.

13 April 2014

Menikmati Musibah



     Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman2!


      Alhamdulillah..Pagi ni sempat mengikuti program Tanyalah Ustaz.Tertarik pulak dengan
cerita Ustaz tadi..Apabila ditimpa musibah,kita kena banyak bersabar..jangan pulak jadi
tak terurus sampai tak mandi,rambut tak sikat,tiada selera makan dan mengasingkan diri
dari dunia luar..MasyaAllah!

   Ustaz bercerita suatu waktu dahulu ada satu keluarga yang membela tiga ekor haiwan belaan.
Ayam untuk mengejutkannya dari tidur (untuk bangun pagi),kaldai kegunaannya untuk 
mengangkut air dan anjing untuk menjaga keselamatan rumahnya dari perompak.



  Tiba-tiba suatu hari ayamnya dimakan musang,seluruh keluarga bersedih tapi ayahnya tenang
saja malah berfikiran positif lagi,katanya,"Alhamdulillah,mungkin ada hikmah disebaliknya"..
Selepas sehari anjingnya pulak mati,seluruh keluarga risau tapi ayahnya tetap mengucapkan
Alhamdulillah..Akhir sekali kaldai pulak mati tapi ayahnya tetap begitu..



  Suatu malam datang sekumpulan perompak kekampung itu,semua rumah dirompak 
kecuali rumah keluarga tadi.....nak tahu kenapa Teman2? (bikin suspen sikit)...:)
Sebabnya ialah kerana perompak hanya merompak rumah yang ada haiwan belaan saja
sedangkan rumah keluarga tadi sudah tiada haiwan belaan so terlepaslah dari rompakan..
besar sungguh hikmah disebalik kejadian itu...betul tak Teman2?

  Musibah or ujian yang kita hadapi sebenarnya untuk mencuci dosa-dosa kecil kita(kifarah).
Ia juga untuk mengangkat darjat kita disisi Tuhan.Bila ditimpa musibah,kita lebih
mendekatkan diri dengan Pencipta melalui doa-doa kita dan melalui sujud kita dimalam-malam hari.
Kita kena ingat yang kita bukan Pemilik tapi cuma peminjam...Setiap yang berlaku
akan balik pada Penciptanya...Itu saja perkongsian kali ini,Wasallam!


6 comments:

  1. Tq share cerita yg ada pengajaran ni

    ReplyDelete
  2. kan.
    jgn la meratap setiap ujian yang diberi

    macam saya tahun lepas.rumah saya kena pecah masuk.huhu.laptop n subang kena curi.

    mmg saya menangis dan sedey sgt..huhu
    rupanya ada hikmah dan ganjaran yang lebih besar Allah nak bagi..

    hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya yang terbaik buat hambanya

    ReplyDelete
  3. Seronok kisah ni. Buat kita berfikir hal di sebalik aoa yang berlaku. Rasa setuju dengan QR.. kita ni kalau diuji mudah nak sedih nak terfikir yang bukan2.. insyaAllah semoga kita semua dikuatkan semangat dan diberikan ketabahan utk menghadapi dugaan leoas ni. Semoga kita pun diberikan rahmat selepas ujian..

    ReplyDelete
  4. subhanallah!gitu citernya ya QR..moga tabah menghadapi ujian ya..

    ReplyDelete
  5. sama2 kita panjatkan doa smoga kita diberi kekuatan dan berlapang dada serta
    bersangka baik pada Allah SWT atas apa yg telah ditentukan ya AN..

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤