.

10 March 2014

Ku Menanti Kamu MH 370



       Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!

       Hari ke3 masih lagi menanti perkhabaran nasib anak2 kapal dan penumpang pesawat MH370.
Solat sunat hajat pun dah dibuat semalam diseluruh masjid  termasuk di masjid UIAM...
Semalam masa hantar Anakanda tersayang,telah diadakan pengumuman tentang solat sunat hajat itu.
Bacaan yaasin dan tahlil jugak akan menyusul.Moga penantian terjawab..In Sha Allah.


ihsan dari pesbuk

      Semua media massa,tv dan radio masih menyiarkan lagu2 yang sedih dan berbentuk ketuhanan.
Ini sebagai menghormati keluarga penumpang2 dan ank2 kapal pesawat MH370.
Banyak jugak luahan hati pendengar2 radio,ada yang cerita,kalaulah beliau berada didalam
pesawat itu,hanya wajah anak2nya sahaja bermain dimata.

    Ada pendengar radio yang menulis puisi....

       Seluruh dunia menanti munculnya MH370
       Jika dilaut timbulkanlah
       Lautan biru bertukar merah
       Ya Allah Ya Tuhanku..Pada Kamu kami berserah...

       Dari pendengar yang lain pulak...

          Andai hilang dilangit...mana?
          Andai hilang dilaut...mana?
          Cepat terbang pulang
          Ramai yang menangisi
          Ramai yang menanti....


ihsan dari google

     Agar semua yang terlibat dalam misi menyelamat diberi petunjuk dan semua persoalan
akan terungkai.Pembenihan awan pun terpaksa ditangguhkan untuk memberi pelepasan
pada misi pencarian dan menyelamat pesawat MH370...Semoga diberi Petunjuk..Sekian,Wasallam!

4 comments:

  1. Eh...rasa nk berpuisi jugak....!! kuang kuang kuang

    Helang terbang jauh...
    kembalilah
    Jangan d titis airmata itu
    sangkar hati terlalu lama menunggu
    tetap menunggu
    tanpa jemu....

    ReplyDelete
  2. itulah kwnku yg terhebat mencipta puisi..tenkiu Idah!

    ReplyDelete
  3. Semua yg berlaku dgn izinNya.teruskan berdoa

    ReplyDelete
  4. betul tu Ida...ada hikmah disebalik apa yg berlaku

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤