.

01 March 2014

Cemburu Tanda Sayang..?



         Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu Teman2!

      Bersiaran petang pulak hari ni sebab pagi sibuk hantar Anakanda2 ke sekolah..Hari ini ada aktiviti
'road run' kat sekolah.Lepas hantar mereka,terus ke Taman untuk aktiviti setiap hujung minggu iaitu 'joging'..


ihsan dari pesbuk

    Semalam sempat menonton tanyalah ustazah..Tajuk ni bukanlah cemburu yang boleh merosakkan
rumahtangga...tapi,cemburu tu kan tandanya sayang..!!Cemburu sebenarnya sudah wujud sejak zaman 
nabi Adam lagi.Bila Allah mencipta Nabi Adam,disuruh Syaitan menyembah Nabi Adam.Tapi kerana cemburu selama ini cuma syaitan saja yang Allah cipta,syaitan enggan menyembah Nabi Adam.
Dengan sebab itu,syaitan telah dicampak kebumi dan keneraka selama-lamanya.


ihsan dari pesbuk

   Kisah perbalahan antara Qabil dan Habil dalam merebut bakal isteri jugak menyebabkan timbulnya
cemburu bila Habil berjaya mendapatkan Isqamah.Berlakulah pembunuhan pertama dimukabumi
bila Qabil membunuh Habil.


ihsan dari pesbuk

   Satu lagi kisah bila isteri Rasulullah,Aishah difitnah bersama Safwan..Rasulullah cukup cemburu sampai
tidak bertegur isterinya itu sampai sebulan.Aishah sakit pun Rasulullah tidak peduli cuma bertanya
khabar melalui kawan2nya saja.Maka turunlah ayat yang bermaksud,'wahai orang beriman,jangan ikut jejak syaitan'..Ini bermakna Aishah tidak bersalah cuma kerana fitnah.


ihsan dari pesbuk

  Satu lagi kisah dimahkamah,dibicarakan kerana si suami tidak mahu bahagikan harta dan anak.
Si isteri memakai penutup muka datang kemahkamah.Hakim mengarahkan si isteri membuka
penutup mukanya.Tapi si suami tetap berkeras tak bagi keizinan isterinya membuka penutup muka itu.
Sedangkan mereka sudah pun sah bercerai cuma nak menuntut hak saja datang ke mahkamah.
Oleh kerana itu,si suami terus setuju memberi apa yang dituntut oleh si isteri termasuk harta dan anak walaupun pada awalnya tak setuju.Kata si suami,dia tak bagi hakim buka penutup muka bekas isterinya
kerana masih lagi cemburu bila melihat wajah bekas isterinya itu...Wallahuaklam!


ihsan dari pesbuk


ihsan dari pesbuk

    Suami bukan hak mutlak isteri...sampai masanya kita akan berpisah jua.Dari itu kenalah bersedia dari sekarang.Perlu ingat yang pasangan kita adalah yang terbaik untuk kita hingga sampai keJannah..Cintailah
suami kita kerana Allah dan selalulah bersangka baik dengan suami kita.
Sentiasalah panjatkan Doa semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang dicintai dan disayangi.
Moga berjumpa lagi,Sekian..Wasallam!

6 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian yang cukup bermakna ini

    ReplyDelete
  2. best ida bila dgr citer dari ustaz or ustazah ni..

    ReplyDelete
  3. Menariknya kisah bekas suami dan hakim ni. Kali pertama saya dengar. Memang manusia ni banyak perasaan cemburu ya.. kalau cemburu yg baik, itu ok lagi. Jangan cemburu yg merosakkan je

    ReplyDelete
  4. ha ah..itulah yg diciterkan oleh ustazah nik Salidah..

    ReplyDelete
  5. Sayang tidak,kasih pn tidak...tetapi kenapa hati masih cemburu...!!

    ReplyDelete
  6. ish..ish..xbaik gitu idah!!cemburu nak mendalami ilmu agama tu dibolehkan..hihi

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤