.

13 March 2014

Semua Ujian dariNYA..



        Bismillahirrahmanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!


gambar ihsan dari google


gambar ihsan dari google

       Bangun je pagi ingat nak hirup udara segar..tapi yang dapatnya udara tak sihat.!
IPU (indeks pencemaran udara) kat 'area' rumah saya memang tak sihat.Nampak
macam kabus tapi bila sedut berbau asap...kain dijemuran pun turut terima nasib
yang sama.Kesian anak2 yang terpaksa melakukan aktiviti luar kelas di sekolah
pada masa ipu tak mengizinkan ini.


   Itulah salah satu ujian dariNYA..Subhanallah!Musim kemarau yang berpanjangan
sampai beberapa bulan tiada hujan pun ujian jugak.Akibat kemarau maka kerap
terjadi kebakaran terutama hutan dan tempat pelupusan sampah.Dalam sehari
pihak bomba menerima 500 panggilan untuk memadamkan kebakaran.



  Dari kebakaran maka sebab itulah terjadinya jerebu.Pembenihan hujan dan solat hajat
minta hujan turun telah diusahakan.Bila tiada hujan air takungan diempangan2
yang membekalkan air kerumah2 semakin ditahap kritikal.Maka catuan air pulak
dilakukan dikawasan2 terlibat.Bayangkan kesusahan dan keperitan yang dialami.



    Di Selangor pulak diuji dengan kehadiran nyamuk aedes merbahaya yang membawa
kepada demam denggi.Peningkatan kematian akibat denggi telah menyebabkan 
kementerian kesihatan melakukan 'fogging' dikawasan2 yang terlibat.Awal tahun lagi
sudah banyak ujian yang kita perlu lalui.



   Ujian sebenarnya datang dalam bentuk ujian kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Bila diuji dengan kesenangan maka bersyukurlah..tapi jika sebaliknya kita haruslah
bersabar dan banyak2 muhasabah diri.Orang kata,ujian bila senang lagi menakutkan..Wallahuaklam!

  Moga kita semua bersabar dan tempuhi semua ujian dengan hati yang redha..
mungkin ada hikmah disebalik semua ujian..Sekian,Wasallam!

8 comments:

  1. Jangan sampai ada jerebu d hatimu....krn ku x mau lautku berombak...!! (Koya skit)

    ReplyDelete
  2. suka sgt koya Idah ni!pg ni bukan jerebu kat luar umh je tp dlm umh gak coz berasap bila greng ikn sambil layan sms dr seseorang...smpai terlupa nak bukak kipas sedut asap kat dpur!!!huhu..

    ReplyDelete
  3. Betul tu..banyak ujian Allahdi awal tahun 2014.satu petanda dunia sudah makin akhir zaman n kiamat sudah dekat.manusia masih alpa

    ReplyDelete
  4. semoga setiap ujian yang allah berikan pada kita semua..membuatkan kita lebih mendekat kan diri denganNYA..
    bersabar la dengan setiap ujian yg ada..kelak besar hikmah yg kita dapat disebaliknyer..

    ReplyDelete
  5. ujian ni utk kita selalu ingt padaNYA..kan Ida..

    ReplyDelete
  6. ujian datang bersama hikmah tersembunyi..kan Roha

    ReplyDelete
  7. Rupanya ada jugak ore koya lebih teruk dr kita....!! Nk masak kena fokus,nk sms kena kos....

    ReplyDelete
  8. sabar je la..tu pun ujian Idah..!!!

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤