.

06 June 2014

Sahabat selamanya



    Bismillahirrahmanirrahiim...Salam Jumaat uolls!

    Alhamdulillah dah 8hb  syaaban pun..tak sampai sebulan lagi kita semua
akan berpuasa pula dibulan Ramadhan Al Mubarak....In Sha Allah!

  Program celik hati malam tadi memang best.Uolls tengok ke tidak..?
Kekadang orang berkawan ni hanya untuk mendapatkan sesuatu..tiada keikhlasan gitu!
tapi saya percaya yang follower dan VIP comentors kat entry saya ni semua baik2
belaka....:)Pesanan  buat diri sendiri jugak ni....hihi

   Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w,dimana ketika seorang sahabat Rasulullah memberikan
pahanya untuk Rasulullah membaringkan kepalanya seketika.Dalam masa yang sama
sahabat tu menanggung kesakitan disebabkan terkena gigitan haiwan berbisa sampai
menitis airmatanya dipipi Rasulullah.Bila Rasulullah sedar cepat2 diubati sahabatnya itu.

  Moral cerita tu,sanggup seorang sahabat memberi keselesaan pada sahabatnya walau 
terpaksa menanggung kesusahan.Betapa sayangnya sahabat Rasulullah pada Rasulullah.
Agak2nya wealls semua boleh ke jadi macam tu..?Kata BFF (best friend forever..!)...hihi

  Antara kriteria nak pilih sahabat untuk dunia dan akhirat ni adalah yang pandai menjaga
solat.Walau dimana berada sahabat kita tu mengingatkan kita tentang waktu solat.
Selamat dunia dan akhirat!Wallahuaklam...

  Sahabat yang sarat dengan lisan.Penuh dengan kebijaksanaan.Selalu memberi nasihat
pada kita.

  Susah senang bersama.Bukan dimasa2 senang saja tapi bila masa susah,melarikan diri.
Nauzubillah!

  Berfikiran terbuka dan sentiasa mendoakan kita.Pesan Rasulullah s.a.w,'SEBAIK2 SAHABAT
DISISI ALLAH ADALAH YANG BAIK AKHLAK DISISI SAHABATNYA'...
jumpa lagi next entry...Wasallam!
 



   

8 comments:

  1. kita br gnti puasa 11 hari huu..
    ada 3 hari lagi..

    ReplyDelete
  2. hihi...kejap je tu 3hari...cepat2 PB!

    ReplyDelete
  3. Menarik kisah sahabat dan Rasulullah tu. Baik orangnya.. kalau kita pun ada sahabat macam tu kan baiknya? Sepatutnya kalau kita pun jadi seorang yang macam tu kepada sahabat kita kan baiknya. Saya selalu percaya, kalau ikhlas, akan terserlah apa yang baik. Insya Allah, semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita supaya kita ni tahu mana kawan yabg baik dan tak baik. Buruk kesan kalau salah pilih kawan..

    ReplyDelete
  4. betul tu AN..kena bijak pilih kwn,moga mendapat keberkatan dr seorg kwn yg baik..

    ReplyDelete
  5. menarik kisah sahabat dan rasulullah
    smga menjadi tauladan kepada kita juga
    susah sekarang ni carik sahabat yg benar2 sahabat..

    *a’aa kak saya letak daun pandan. kasik aroma.kalau xda stok, xda letaknya. hihihi

    ReplyDelete
  6. yupp cik sue!selalunya kawan makan kwn..!!!
    Oic...tu sbb ciksue letk daun pndn ek?hiiii...

    ReplyDelete
  7. Bersahabat dgnmu adalah satu anugerah yg terindah.....!!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...moga silaturrahim ni berpanjangan...Idah! Aamin ya robbalalamin...

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤