.

30 April 2015

Resepi kuih lompang or kasui.




     Bismillahirrahmanirrahim..

     Kali ini wealls nak berkongsi resepi yang mudah dan simple.Jom kita lihat bahan-bahannya..

   Bahan A.

  1 cawan gula merah.
  1 cawan gula pasir ( saya kurangkan sikit).
  5 cawan air.
  1 helai daun pandan.

  Bahan B.

  3 setengah cawan tepung beras.
  1 sudu besar tepung jagung.

 Bahan C.

  Kelapa parut putih sahaja dicampur sedikit garam.


Cara-caranya.

  1) Masak bahan A hingga hancur bersama daun pandan-sejukkan.
  2) Campurkan bahan B dan kacau rata-tapis.
  3) Panaskan kukusan.Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.Panaskan sekejap.
     Tuangkan adunan tadi dan kukus 15 minit.
   4) Sejukkan-Taburkan kelapa tadi.

silalah rasa uolls!!!hiiii...

  SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!

26 April 2015

Sekalung tahniah Nur Nisaa' Syuhada...semoga Allah memberkati mu.





      Bismillahirrahmanirrahim...

       Alhamdulillah bersiaran lagi kali ini.Semalam ke majlis anugerah cemerlang puteri bongsu
di sekolah lamanya.Memang meriah bila anakandaku dikerumuni kawan-kawan lamanya untuk
bertanya khabar.


slide show ditayangkan..

semoga Allah memberkatimu,anakandaku..

   Dewan sekolah pun dihias indah untuk menyambut kedatangan wealls.Ada hiburan
dan koir.Puteri ku mendapat anugerah pelajar cemerlang PT3.Terima sijil beserta wang tunai.

ummi pun nak tempek gak pic kat cni..

kenangan bersama kwn2..

masing2 membawa haluan..

   Diakhir majlis,wealls dihidang dengan nasi ayam yang sedap bersama cendol.
Setiap pertemuan akan ada perpisahan.Wealls bertuah kerana dapat merasai
pengalaman yang sungguh manis ini...Wallahua'llam.

14 April 2015

Pening nak menjawabnya!




     Bismillahirrahmanirrahim...

     Lamanya tak keudara diruangan yang disayangi ini.Harap masih ada yang sudi
singgah keblog ku...:)

 Sejak Nur Nisaa' syuhada (puteri bongsu) ku belajar disekolah barunya (SMSS),
banyak soalan-soalan yang bagi kita remeh je tapi nak menjawabnya perlukan
pemikiran yang tinggi dan logik dek akal.

puteri bongsu bersama puteri ke2 ku..

  Weekend lepas Nur Nisaa' Syuhada sempat menghantar sms pada umminya
bertanyakan samada boleh ke tidak dia makan muffin yang dibuat sendiri oleh
mak kawan indianya itu?Maklum tinggal diasrama pelbagai bangsa pun ada.
Katanya kalau tak makan nanti kecik pulak hati kawannya.

   Uolls rasa apa jawapan yang perlu dan patut diberikan?Kongsi bersama wealls,ok..