.

31 January 2014

Joging di pagi Tahun Baru Cina



      Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2 Blogger semua!

Memandangkan En Asben kerja petang hari ni,so kami melakukan aktiviti joging pagi tadi.Kelakar pulak sebab kami merupakan peserta pertama yg sampai di Taman tu.Maklum hari ni Tahun Baru Cina.Selalunya kaum Cina la yg ramai buat senaman di situ.Depa beraya ler...!Betul tak teman2?hihi..

      Sebenarnya banyak manfaat bila berjoging ni.Ada kajian yg dilakukan mendapati bahawa rata-rata
wanita langsing berjalan kaki 2 setengah jam setiap hari boleh membantu menurunkan berat badan.Bukan seminggu sekali tau!!Selim melim la saya nanti..!Jangan jeles,teman2!!hihi...Jadi cuba penuhi saranan 10ribu langkah setiap hari...In Sha Allah.

Berjalan kaki bagus untuk kesihatan jantung dan perjalanan darah


     Balik je dari joging kat taman...kami joging ke Pasaraya pulak!Kebetulan semalam blender dan rice cooker meragam.Al maklum barang dah berusia..dah nak sama umur dengan tuannya!!hehe..

Banyak sungguh jasa dan baktinya buat kami sekeluarga.Tapi,terpaksa dalam redha saya membeli yg baru jua..!(ayat tak leh belah).

ni la pengisar tu..

ni je la yg termampu saya beli..!huhu


     Itu saja perkongsian kali ini...sampai jumpa dientry yg baru
    Sekian,Wasallam!
    

    
     .

    

2 comments:

  1. bleh aje asal berjalan...bukan tidur je memanjang!Ingat tu anaknda syuhada..hihi

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤