.

31 January 2015

Bila SBP menjawab....



     Bismillahirrahmanirrahiim..

  Inilah sms yang saya terima pagi semalam...



   Memang tak terkejut pun sebab dah tahu dari abahnya sebelum ke tempat kerja.
Kata abahnya,'Ummi kena buat sujud syukur tau..abah dah buat".

   Rupanya Anakanda bongsu sudah tahu lebih awal lagi.Malam jumaat tu
Si bongsu tidur lewat semata-mata nak tahu keputusan permohonannya ke SBP
(sekolah berasrama penuh).Sedangkan umminya terima sms dipagi jumaat.

   "Dik...nak pergi ke?",soalan si abah pada si bongsu cuma dianggukkan kepala
saja oleh tuan punya badan.Maka bermulalah episod baru untuk menyiapkan
segala keperluan yang dikehendaki dalam tempoh sebulan.

  Pemeriksaan perubatan,10 keping gambar murid,2 keping gambar ibu bapa,
salinan sijil berhenti sekolah,slip PBS,kad pengenalan ibu bapa,kad pengenalan murid,
penyata pendapatan terkini dan sijil-sijil akademik terdahulu.
ini ler yg si bongsu godak2 internet mlm smlm tu..


   Antara keperluan sekolah yang wajib adalah,

    1) baju kurung putih berbutang 3 helai.
    2) Kain biru susun tepi 3 helai.
     3) Kasut kulit tanpa tali bertumit 1 or 1 setengah inci.
    4) Tudung putih tanpa sulam 3 helai.
    5) anak tudung hitam/putih.
    6) Camisole (pakaian dalam)skin colour or putih.
    7) Kasut sukan 1 pasang warna hitam/putih.
     8) Pakaian unit beruniform 1 pasang.
     9) seluar track hitam/biru gelap 1 helai.
    10) T- shirt putih lengan panjang 1 helai.

   Pakaian bermalam,keluar bandar,kelas persediaan,riadah dan solat (wajib)....

    1) Baju kurung berwarna 3 pasang.
    2) Tudung putih dan berwarna 3 helai.
    3) Batik sekolah 1 pasang.
    4) T-shirt rasmi sekolah 1pasang.
    5) seluar slack hitam 1 helai.
    6) telekung 1 pasang.

    Antara barang keperluan sekolah (wajib)...

    1) Baldi 1 unit.
    2)Sarung bantal logo sekolah 2 helai.
     3) Cadar logo sekolah 2 helai.
     4) Peralatan kebersihan diri,kekemasan diri,peralatan membasuh,peralatan belajar dan pakaian dalam secukupnya.

   Barang-barang keperluan lain..

  Kain batik sarung 2 helai.
  tuala mandi 2 helai
 Pakaian tidur 2 pasang.
  Sudu dan garfu 'stainless steel'.
 seluar trek tambahan 1 helai.

   Barang-barang keperluan lain ..

  Lencana sekolah 4 unit
 tanda nama 1 unit
 sarung tenun 1 helai.
 alat tulis secukupnya.
 kad outing.
buku peraturan undang2 sekolah,laporan kokurikulum,buku nilam 1 unit setiap satu.
 kad kesihatan 1 unit
mangga kunci 2 unit.
takwim sekolah 1 unit.
lampu suluh 1 unit.

   Bila wealls sudah menerima tawaran SBP maka wealls terpaksa lah mengikut
segala syarat-syarat kemasukan....Wallahua'llam.


28 January 2015

Besday girl dan pisang kaki.



     Bismillahirrahmanirrahiim...

      Ketemu lagi setelah lama tidak keudara.Kisahnya semalam adalah hari istimewa
Puteri sulung ku.Tiada yang istimewa cuma biasa biasa saja.Beli kek  sebijik
di kedai Pink Lady,satu satunya kedai kek orang melayu kita...harus ada kek gitu!

kek blueberry vanilla  buat Nadratun Naim..

    Hari ini dapat tahu result Si Puteri sulung.Alhamdulillah...pointer tetap 3 keatas.
Hadiah apa?Nantilah umminya pikir pikirkan...hehe

   Orang sibuk bercerita pasal pisang kaki yang sedap dan banyak khasiat.
Kebetulan ahad lepas singgah pasar malam selepas balik dari Shah Alam
hantar anak dara.Setelah setahun tidak ke pasar malam,masih seperti biasa.

ini la rupa pisang kaki uolls...sekali pandang cam tomato gitu!

   Kebetulan lagi banyak dijual pisang kaki.Selama ini tak pandang pun sebab
tak tahu nak makan macam mana.Tapi bila terbaca diblog pasal khasiatnya
terus berminat untuk mencuba.Terbeli 4 bijik dengan harga RM 5.

   Balik rumah tak sabar nak rasa.Akhirnya...Subhanallah,sedap yang amat!!
Isinya tersangat manis tapi manis manis buah la uolls!hehe..
Namanya pun dah pelik,ingat kena makan guna kaki ke..tengok rupa
tiada menunjukkan ada kaki pun.Rasa pisang pun jauh sekali.
Agaknya kenapalah buah ini mendapat nama sedemikian....Wallahua'llam.

20 January 2015

Biskut Lidah Kucing.




         Bismillahirrahmanirrahiim..

          Agak-agak uolls bila tahu nama biskut ni,boleh telan ke tidak?
Nama dah le pelik.Tapi kalau nak dikira dekat kampung wealls lagi banyak
nama-nama makanan pelik ni seperti tahi itik,lompat tikam,jala mas dan banyak lagi.
Walau pelik tapi sedap uolls...hehe.

    Antara bahan-bahannya....

    250 gm mentega
   175 gm gula kastor
   100 ml putih telur
   50 gm tepung jagung
   1/4 sudu teh emplex

   Pewarna merah,oren,kuning,hijau dan biru.
  Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit minyak.

ini la loyang khas nak wat biskut ni..

     Cara-caranya...

1) Ayak tepung jagung,tepung gandum dan emplex,ketepikan.
2) Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.Masukkan putih telur
sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kaup balikdengan spatula hingga rata.
4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna utk setiap bahagian.
5) Masukkan dlm piping bag utk setiap warna berlainan.Potong hujung muncung
 piping bag.Paipkan atas loyang lidah mengikut corak yang dikehendaki mengikut warna pelangi.
6) Bakar dlm oven pada suhu 150 darjah celcius selama 15-20 minit.

ini la rupa biskut lidah kucing tu,uolls...

   Biskut ini wealls pernah dapat ketika ke majlis perkahwinan anak buah kawan lama.
Boleh dibuat ole-ole gitu!Sekali makan nak lagi.Tuan tanah pun tak merajinkan diri
lagi mencuba membuatnya.Semoga suatu hari nanti kerajinan itu milikku...Wallahua'llam.

    

19 January 2015

Rezeki dari jauh.



       Bismillahirrahmanirrahiim...

      Sabtu lepas kakak ipar menyinggah kerumah ku dari kenduri anak buahnya di Bangi.
Diberinya buah tangan dari U.K katanya,anak buah dia yang study dekat U.K tu la yang bagi.

   Rupanya teh dari negara omputih uolls!Walaupun wealls tak pernah lagi sampai
kat negara omputih tu,dapat juga merasa teh dari sana..Alhamdulillah!

ini ler teh dr luar negara tu..

   Tapi bila anakanda ke dua tengok teh ini,katanya "kat secret resepi pun ada teh ni".
Tapi memang mahal sikit la harganya,secawan dah RM 6.90.Anakanda kedua ni dulu pernah kerja kat secret resepi semasa menunggu result spm.

   Pulang pula anakanda sulung dari UIAM kerana bercuti semester yang panjang,Ummi
sempat menghidangkan secawan teh Ahmad ni.Tiba-tiba anakanda sulung mencelah,"teh ni kat UIAM
pun banyak dijual sebab kat sana ramai 'foreigner".

   Begitulah kisahnya,Ummi dah cukup berbangga sebab dapat merasa teh dari jauh.
Rupanya anakanda-anakanda lebih terdahulu mengetahuinya...Wallahua'llam.

15 January 2015

Mampukah wealls..?




       Bismillahirrahmanirrahim...

       Weekend hari tu wealls kejemputan kenduri kahwin anak buah kakak ipar di Bangi.
Dengan bantuan oppo phone anakanda bongsu akhirnya wealls jumpa juga mencari dewan
melur tempat persandingan pengantin muda itu.


inilah majlis kahwin yg menjadi idaman setiap pengantin.

    Kedua-dua mempelai masih muda belia lagi.Masih study kat London.
Tapi dah rezeki,jodoh pertemuan,ajal maut semua ditangan Tuhan,so berkahwin lah mereka.
Mulanya malas nak fikir pasal semua ni tapi rasanya nak ajak uolls sama-sama berbincang topik
kahwin muda ni.

   Dalam hadis pun ada menyatakan yang sebaik-baik manusia adalah yang kahwin diusia muda.
Sekurang-kurangnya terhindar dari membuat maksiat.Tapi,kes ini berbeza sikit bila 
pengantin sama-sama masih study.Agaknya siapa yang tanggung semua perbelanjaan
perkahwinan itu?Bertuah dan beruntungnya bila semua perbelanjaan, ibu ayah yang tanggung.

nak tempek gak pic wealls...bukti yg wealls berada didlm dewan serba cantik itu..hehe

   Dewan yang berprestij,makanan yang enak dan pelbagai dan kumpulan nyanyian juga 
menceriakan lagi majlis ini.Subhanallah..semua memerlukan kos yang tinggi.
Pasangan pengantin pun sama cantik sama padan,berpakaian serba putih.
Dengan harga barang yang melambung zaman sekarang kadang-kadang terfikir juga
mampukah wealls jika suatu hari nanti anak-anak dara wealls ingin berpenampilan
sedemikian rupa?Kata orang,kahwin hanya sekali seumur hidup jadi apasalahnya
jika ingin berlebihan sedikit.

   Wealls mempunyai tiga orang anak dara.Mungkin berfikir panjang juga jika
ingin membuat majlis sedemikian rupa.Apa-apa pun semoga semua urusan
dipermudahkan oleh NYA...Wallahua'llam.

14 January 2015

Dah 22 tahun...



     Bismillahirrahmanirrahiim...

       Teruja nak menulis dan mencoretkan kisah-kisah yang ingin diabadikan dilaman kesayanganku ini.
Angka diatas tu bukannya umurku...kalau boleh diputarkan waktu,inginku muda sepuluh tahun lagi uolls!.

bagai merpati dua sejoli x uolls?hehe...

   Berkahwin semasa umurku 23 tahun.Bertunang selama 2 tahun.Berbekalkan sebentuk cincin
dan sepasang kain,aku sah menjadi tunangan orang.

perlu musyawwarrah dlm perhubungan suami isteri..

xnak jd bak pinang dibelah dua nt sakit uolls!kiki...

   14 januari 1993,aku disatukan sebagai pasangan suami isteri.Selepas selesai saja majlis persandingan,
wealls terus berhijrah ke Kajang sehingga lah sekarang.Anak-anak pun membesar dibandar Kajang.

anakanda2 yg menjadi pengikat kebahagiaan wealls...

kek wajib ada barulah terasa sambutan ulangtahun perkahwinan wealls..hii

   Mendapat empat orang cahayamata sebagai penyeri rumahtangga wealls.
Hari ini sudah 22 tahun usia perkahwinan wealls.Doakan wealls semoga
beroleh kebahagiaan berpanjangan hingga ke hujung nyawa.Doaku semoga En Mohd Saidi
adalah pilihan terbaik buat diriku...kekal sampai kejannah...Wallahua'llam.


08 January 2015

Serba baru ditahun baru.




     Bismillahirrahmanirrahiim...

      Lama betul tak keudara dilaman yang disayangi ini.Awal tahun lah katakan!
Semalam rumahku dikunjungi seorang 'apek' (orang cina) untuk memasang
piring njoi.Tunggu punya tunggu setengah jam nak maghrib baru nampak
batang hidung.Alasannya hujan susah Astro nak cari signal.Wealls cuma bayar sekali sahaja seumur hidup iaitu sebanyak RM 348.Ada yang pakej RM 450 tapi hanya itu saja yang wealls mampu.Tanpa komitmen bulanan dan tanpa kontrak.


inilah katalog njoi tu..

remote dan dekorder njoi..kaler hijau

   Macam biasa je anak-anakku,tiada respon gembira pun...yang mereka
tahu layan WhattsApp...twitter dan instagram saja.
Selama ini wealls masih guna ariel tv yang jenis tulang ikan tu.Maklum
orang tua,jakun lagi.Orang kampung semua dah pakai Astro,malu wealls..

ruang makan umh wealls pun kaler baru gak...

kbetulan kaler cat baru pun sama ngan njoi punya kaler...hijau!

  Mata tak sakit lagi bila pasang njoi ni.Gambar tv terang dan jelas sampai
semua lubang yang ada kat muka artis semua boleh nampak...dahsyat gitu!!

bunga ni pun dikira baru gak coz bru bli dan gubah sendiri...hehe

kabinet dpur lama tp wealls tmpal wallpaper baru ..kira baru gak la kan..!!

   Ada 24 siaran semuanya.Rancangan-rancangan pun banyak yang best.Ada 20 siaran radio percuma juga.
Ini lah rezeki tahun baru.Semoga beroleh kelapangan rezeki lagi
dimasa depan..Wallahua'llam.

02 January 2015

Dua Haribulan Satu..



     Bismillahirrahmanirrahim...

selamat hari jadi!!!

       Syukur kerana masih diberi kesempatan menyedut udaraMU dan
berteduh dibawah langitMU dihari yang penuh barokah,jumaat penghulu
segala hari.

dlm usiaku yg sebegini..doakan smoga diberi kesihatan yg baik berpanjangan..

    Diberi kesempatan mengecap kebahagiaan bersama insan-insan tersayang..
Terasa inginku hidup seribu tahun lagi...TerimaKasih Allah!
Semoga mendapat lebih keberkatan dalam meneruskan kehidupan..Wallahu'allam.

01 January 2015

Harga baru minyak petrol.



     Bismillahirrahmanirrahiim..

      Mulai hari ini harga petrol seperti dibawah...

        
        Harga petrol dah turun...harap-harap janganlah ada lagi yang ambil kesempatan
menaikkan harga barang pula...Wallahua'llam.