menolak qada dan qadar Allah.Rezeki kita telah ditentukan
sejak dilahirkan lagi.Hanya doa yang menjadi senjata orang2 mukmin.

  Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang
berusaha mengubahnya.Bersamalah kita jauhkan diri dari mempercayai ilmu2 tilik ni.
Jumpa lagi esok,bahagian ke2 ditv9..sama2 kita mengikuti ilmu2 agama ni
untuk memperkasakan diri dan berkongsi ilmu...Wasallam!

01 June 2014

Diskaun Dosa



   Bismillahirrahmaanirrahiim...Salam hari Minggu Uolls!

    Pagi ni rancangnya nak breakfast kat UIAM Gombak bersama Puteri Sulung tersayang...
tapi terpaksa dibatalkan sebab Puteri ke2 dari Shah Alam tetiba balik malam tadi
kerana demam lagi...demam denggi ni sukar nak pulih rupanya..Subhanallah!



   Program yang dirancang pun terpaksa dibatalkan so boleh la layan program kuliyyah ilmu
di tv.Tajuk diskaun dosa ni memang best!Ingat bila nak shopping je ke nak rebut bila ada diskaun?
Diskaun dosa ni patut direbut uolls...maknanya dosa kita dikurangkan,MasyaAllah!

   Sekali kita berdoa pada Tuhan,7 kali Tuhan balas dengan seisi alam dan seluas langit
mendoakan jugak pada kita.Sayang kalau tak rebut ni...Sambil2 tengah masak pun bila
kita beristighfar dan berselawat,banyak dapat pahala..kekadang rezeki datang tanpa disangka2
padahal kita cuma beristigfar je..Allah memang maha pemurah!


  Diskaun ni perlu untuk meringankan dosa2 yang nak kita bawak nanti.Kalau boleh
kita manusia ni nak hapuskan je dosa tu tapi kita cuma manusia yang tak terlepas dari
membuat dosa.Bila dapat diskaun tu dah kira Alhamdulillah la tu...sekurang2nya kurang sikit
dosa kita.....:)Jumpa lagi uolls,In Sha Allah...Wasallam.