.

28 April 2014

Sunyi dari undangan Anugerah Cemerlang



   Bismillahirrahmaanirrahiim....Salam Manis Uolls!

surat jemputan kemjlis anugerah cmerlang tahun lepas punya


hepi je puteri bongsu ku..tahun lepas punya gak

    Orang kata bukan saja berita gembira je yang boleh dikongsi bersama tapi
berita sedih pun patut dikongsi juga..tak gitu Uolls?Tahun ni merupakan first time
wealls tidak diundang kemajlis anugerah cemerlang sekolah si abang dan si adik.
Kalau tidak,tetiap tahun tuan tanah dah siapkan awal2 lagi baju baru untuk kemajlis
berprestij tu.....:)

ni ler adiah yg si adik dpt tahun lepas

kenangan tahun lepas terima adiah dr pengetua sek


thn lepas gak si abang terima anugerah utk krs

   Menurut Si adik yang dapat nombor 1 dan 2 sahaja yang diundang kemajlis tu.Sedangkan
Si adik cuma dapat tempat ke3.Itupun disebabkan kecuaian segelintir para pendidik di sekolah itu.
Wealls tahu la cikgu pun manusia biasa,tak terlepas dari membuat kesilapan.Pada uolls yang 
pernah baca entry saya yang lepas-lepas pasti sudah tahu isu ini.....:)

para ibu...bapa diasingkan duduk sebelah kiri
   Si adik memang berharap kemajlis itu,tapi apakan daya..Sedih jugak dibuatnya..
Si bongsu ni memang ulat buku..dari sekolah tadika (PASTI) lagi sudah naik kepentas
terima hadiah dihari anugerah cemerlang...diikuti sekolah rendah,UPSR pun dapat 5A dan sekarang masuk
sekolah menengah.


bersama2 kengkawan

   Dah banyak motivasi dari Umminya supaya teruskan perjuangan..maklum tahun ni pula
nak ambil exam pt3 (dulu pbs).Budak2 ni sebenarnya perlukan ganjaran selain pujian dan
kata2 semangat.Tengok je anak cik ta dibelinya kereta mewah hadiah cemerlang dalam spm...:)
Kalau dah mampu apa salahnya...betul tak Uolls..!!


masa pertandingan coral speaking

  Kesian juga bila pandang si bongsu ni...dah macam penat lelahnya study tidak dihargai pulak!
Di harap cecikgu dan kengkawan tuan tanah memberikan kata2 semangat sikit buat anakandaku tersayang ni..:)
Jumpa lagi dilain entry..Wasallam!

6 comments:

  1. Takpe...yg penting mmg dah cemerlang tp xde rezeki tahun ni.teeuskan kecemerlangan..bukan saja cemerlang akademik n koko tp yg paling utama cemerlang akhlak n sahsiah serta keperibadian diri.walau x bjaya dpt pengiktirafan dr manusia..tp make sure dpt pengiktirafan dr allah

    ReplyDelete
  2. Biar pn tiada tepukan n ucapan tahniah utk si bongsu,sekurang2nya ada tepukan n ucapan tahniah utk bapanya.....!! kita kongsi kesedihan n gembira bersama...

    ReplyDelete
  3. Wah..tahniah kak. Nampaknya anak2 ni baik2 dan bijak. Kali ni tak dipanggil bukan bermakna diorang tak ada peluang lagi. Insya Allah ada tu pada masa hadapan.

    Saya tak tahu apa kes sebelum ni. Namun saya harap si bongsu terima dengan positif dan terus berusaha uyk berjaya.. ya.. Ada keluarga yg penyayang dan prihatin mcm ni dapat mengurangkan kesedihan adik ya

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤