.

24 January 2014

Pasangan Serasi(Semanis Kurma)




Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum dan Salam Penghulu hari buat teman2 tersayang.
     
       Hari yg indah dihari Jumaat ni sama2 kita kupas sedikit tentang bual bicara bertajuk 'Pasangan Serasi'.
Adakah teman2 semua pasangan serasi??Kalau soalan tu ditujukan pada saya pun rasanya sukar nak menjawabnya..walau sudah berpuluh tahun melayari hidup bersama!Titik...

Bila seorang cool dan seorang lagi hot..dikatakan pasangan serasi!Iye ke?sebab bila dua2 cool maka sunyi sepi la dunia rumahtangga,main bahasa isyarat je!hihi...
Tp bila dua2 hot pun xserasi jugak sebab nanti habis periuk belanga berterbanngan...hoho!

       Sebenarnya dlm rumahtangga,kita mesti mengamalkan sikap timbal balik,saling berbagi dan berkongsi suka duka.Menerima pasangan apa adanya dan menjauhkan sikap berprasangka.Kasih sayang haruslah selalu berada dilandasan yg betul,agar tidak tenggelam dlm pelayaran.Dlm masa yg sama juga perkemaskan dan baiki cara berkomunikasi bersama pasangan.Bersikap terbuka dan jujurlah.Bincangkan ketidakpuasan dlm rumahtangga secara matangdan dgn hati yg sejuk serta mampu mengawal kemarahan.

      Untuk jadi pasangan serasi juga baik amalkan berjemaah bersama.So sweet gitu!Bukan dalam solat je tp dlm pengurusan rumahtangga seperti,memasak bersama,mengemas rumah bersama,beriadah spt berjoging or berbadminton bersama...sebab kebahagiaan memang boleh dicipta jika kita mahu menciptanya..

    Tipulah bila tiada perselisihan dlm rumahtangga..sedangkan lidah lagi tergigit!Tp tu kan asam garam dan rencah2 yg mematangkan kita..Bila berselisih paham barulah kita belajar muhasabah diri dan berusaha menjernihkan yg keruh.Ketika diduga,banyakkan bersabar.Ujian membentuk kita menjadi insan yg lebih matang,kuat,tabah dan berani.Percayalah kesabaran membuahkan kemanisan.

      Itu saja perkongsian dihari yg penuh berkat ini,
'Yang jauh didekat-dekatkan,
     'Yang dekat diserasi-serasikan'...

In Sha Allah,jumpa lagi...Sekian,Wasallam!

4 comments:

  1. isshh....blog sapa ni,tersilap bc blog org lain ke..?? Gaya mcm ustzah Nor Ba'ayah jer....

    ReplyDelete
  2. hihi...sama2 ida,kita sama2 belajar..

    ReplyDelete
  3. hikhik..Alhamdulillah la Idah..kita sama2 berkongsi

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤