.
11 January 2014
Yang Dekat Jadi Jauh..!!!
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam berhujung minggu.
Hari ini saya nak kena ambil anknda2 yg study kat Politeknik Shah Alam dan kat UIAM Gombak.
Seawal 10pg lagi bertolak dr Kajang.Mulanya ke Shah Alam dulu lepas tu baru bertolak ke Gombak.Perjalanan ke sana ok je,tak jem pun!
Anaknda saya yg study kat UIAM kali ni balik sebab dah habis semester.Cuti sem 3 minggu je,2.2.14 nt masuk semula utk sem ke2.Subhanallah...banyak sungguh barang2 dipunggah dari tingkat 4 asrama ke dlm kereta.Sepatutnya tak perlu bawa balik semua barang tapi sebab ada peserta nak guna utk kursus pendek so terpaksa dikosongkan.Berat 'giller'kereta jadinya...!!Penuh sampai ditempat duduk belakang..Maklum kereta pun buatan kita jer!!hoho..
On the way balik dr Gombak dah start bersusun panjang jer kereta,mulanya ingatkan ada kemalangan sebab selalunya orang nak tengok apa terjadi la yg buatkan kereta jd slow.Tp tak de pulak,yg ada pun cuma kereta yg berhenti ditepi jalan sebab enjin berasap maybe sebab lama sangat dijalanraya.Alhamdulillah kereta saya tak buat hal dlm keadaan macam ni.Nauzubillah!
Yg ruginya kamera tak boleh bawak sebab anknda bongsu bawa g sekolah utk projek PBS hari ni.Kalu tak boleh snap pic byk2 dan tempek kat sini...hihi
Padahal dari Gombak sejam setengah je sampai la kerumah tp hari ni bertolak balik pukul 1.00tgh lepas anknda sulong saya habis exam pukul 12.30tgh.Jam 5.30ptg baru sampai rumah.Sebelum itu sempat singgah makan nasi ayam kat restoran Dek Dayang.Lenguh habis seluruh badan bila lama sangat duduk.Dengan kereta yg berat penuh muatan lagi!Sampai sekarang pun saya masih tercari2 jawapan kenapa jln jem hari ini?
Jumpa lagi dilain entry...Sekian,Wassalam!
10 January 2014
"Selekeh di rumah...Melaram di luar"
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
Kali ini terpanggil utk berkongsi tajuk selekeh dirumah,melaram diluar..program wanita hari ini(WHI).
Selekeh bermaksud kotor,busuk dan serabai macam tak terurus gitu!Selalunya para isteri terutama bila berada dirumah mmg tak suka berhias,selekeh jer....!tp bila keluar rumah berhias bagai,semua kaler bertempek kat muka..!!Harap2 bukan saya la!hihi..
Pakar Motivasi,Datuk Fadhilah Hj Ali memberi pendapat yg para isteri tidak sepatutnya pakai kaftan je bila kat rumah.Dari pg sampai mlm tak tukar2 kaftan,pastu boleh bawak tidur pulak!Katanya kita terutama isteri2 kena ada baju tidur khas yg bersih.Banyak dijual katanya..tapi agak2 blogger semua sedia baju tidur ke waktu bersama suami?Soalan mengancam la pulak!!!hoho...
Datuk Fadhilah jugak menasihati para isteri walau berada kat rumah kena mekap tipis sikit sambil tunggu suami balik kerja.Pakai lipstik nipis2,cubit2 pipi yg putih biar jd merah baru suami tengok tergoda sikit!hihi..Kena selalu jaga penampilan.Biar wangi2an sikit..
Isteri2 bila malam baru nak pakai mask,terkejut bila suami tengok nanti.So kalau boleh pakai la mask or bedak sejuk diwaktu2 para suami tiada di rumah.Belailah diri semahunya.Surirumah seperti saya pun boleh berhias jugak bukan utk siapa tapi buat suami tercinta.Dalam ayat al-quran pun ada menyatakan 'sebaik2 isteri adalah yg menjaga penampilan buat suaminya dan menjaga harta benda suaminya'....
Oleh itu kepada para isteri2 semua jagalah penampilan diri bila berdepan dgn si suami.Keharmonian rumahtangga pun terjaga.Semoga perkongsian ini diberkati,Inshaallah..
![]() |
| mcm cantik je..mcm comel je...! |
Sekian,Wasallam!
09 January 2014
Mahalnya..!!
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum dan Salam Sayang.
Akhirnya terjumpa juga susu yg boleh ditelan oleh tekak saya.Itu pun setelah mencuba pelbagai jenis susu tapi tak boleh ditelan malah akan keluar semula,uweeek..!!!huhu
| inilah susunya...! :) |
Susu ni ada omega 3 dan 6,high calcium dan reduce fat...waaah slim la saya nanti!hoho..
Tp kenapa bila minum je susu ni,saya kerap pulak melawat toilet sampai 5,6 kali pulak tu!Dah expired ke?Ni la kelemahan saya main beli je tak tengok tarikh luput,padahal dah banyak kali terjadi.Bila jadi camni baru tengok tarikh rupanya 2.2.14...(nasib bukan 2.1.14-my besday tu!!!)Perut pun rasa kempis je,lega!
Pada sesiapa yg tak boleh minum susu,cubalah susu ni,inshaallah.
Ini pula nak citer ttg harga bedak sejuk kesayangan keluarga saya..hehe.Elok2 harga rm1.50 masuk aje tahun baru 2014 melambung naiknya...dah rm3.99.huhu...macam tak percaya pulak!!Tp dah musim2 panas ni sejuk sikit muka bila kena bedak sejuk ni kena la beli jugak walau naik harga...huhu
| bedak sejuk...^_^ |
Itu saja kali ini,Sekian,Wassalam!
07 January 2014
Bicara Dari Hati..
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum dan salam sayang.
Baru berkesempatan menulis lagi sebab sibuk sangat sejak buka sekolah.Sabtu lepas saya keShah Alam utk bertemu 'face to face' dgn Anaknda yg nak berhenti belajar dari Politeknik.
Sessi perbincangan antara dua hati mengambil masa 4jam.Banyak jugak sebab2 membuatkan Anaknda saya ni tension!Sewa rumah yg bertambah disebabkan kurangnya penghuni salah satu darinya..Study group yg tak sekepala kerana cuma Anaknda saya saja yg buat semua kerja sedangkan kerja tu sepatutnya berkumpulan.Ini kerana Anaknda saya sahaja yg mempunyai laptop.Macam tak adil la kan!Study semua subjek dalam b.i..buat esei pun dlm b.i..Katanya susah,maybe ini alasan je kerana semester 1 dulu bukan semua dlm b.i jugak ke??!Tu la org kata nak seribu daya tak nak seribu dalih...Wujudnya subjek baru semester 2 ni pun masalah jugak..Konon subjek undang2 dlm perniagaan ni susah giller la!!Semester 2-5 akan study fakta tak macam semester 1 dulu semua kira2 tak payah baca buku..Ni pun penyebab tension jugak!
Agaknya mengapa kita perlu melalui kesusahan didlm hidup?Sepatutnya bersyukurlah jika diuji dgn kesusahan,penderitaan,cabaran,masalah dan segala yg merumitkan kerana semua itu mendekatkan kita kepadaNya.Sewajarnya kita merasa bimbang dgn ujian kesenangan kerana ramai yg senang bukan saja lupa diri malah lupakan ilahi,nauzubillah!
Sepatutnya kita tak perlu putus asa.Firman Allah SWT dlm ayat 286 surah al-baqarah yg bermaksud"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya".Jika Allah SWT yakin dgn kemampuan kita menangani ujian dan dugaan yg diberikanNya,kenapa kita tidak mempercayai kemampuan diri kita sendiri?
Saya nak kongsi satu cerita yg bermula disebuah makmal sains pelajar universiti.Beberapa kumpulan pelajar sdg membuat kajian mengenai rama-rama.Mereka diminta memerhatikan proses rama-rama keluar daripada kepompong itu.Setelah menunggu sekian lama,akhirnya ternampak kepompong itu mula menunjukkan tanda2 akan keluarnya rama2 dr dalamnya.Krek...terdengar bunyi kecil dan kelihatan kepompong itu mula koyak.Namun,lamanya hendak menunggu perkembangan seterusnya.Akhirnya,terkoyak sedikit lagi.Lama sekali menunggu.
Maka ketua kumpulan mengajak ahli berbincang,apa yg hendak dilakukan.Kata muafakat pun dicapai.Jika rama2 itu tidak berjaya juga keluar dlm masa lima minit,mereka akan memotong kepompong itu utk membantu rama2.Mungkin kepompongnya tebal dan payah dikoyakkan.Lima minit berlalu,tidak ada peningkatan lalu ketua kumpulan menggunting kepompong itu.
Blop...jatuh seekor serangga.Kelihatan ada sesuatu merupai sayap tp kecil dan ulat beluncas dan cecair,namun tiada rama2.Terlopong mulut setiap ahli kumpulan.Profesor yg mengajar segera dtg kpd mereka dan bertanya apa yg telah dilakukan.Mereka menerangkan bahawa rama2 itu bersusah payah utk keluar dr kepompong dan mengambil masa yg lama.Maka mereka telah bersetuju utk membantunya dgn menggunting kepompong itu.
Profesor itu menerangkan pd mereka dan semua yg hadhir dlm makmal itu bahawa sebenarnya rama2 itu perlu bersusah payah,bergelut,berjuang dan berusaha gigih utk keluar dr kepompong itu.Bila dia bergelut dan menolak kepompong itu dr dlm,berusaha mengoyaknya,maka kepaknya menjadi bertambah kuat dan matang yg akhirnyaakan jd cukup kuat utk mengoyakkankepompong itu.Lalu sayapnya sudah cukup kuat utk dia terus terbang.Namun kerana mereka telah menggunting kepompongnya,maka rama2 itu tidak dpt bergelut dan berusaha gigih,maka sayapnya tidak dpt menjadi besar,kuat dan matang utk membolehkannya menjadi rama2 yg cantik dan terbang bebas!
Subhanallah,apa yg kita mesti akur dan insaf ialah Allah yg maha Bijaksana menjadikan semua benda dialam ini utk menjadi guru2 kpd kita.Jika kita membuka minda dan hati utk melihat ayat2 Allah,nescaya kita nampak byk mesej yg disampaikan oleh Allah kpd hambanya utk menjadi pedoman hidup.
"Nikmat itu kadang2 tidak disedari,hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar2 terasa"...
Semoga keputusan yg dibuat oleh Anaknda saya nanti adalah yg terbaikdan doakan kwn2 semua semoga penghijrahan Anaknda saya diberkati dan diredhai,Amiiin!
Jumpa lagi dilain entry...Sekian,Wassalam!
03 January 2014
Ole-ole Dari China
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaaikum dan salam sayang semua!
Hari Jumaat penghulu segala hari....Hari yang penuh Barokah.
Hari ini jugak hari kedua persekolahan.Memandangkan cuti sekolah yg panjang jadi walau dah hari ke2 sekolah dibuka tp anknda2 saya(si abang & si adik) tetap jelas nampak keletihannya.Balik je dari sekolah,tidur sampai ke petang..Ummi dan abahnya keluar joging petang pun tak sedar!!!penat punya pasal!
Anaknda bongsu saya ni ramai kwn2 dari golongan orang berada(kaya2).Setiap kali cuti sekolah,ke luar negara la mereka(tp kekadang tak cuti sekolah pun ambil kesempatan jugak!)hiii...
Anaknda saya bercerita yg salah seorang kwnnya ke China.Sempat lagi kwnnya tu beli ole2 buat anknda saya.Baik hati betul kawan anaknda saya tu.Tu la namanya kawan sejati yg sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.Hari ini Anaknda saya bawak balik seutas jam tgn 2 in 1(bleh wat gelang jugak),seekor panda dan biskut yg bersalut coklat dan almond...sedappp!!Syukur sesangat sebab kwn2 anaknda saya baik2 belaka.
| inilah ole ole nya...:) |
![]() |
ini souvenir dr abang ipar...:) |
Di sini saya nak berkongsi tazkirah sikit buat renungan bersama,
"Pada hari jumaat ada satu saat,apabila seorang muslim bertepatan solat pd masa itu dan memohon sesuatu kpd Allah SWT nescaya dikabulkan oleh Allah permohonannya itu.
Sekian,Wasallam!
Sweet Seventeen..?!
Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum dan salam ceria!
Hari ini cuaca panas terik dihari pertama persekolahan.Tapi,berangin dan mendamaikan...Subhanallah!sungguh indah ciptaan Tuhan...
Bulan januari bulan keramat bagiku sebab banyak tarikh2 manis yg meninggalkan kenangan.
Termasuk hari ini,hari yg cukup manis utk dikenang.2 januari bertambah lagi umurku...Alhamdulillah.
Banyak betul terima ucapan selamat hari jadi dari sanak sedara,ank2,en suami dan rakan2.Terharu pulak jadinya bila hari istimewa saya ada yg mengingati dan ambil berat.
Antara ucapan2 terpilih yg saya terima melalui h/phone dan melalui pesbuk spt dibawah....
Hppy bday to u,
smile always,
be strong n think positif...
Happy berthday,akak!
May God bless u...
ceria sokmo ye...
Dear Rozita...
Jika kau berpayung tp masih basah
mungkin sedihmu berlindung pd org yg salah...
Hepi Besday...Semoga dirahmati
Sanah Helwah aunty!mudah2an dimurahkan rezeki, berjaya dlm bidang yg diceburi
dan menjadi isteri dan ibu yang solehah,inshaallah.
Bagi saya hadiah tak penting,kehadhiran anak2 yg menyejukkan hati,en suami yg memahami dan kwn2 yg baik sudah memadai.Ini semua anugerah buat saya.
Tetiba En suami buat kejutan dgn mengajak keluar dan disuruh memilih h/bag yg disukai.Di belikan sebijik kek lagi..!Alhamdulillah...syukran...syukran..terasa diri dihargai pulak!!Terasa muda 30thn lak!!hihi
Semoga kebahagiaan yg saya terima ini berpanjangan hingga ke jannah..Inshaallah.
| Alhamdulillah...inilah hadiah yang saya dapat...:) |
Bukan nak menunjuk2 blogger sekelian tp sekadar berkongsi kegembiraan yg tak boleh dibeli dimana2 pasaraya..Inilah Baiti Jannati yg saya dambakan.Inshaallah..
Sekian,Wassalam!
01 January 2014
Manisnya Bila Breakfast Bersama...
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2014!
Alhamdulillah...Melangkah jua tahun baru 2014.Semoga permulaan yg manis2 ditahun baru ini.
Pepagi lg saya bersama en suami,si bongsu dan si abangnya ke Gombak semata2 hendak breakfst bersama si kakaknya.Risau jugak sebab hari ni dah masuk tahun baru 2014 kot spt yg digembar-gemburkan yg bayaran tol naik! Tp bila masuk je tol batu 9 dan tol batu 11...tetiba terima baki 10sen,rupanya dah dikurangkan 10sen..tak naik puun!!(atau sebab hari ini tahun baru je) hihi..Syukur,walau banyak sangat benda yg buat saya tension tp pagi ini boleh mengukir senyuman...moga manis selamanya!
| bersama puteri sulungku.. |
| hehe ^_^ |
UIAM....kami datang lagiii!!!Saya bawak bekal yg dibeli dekat kawasan perumahan je.bli kuih2 serimuka,golek bijan dan lepat pisang...nasi kerabu dan bihun...mkn kat cafe mahallah nusaibah.
Cam tak cukup jer!cam tak kenyang jer!saya beli lagi pavlova,betik,nenas dan kek batik.Seronok dapat makan ramai2 ni!Sebelum ini dah beberapa hari saya hilang selera makan.
| nasi kerabu dan kuih muih.. nyum sedapp ! :) |
| kek batik dan Pavlova |
Esok dah bukak sekolah..Rutin harian kembali normal.Moga segalanya menjadi permulaan yang manis buat kami,inshaallah...
Sekian,bertemu lagi dientry yg lain...Wasallam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

