Bismillahirrahmaanirrahim...Salam manis uolls!
Kita baru sahaja menyambut hari ibu dan kini kita menyambut pula hari bapa.
Peranan bapa dirasakan kurang kuat dibandingkan dengan peranan seorang ibu
yang melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawanya.
Namun begitu,pada diri saya ayahlah hero dalam keluarga kami.Ketika tadika,
ayahlah yang menghantar kesekolah,begitu juga bila sudah masuk darjah satu,ayah
juga yang menghantar dihari pertama persekolahan.
Ketika dialam remaja, (lower six dan upper six) pun ayah hantar dan ambil disekolah.
Ada kawan-kawan mengusik,'abang u ke tu'?maklum la ayah saya ni tergolong dalam
golongan yang 'smart' jugak (kemeja masuk dlm seluar)...:)
Saya ni satu-satunya bunga ditaman larangan yang dikelilingi 4 ekor kumbang!
Bila bersama ayah,terasa diri dimanja,apa yang diminta dipenuhi.
Ayah sentiasa ada bila saya memerlukannya.Time belajar pandu motorsikal ketika
berusia 17tahun,ayahlah penemanku.Bila jatuh dan bangkit semula,ayah hanya tersenyum
dari kejauhan.
Sewaktu chik (panggilan buat ibuku) sakit,ayahlah yang bersengkang mata menjaga
kebajikannya.Sampailah keakhir hayat chik.
Perginya ayah pada 11 november 2011 dipagi jumaat yang mulia lagi penuh barokah.
Al- Fatihah untuk arwah ayah saya.
Takziah ya.. nampaknya penuh emosi bila bercerita tentang ayah. dah hampir 3 tahun ya.. semoga arwah ayah Akak ditempatkan di tempat yang baik-baik ..
ReplyDeletepatutla anak dia awet muda, ikut ayah la ni kan?
hihi..AN ni suka usik akak ya!
ReplyDeleteKini jd bunga melaram....!! hi hi
ReplyDeletelebih tepat lg..bunga selfie,Idah!!!hihi...
ReplyDeletealfatihah
ReplyDeleteakak orang kelantan kan.
ingt lagi anak di tadika panggil mak dia chik :)
si kembar danial dan danish. r
yupp,cik sue...saper sikembar tu?
ReplyDelete