Bismillahirrahmanirrahhim...
Jumaat penghulu segala hari dan penuh barokah ini semoga uolls sihat-sihat belaka.
Semalam sempat ke hospital untuk menziarah anak kawan yang sakit.Baru berusia 7 bulan,
beberapa hari lepas dah ditahan wad selama 4 hari lepas itu boleh balik rumah tapi
bila berlaku sesak nafas terus ditahan wad lagi.Anak sekecil itu dimasukkan wayar
berselirat kedalam hidung untuk membekalkan oksigen.Sedih juga bila lihat keadaan
anak itu.
Dalam masa yang sama,di wad yang sama wad kanak-kanak terjumpa pula dengan
kawan en suami.Rupanya anak dia pun berada di wad itu kerana masalah buah pinggang. bocor.
Anak kecil yang berusia 3 tahun itu merupakan anak angkat pada kawan en suami sebab
anak-anak sendiri sudah besar panjang.Keadaan wad kanak-kanak memang penuh.
Terutama kes denggi.Katil pun sampai tak mencukupi.
Kebetulan pula terima berita yang seorang lagi kawan en suami ditahan diwad hospital itu juga.
Mata putih dan seluruh badan menjadi kuning.Sudah 9 hari didalam wad katanya.
Malam tadi pula terima whattsApp yang Tok Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) meninggal dunia.
Mulanya rasa tak percaya sebab selalu pun ada je terima macam tu tapi berita palsu rupanya.
Untuk mensahihkan fakta,terus buka astro awani dan memang berita itu sah...sayu je terasa
disubuh yang hening bila kehilangan seorang ulama' besar yang dikasihi.Moga rohnya
dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..Al-fatihah.
Sakit itu satu ujian..semoga mereka yang ditimpa kesakitan akan ada penyembuhannya..Wallahua'llam.

kehilangan TGNA diratapi.kehilangan seorang ulama yg hebat.tiada yg dpt mjadi pganti.semoga rohnya tenang disana
ReplyDeletebetul tu ida..
Deleteyg patah kan tumbuh,yg hilang kan berganti tp manakan sama dgn yg hilang..
kehilangan TGNA diratapi.kehilangan seorang ulama yg hebat.tiada yg dpt mjadi pganti.semoga rohnya tenang disana
ReplyDeletesedekahkan al-fatihah buat almarhum TGNA..
DeleteSemoga anak2 yg sakit tu cepat sembuh ya kak.. moga dapat hidup dengan ceria semula lepas ni..
ReplyDeletePemergian arwah satu kehilangan besar...
In sha allah..setiap sakit akan ada penyembuhannya kecuali mati.
DeleteRupanya banjir besar baru2 ini merupakan petanda kita akan kehilangan seorang ulama' dan pemimpin disegani kan AN..wallahua'llam.
semoga ALLAH memberi kesembuhan pada mereka yang sakit INSYA ALLAH
ReplyDeletesEMOGA ALLAH merahmati aruah TGNA AMINN
In sha allah...begitulah hendaknya kak noor.
Delete