Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...Di petang2 jumaat yang penuh barokah dan penghulu segala hari ni,saya nak berkongsi
macam mana nak masak ayam goreng yg senang dan paling mudah.Hari ni harga ayam mahal sikit rm6.99 sekilo.Anak-anak saya memang sukakan ayam goreng ni dari dulu,kini dan selama-lamanya!huhu..
Setelah ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil,tumbuk bawang putih dua tiga ulas bersama sedikit halia,sedikit kunyit hidup(kat bandar mmg susah nak jumpa,jd pakai kunyit serbuk je!) dan garam.
Boleh la disapu rata pd ayam tadi.Perah asam limau nipis dan perap ayam itu seketika.
Ayam yg digoreng akan berbau wangi dan lembut dagingnya.Perahan asam limau nipis pulak boleh mengelakkan percikkan minyak ketika menggoreng.
Selamat mencuba!Sekian...inshaallah,jumpa di next entry.
Sedapnya ayam goreng!ayam goreng kata nama.goreng ayam pula adalah kata kerja(perbuatan)
ReplyDeletehihi...mekacih teacher!!!
ReplyDelete