.

19 June 2014

Apa persediaan menyambut Ramadan uolls..?



   Bismillahirrahmaanirrahiim...Salam kamis uolls!

  Hari ni Puteri ke2 ku,Anis daftar untuk semester ke3 diPSA.Cepatnya masa berlalu.
Pejam celik,pejam celik dah habis cuti dua bulan.Yuran pengajian pun dah di bank in.
Semalam dikejutkan pula bila laptop Puteri sulungku,Aim tiba-tiba kosong...kosong..!!!
Tapi dah hantar kedai dengan deposit rm100,kalau skrin yang rosak mahu kena rm280,
kata tokey kedai tu...Uolls jangan salah paham,semua ni bukan persediaan untuk sambut 
Ramadan..ini dugaan pra Ramadan namanya..!!!Subhanallah..

   Sekarang kita berbalik pada topik diatas.Banyak sungguh pendapat dari kawan2 untuk 
menyambut Ramadan ni.Ada yang awal2 lagi beli stok sambal hitam banyak2,sedap dimakan
waktu bersahur...berselera katanya.Agaknya macamana ler rupa sambal hitam tu ek?

  Tak lupa juga yang nak lebihkan amal ibadah dibulan puasa ni.Alhamdulillah...
Rancangan kat tv juga dah siap awal2 untuk tayangan bulan Ramadan nanti.
Jangan pula terpedaya dengan program ditv sampai solat terawih diabaikan pula,uolls!
Pesanan buat diri sendiri jugak tu...:)

   Ada yang beli baju raya siap2 sebab bila bulan Ramadan nak fokus pada amal ibadat je..
Tapi ada pendapat juga menyatakan,bila berbelanja awal sangat pun nanti terbelanja lagi
disaat akhir.Maka berlakulah pembaziran disitu.Kena bijak la mengurus akaun poket
sendiri ya uolls...so apa persediaan menyambut Ramadan uolls..?Jumpa lagi,Wasallam...

8 comments:

  1. Haha.. saya lah tu salah seorang yang beli sambal hitam. Kononnya mkan sahur tapi dah tinggal separuh kena makan sebelum mula puasa pun. Camna tu? Tapi sedap sangat sambal ikan bilis dan belimbing buluh ni. Ada pedas2 sikit.

    Persediaan tak banyakla, kami jenis ikut mood juga. Kalau bosan masak beli je. Makan kat luar tak pun. Utk anak2 kena sediakan banyak mainan utk diorang main sementara papanya balik dr surau. Kalau x, rasa lama nak tunggu 10.30 malam

    ReplyDelete
  2. oic..sambal bilis rupanya sambal hitam tu ya AN?akak xpenah mkn,dgr org ckp je..
    bli buku warna byk2 la wat ank2...

    ReplyDelete
  3. akka nk rasa sambal hitam bileh beli yg resepi rozie sang dewi kakak ipar dato ct.dia.ada jual di restoran beliau di giant taman connaught. area food court kalau x salah.

    saya dh rasa msa pergi event dato siti hri tu.sedap :)

    tak buat persediaan apa pon. cma nak siapkan dua tiga biji kek nak.makan puas puas hihi.

    raya hajije la kot.
    thn ni nk fokus tarawih sbb thn lepas ada yg tertinggal sbb kadang2 sampai lewat, penat.
    lepas waktu kerja koi 2 saya berniaga thn lepas thn ni x.. smga dipermudahkam hendakNya.aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..ramadhan dtg lg..syukur!mmg mharap ramadhan tahun ni lebih bmakna.utk raya mmg zero persiapan lg setakat ni...

    ReplyDelete
  5. in sha allah cik sue nt akak nak try la sambal hitam tu!

    bagus la cik sue ni,gigih berniaga..tp naper smpai 3bijik kek nak mkn tu?hiiii...

    sama2 kita bertarawih nt...

    ReplyDelete
  6. hihi...kita dahulukan mana yg patut dulu ya Ida...

    ReplyDelete
  7. Belum buat apa2 persedian walau tak sabar nak tunggu Ramadhan tahun ni…
    Baru jer lepas download waktu sahur dan berbuka… menu buka/sahur, ala kadar aje…. Bila puasa panjang, tak eksaited sgt nak sedia menu berbuka sbb waktu makan yg singkat…

    ReplyDelete
  8. hihi...xpe la Nur,walau dimana kita berada dibumi Allah ni,ramadan tetap disambut..

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤