.

26 April 2014

Larangan Mencabut Uban




    Bismillahirrahmanirrahiim....Salam berhujung minggu Uolls!


Uban yg tumbuh dikepala bleh menjadi asbab mengingatkan manusia pd kematian..

     "Janganlah mencabut uban kerana tidaklah seorang muslim mendapat uban dalam
islam,melainkan (uban itu) menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti".

   Mengikut riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman: "Uban ialah cahaya Mukmin.
Tidaklah seseorang mendapatkan uban dalam islam melainkan ia akan mendapat
satu pahala dan diangkat satu darjat bagi setiap lembar uban itu".

   Imam Malik pernah ditanya tentang hukum mencabut uban.Beliau menjawab,
"Aku tidak melihatnya sebagai perkara haram.Namun,membiarkannya lebih aku sukai".

   Mencabut uban hukumnya makruh sahaja,bukan haram.Uban diatas kepala
menandakan paras umur kita yang semakin tua,bermakna semakin hari semakin kita
menghampiri ajal.Setiap kali melihat cermin dan terlihat uban dikepala yang semakin
bertambah,ia boleh menjadi pemangkin dan motivasi untuk kita mempertingkatkan
amal ibadah,In Sha Allah..Buat renungan bersama..jumpa lagi,Wasallam!

6 comments:

  1. Mak saya pun kata macam ni. Saya mula ada beberapa helai uban, dia xbg cabut...

    ReplyDelete
  2. hihi...muda2 lg AN dah tumbuh uban?

    ReplyDelete
  3. org kata,mula2 nak tumbuh tu..rasa gatal..tu yg ada org yg mencabutnya..hehe

    ReplyDelete
  4. kalu mula2 tumbuh pastinya pendek lg...susah nak cabut kamsiah..hihi

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤