.

15 January 2015

Mampukah wealls..?




       Bismillahirrahmanirrahim...

       Weekend hari tu wealls kejemputan kenduri kahwin anak buah kakak ipar di Bangi.
Dengan bantuan oppo phone anakanda bongsu akhirnya wealls jumpa juga mencari dewan
melur tempat persandingan pengantin muda itu.


inilah majlis kahwin yg menjadi idaman setiap pengantin.

    Kedua-dua mempelai masih muda belia lagi.Masih study kat London.
Tapi dah rezeki,jodoh pertemuan,ajal maut semua ditangan Tuhan,so berkahwin lah mereka.
Mulanya malas nak fikir pasal semua ni tapi rasanya nak ajak uolls sama-sama berbincang topik
kahwin muda ni.

   Dalam hadis pun ada menyatakan yang sebaik-baik manusia adalah yang kahwin diusia muda.
Sekurang-kurangnya terhindar dari membuat maksiat.Tapi,kes ini berbeza sikit bila 
pengantin sama-sama masih study.Agaknya siapa yang tanggung semua perbelanjaan
perkahwinan itu?Bertuah dan beruntungnya bila semua perbelanjaan, ibu ayah yang tanggung.

nak tempek gak pic wealls...bukti yg wealls berada didlm dewan serba cantik itu..hehe

   Dewan yang berprestij,makanan yang enak dan pelbagai dan kumpulan nyanyian juga 
menceriakan lagi majlis ini.Subhanallah..semua memerlukan kos yang tinggi.
Pasangan pengantin pun sama cantik sama padan,berpakaian serba putih.
Dengan harga barang yang melambung zaman sekarang kadang-kadang terfikir juga
mampukah wealls jika suatu hari nanti anak-anak dara wealls ingin berpenampilan
sedemikian rupa?Kata orang,kahwin hanya sekali seumur hidup jadi apasalahnya
jika ingin berlebihan sedikit.

   Wealls mempunyai tiga orang anak dara.Mungkin berfikir panjang juga jika
ingin membuat majlis sedemikian rupa.Apa-apa pun semoga semua urusan
dipermudahkan oleh NYA...Wallahua'llam.

6 comments:

  1. yg sederhana itu lebih diberkati.yg penting,buat yg wajib dulu iaitu akad nikah.bersanding tu.x dianjurkan dlm Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp...kita pun kena ukur baju dibadan sendiri gak kan ida.
      Memang yg wajib patut didahulukan..In Sha Allah.

      Delete
  2. Lama lagi tu kak, insyaAllah bila sampai giliran anak akak akan adalah majlis yang meriah.. pasti yang tu. Pasal mewah gemilang tu kalau pendapat saya, ikut masa dan mungkin rezeki masing2 la. Asalkan meriah ada ramai saudara mara dan kawan itu dah bagus sangat..

    Kalau dah jodoh kawin muda apa salahnya. Saya setuju.. haha.. bukan apa, kalau mampu nak bertanggungjawab.. kan kahwin ni proses mematangkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan apa AN,perancangan masa dpn kena ada kan.doa2kan ya AN moga kami dimurahkan rzeki..hehe

      Delete
  3. in shaa Allah kak smga dipermudahkan nnti.aamiin
    mcm contih cikgu sekolah rendah saya dlu.bru je sambut menantu bln 12 hri tu.buat 3 org sekaligus.
    anak nya ank dara.satu pelamin berkongsi 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..pasti byk gak belanjanya tu kan cik su.

      Delete

❤ Komen anda saya hargai ❤