Bismillahirrahmanirrahim...Salam kamis uolls!
Tajuk entry kali ni seperti tajuk filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pulak...tak gitu uolls?
Sinonim la dua darjat tu antara orang miskin dan orang kaya.Uolls tergolong dalam golongan mana ek?
Yang pasti walau kaya or miskin..darah wealls tetap sama kaler...merah jugak!Hanya ketakwaan
yang membezakan wealls...Renung-renungkanlah.
Ujian dalam kesenangan lebih menakutkan.Zaman firaun dulu memang terkenal dengan
kekayaan yang melimpah tapi jauh dari Tuhan.Begitu juga yang berlaku pada Qarrun terkenal
dengan kemewahan tapi tetap jauh dari Tuhan.Ini kita panggil ujian 'ishtidraj'..diberi
kekayaan melimpah ruah tapi tidak solat,puasa jauh sekali..Ini lah yang ditakuti...Nauzubillah!
Kekadang bila ingin menderma or membuat kebaikan,ada saja bisikan dari syaitan.
Satu kisah dimana seorang hamba Allah telah menulis cek sebanyak rm10,000 untuk
didermakan dimasjid.Tapi bila syaitan berbisik,dari rm10,000 dibuang satu kosong jadi rm1000.
Tak habis disitu dibisik lagi..buang lagi satu kosong dah jadi rm100.Last2 cek tu dikoyak
dan cuma disedekah kat masjid rm10 sahaja...Subhanallah!
Satu lagi kisah nak share bersama uolls.Seorang hamba Allah ni solat jumaat bawa duit
poket kanan rm50 dan poket kiri rm1.Warna antara dua duit kertas ni tak jauh beza sangat.
Sekali tabung masjid lalu kat depan si hamba Allah tu,tengah mengantuk pula maka diberinya
duit rm50.Sebenarnya dari rumah lagi nak bagi rm1 je.Keluar je dari masjid,tengok2 duit
dalam poket cuma ada rm1,boleh pula masuk masjid semula....Allahuakbar!
Begitu banyak ujian bila nak buat kebaikan kan uolls?Kalau wealls diberi KPI nikmat
kekayaan jangan dilupa pada yang miskin.Kalau tiada orang miskin maka tiadalah
pahala untuk orang kaya.
Bila bersedekah or menderma tak payah la diheboh2kan uolls.Kalau heboh pahala pun
kurang or tak de langsung..!Diwajibkan bersedekah pada kerabat terdekat dulu seperti
ahli keluarga terdekat,selain dari dapat pahala sedekah,dapat juga ikatan kekeluargaan yang
kukuh.
Harta wealls tak kan berkurangan bila bersedekah.Itu janji Allah bukan janji manusia..!
Allah akan menggantikan dengan lebih banyak lagi harta.
Jangan pandang sebelah mata pada orang miskin kerana orang miskin adalah
orang terawal ke syurga Allah...Wallahuaklam!
Muliakan sesama wealls tak kira kaya or miskin.Itu saja perkongsian kali ni,Wasallam...



terima kasih kak berkongsi..
ReplyDeleteperingatan bersama.
salam ramadhan akak :)
hihi...kasihmu ku terima...cik su!
DeleteBagus entry ni...
ReplyDeletemekacih Ida!sekadar perkongsian bersama...
ReplyDeleteHaha.. bagus induksi akak ni.. cukup menarik perhatian..
ReplyDeleteSetuju kak.. kalau terpedaya dengan hasutan syaitan, banyak la perkara yang tak baik dibuat. Yang mulanya ikhlas boleh jadi tak ikhlas. Semoga di bulan yang mulia ni, boleh kita banyakkan bersedekah, walaupun tak sebanyak orang berada yang lain.
hehe...ikhlas lah dlm segala perkara barula berkat kan AN!
ReplyDelete