.

07 June 2014

Doa ku buat semua!



    Bismillahirrahmanirrahiim....Salam hujung minggu uolls!

    Semalam terima kabar sedih yang kawan En suami tak dapat keMekah
untuk menunaikan ibadah umrah kerana visa tak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.
Terpaksa la pulangkan balik beg2 yang diberikan Andalusia untuk mendapatkan wang semula.
Maybe ada hikmah tersembunyi tu...Wallahuaklam!

   Al kisahnya,semalam wealls hantar Puteri ke2 (Anis Syafiqah) balik ke Shah Alam.
Sudah dua kali Anis demam panas.Kelas pun terpaksa skip.Area rumah sewa Anis tu memang
kawasan kebarangkalian mendapat demam denggi yang tinggi.Bukan area Shah Alam saja
rasanya sebab area quarters wealls pun menjadi2 sekarang.Ramai dah penghuni disini
telah ditahan diwad.Nyamuk aedes bermaharajalela sekarang.

bersama puteri sulung (kanan) dan puteri ke2 (kiri)

  Kali pertama kena demam,Anis suspected denggi jer..hari2 kehospital untuk diambil darahnya.
Wealls bagi Anis minum air kelapa,100 plus dan masakkan sup ketam.Tapi kali ke2 balik
kerana demam panas lagi sampai muntah darah..Anis cuma berehat dirumah saja sebab
tak sanggup lagi lengannya dicucuk untuk diambil darahnya.Sakit katanya!

anis bersama ayahandanya tercinta..

  Kita sama2 doakan moga Anis sihat walafiat hendaknya,boleh uolls?Pagi ni terima 2 sms
dari Puteri sulung dan sepupu tercinta Tuan Juhaida.Puteri sulungku minta doakan last paper exam 
petang ni dan sepupuku pula minta doakan perjalanan balik kekampungnya agar selamat.
Doaku tetap mengiringi kalian semua!Apa kata wealls doakan jugak buat mereka,semoga bila ramai2
berdoa lebih berkat dan dipermudahkan segalanya....Aamiin!!

  Petang ni ke Gombak pulak.Doakan kami jugak uolls moga tiada aral yang melintang.
Maklum dua hari lepas UIAM Gombak banjir kilat.Petang ni sesi memunggah barang
dari tingkat 4 ke bawah sebab Puteri sulungku dah tamat semester 2.Cuti panjang
3 bulan tu...!Doakan kami selamat semuanya uolls!jumpa lagi,Wasallam!

11 comments:

  1. semoga dibawah lindunganNya.aamiin :)

    bahaya juga kan.
    smga anis bertambah sihat

    syoknya tgk..anak anak dh besar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..mekacih cik sue!

      Itu la permata hati akak...dialah racun,dialah penawar!

      Delete
  2. Mudah2an semuanya berkeadaan baik, aamiin..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..Umi Alya,terima kasih

    ReplyDelete
  5. Oo, sepupu akak ke Tuan Juhaida? Jadi akak mesti kenal juga Nur di alam nyata ni? Kenalan akak senuanya tu rupanya. Semoga selamat sepupu akak ke Terengganu pulok. Good luck juga buat anak akak yang akan mendudukk peperiksaan .. semoga berjaya dengan cemerlang.

    Akak posing gitu dah nak nampak macam kawan je akak je dgn anak dara berdua tu. Bestnya.. harapnya sihat semuanya

    ReplyDelete
  6. yupp AN...dialah sifu akak utk buka blog ini...hiiii

    Nur tu akak kenal dialam maya gak..

    Oooo...knon2 nmpk muda la akak ek?kiki...Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  7. Sempat lg tempek gmbr....mahal tu...!! Berdoa utk diri sendri tu kedekut nmnya,berdoalah utk semua lg byk fadhilatnya...

    ReplyDelete
  8. eh...salah tuliske?mana ada doa buat diri sndiri Idah!!kan doa utk semua tu...

    ReplyDelete
  9. mekacih cik sue..bertanya kabar anis!dua hari lepas,anis ada call katanya cam xberapa sihat lg...risau lak!senin ni nak blk lg cuti sminggu b4 start semester baru 23hb ni..doakan anis ya cik sue...:)

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤