.

30 October 2014

Aktiviti selepas PT3



 Bismillahirrahmanirrahiim....Salam khamis uolls!

     Budak-budak PT3 sudah selesai dari final examnya.Sekurang-kurangnya sudah
kurang debaran untuk menjawab peperiksaan cuma lebih berdebar lagi bila
saat-saat result PT3 nak diumumkan nanti.

karnival kerjaya di uitm shah alam

inilah rupa 3org sahabat setia...:)

   Semalam pengumuman diradio menyatakan talian online dibuka untuk lepasan
PT3  mengisi untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) bermula
1 dec-30dec...harap maklum!Cuma yang mendapat keputusan 6A keatas sahaja
yang layak memohon keasrama penuh.

berselfie jer bebudak sekarang..trend!!

ni je ler pic yg depa snap...huhu

     Antara aktiviti selepas PT3 sekolah Anakanda bongsu saya ialah
ke karnival kerjaya di UITM,Shah Alam.Best!!kata Anakanda bongsu..
tapi tak tahulah bahagian mana yang best tu...maybe bab berselfie la kot!!!hehe
Jumpa lagi,Wasallam...

 

   

27 October 2014

Proses menaiktaraf yang ditunggu-tunggu...



    Bismillahirrahmanirrahim...Salam sayang uolls!


     Entry terdahulu telah saya kongsikan pasal kuarters wealls yang masih
dalam penambahbaikan.

   Sudah empat bulan operasi menaiktaraf kuarters wealls dijalankan.Tapi
masih belum siap-siap lagi!

signboard ni baru je letak bila JKR nak melawat riteww...

  Bermula dengan mengecat empat blok dengan kaler hijau tua dan hijau muda.
memasang grill untuk semua tingkat kecuali sliding (tak pelik ke uolls),
membaiki kerosakan dalaman rumah,termasuk tukar tar (mozek) baru dan
menukar pagar baru yang memisahkan kuarters penjawat awam dengan
blok orang awam.

   Terkini semua pakir (garaj tempat letak kereta) akan dirobohkan
so diarahkan wealls mengosongkan tempat parkir itu.

Pekerja kontrak pula terdiri dari warga asing,kebanyakannya
dari Indonesia.Kekadang risau juga bila keluar rumah,
bimbangkan keselamatan dalam rumah.

   Teruja sesangat nak tengok macamana lah agaknya rupa kuarters wealls bila siap nanti.
Jumpa lagi uolls,Wasallam...

  

25 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436



    Bismillahirrahmanirrahiim...Salam awal Muharam uolls!


     Zulhijjah sudah pun pergi meninggalkan kita dan hari ini bermulalah
bulan baru,bulan pertama dalam tahun islam iaitu Muharam.

   Saya mengambil kesempatan menulis entry ini untuk memohon berbanyak
kemaafan jika saya ada tersilap dengan kalian semua.Kita mulakan
dengan membuka buku baru.


   Sebelum solat maghrib malam tadi,sempat saya bersama en suami dan anak-anak
membaca yaasin dan membaca doa akhir tahun.Selepas masuknya waktu
maghrib,kami membaca doa awal tahun pula.Dan diselitkan dengan doa-doa
untuk kesejahteraan ditahun baru islam ini.Indahnya bila dapat berjemaah
bersama anak-anak (kebetulan semua anak balik ke rumah).

   Harapnya ditahun baru islam ini memberi lebih banyak lagi rahmat dan keberkatan
buat kita semua,In Sha Allah...Jumpa lagi,Wasallam..

20 October 2014

Da'i (pendakwah milenia)



     Bismillahirrahmanirrahim...Salam sayang uolls!

      Program pendakwah muda yang disiarkan di tv3 cukup membanggakan dan menyentuh hati saya.
Uolls tengok ke tidak rancangan ni?Tapi Da'i musim ke2 ni sudah pun selesai malam jumaat lepas.
Pada yang menonton,tahniah diucapkan dan yang tak dapat menonton maybe kerana kesuntukan
masa bolehlah menonton di tonton.com.

   Dari awal lagi program ni ditayangkan,setiap malam jumaat amat ditunggu-tunggu.
(jangan salah paham lak uolls!).Walau beribu halangan datang tetap ku tepis
semata-mata nak menonton Da'i kegemaranku ini....hehe


   Farhan adalah calon Da'i yang ku rasakan akan menjadi juara dan memang
sangkaan ku tepat (ore kelate tuh!)...terpaksa menangguhkan pengajiannya
di Jordan semata-mata nak masuk Da'i pendakwah milenia ini.

   Setiap soalan spontan yang diberikan akan dijawab dengan tenang dan penuh dengan pengisian
yang berguna.Tapi,ketika minggu ke3 Farhan ditimpa ujian dengan masalah paru-parunya,
dia terpaksa menarik diri kerana terlantar dihospital sebegitu lama.

  Tapi kuasa Allah,bila kita ikhlas untuk berjuang kejalanNYA..semuanya dipermudahkan.
Akhirnya Farhan dapat berjuang kembali merebut piala pendakwah milenia.

  Antara soalan-soalan spontan kepada para Da'i ialah,

1) mula2 free hair,pastu berhijab tapi suka perli kawan2 yang tak berhijab lagi.
  Berikan pendapat.

2)seorang ibu dah menghantar ank belajar sampai keluar negara tapi bila ibu tengah
nazak,tiada seorang ank pun disisinya.Perlukan pandangan.

3)seorang artis bergantung rezeki dengan hasil lakonan dan nyanyian saja.Boleh ke tidak
digunakan duit hasil kerjanya itu untuk hantar mak dan ayahnya ke tanah suci.

4)upload gambar (berselfie) kat pesbuk tu haram.Betul ke tidak?

5)Bolehkah terima rasuah walau sedikit?

   Ketika Farhan diumumkan pemenang Da'i..ibunya sendiri yang menyampaikan trofi
dan ucapannya,Zaman Rasulullah nak berdakwah susah,berdarah2 kena baling batu
tapi sekarang berdakwah senang...dapat duit lagi.Jumpa lagi..Wasallam.

#kitasemuapendakwah.

18 October 2014

Berjimba-jimba di Putrajaya




   Bismillahirrahmanirrahim...Salam sayang uolls!!

    Kerinduan pada teman-teman semua menyebabkan saya keudara buat kesekian kalinya.
Sebenarnya banyak perkongsian nak dipaparkan diblog ini tapi
kekangan masa menghadkan segalanya,sekejap ada...sekejap hilang,sekejap
timbul...sekejap tenggelam!

cantik tak mural ni uolls?

ummi n puteri ke2

jinak kan burung tu uolls!!!hehe..

   Kita throw back semula ketika raya haji hari tu.Semua anak-anak dara balik ke rumah
so wealls pun buat plan nak kemana...nak balik kampung memang mustahil la!!
Cuti budak U tak sama dengan cuti budak sekolah..cuma dua hari je.

bagai pinang dibelah dua tak uolls?hehe..

puteri sulung n puteri bongsu

ummi n puteri sulung

  Wealls buat keputusan ke Putrajaya je la,tempat paling dekat.Dah nama pun raya haji,
mana ada restoran buka kalau kedai mamak tu ada la.Wealls apa lagi
berjimba-jimba la buat photoshoot sendiri..hehe

jangan jeles uolls!!!

puteri sulung...at taman botani,putrajaya

    Bila dah penat,wealls singgah kedai mamak dan lunch disana.Padahal dirumah sudah ada
makanan sempena raya haji,nasi beriani berlauk kurma daging dan ayam masak merah,
tapai pulut dan lemang berkuah kacang.Jiran sebelah pula bagi nasi dagang.

puteri ke2 at taman botani,putrajaya

xcukup korum ni..sorang lg tgh snap pic

merpati dua sejoli

si hero baru kebah dr demam denggi

kesian si hero..

  Raya haji wealls memang bermakna bila satu keluarga bersatu.Jumpa lagi..Wasallam!

03 October 2014

Demam pulak si Hero ku



    Bismillahirrahmanirrahiim...Salam Penghulu hari uolls!

     Sehari lagi kita akan menyambut hari raya Aidil Adha uolls.Ada ke yang balik kekampung?
Cuti pun tak panjang ditambah pula dengan kenaikan harga minyak..kampung yang
dekat terasa jauh!

   Hari ini dah 4 hari hero saya tak ke sekolah.Semalam baru bawa ke klinik Lawrence
(klinik swasta) bila tengok pelik je,setelah 3 hari demam baru bawa ke klinik.
Memang kena marah la kat doktor tu,sebab tak bawa awal-awal.

hero ku bersama heroinnya..hehe

  Suhu badan pun meningkat tinggi sangat sampai 39 darjah celcius tu!Mata pun
tak boleh nak buka sangat,kepala pening..Sebenarnya saya ingatkan demam biasa-biasa
saja,so macam biasa la bagi panadol,air kelapa dan 100plus..tapi macam tiada perubahan pulak.
Hero saya pun tak bercakap sangat cuma geleng dan angguk kepala saja.Ni yang
buat saya risau dan ambil keputusan bawa ke klinik.

heroku dihari anugerah cemerlang sekolahnya.

  Doktor cakap macam denggi je tapi tak berapa pasti.Banyak la ubat yang dapat antaranya panadol,
antibiotik,ubat sakit tekak dan pening kepala.Setelah makan ubat nampak sikit perubahan,
dah boleh bangun dan menonton tv.

heroku dikelilingi sang bunga

  Kawasan perumahan saya memang ada kes denggi,doakan hero saya sihat dan boleh
beraya ya uolls...Jumpa lagi,wasallam...

#Salam Aidil Adha Uolls.

01 October 2014

Banjir kilat di Pekan Kajang


     
      Bismillahirrahmanirrahim...Salam sayang uolls!

gini lah suasana banjir kilat dikajang

    Semalam berlaku banjir kilat dikawasan pekan Kajang.Walau hujan turun selama
sejam tapi seluruh kawasan dekat pasar Kajang ditenggelami air.

jln besar ke pasar kajang

   Sebenarnya ini bukan kali pertama berlaku sedemikian.Banjir kilat makin kerap
berlaku mungkin disebabkan banyak sangat pembangunan disekitar pekan Kajang.
Atau pun disebabkan sistem perparitan yang tidak lancar.

kenapakah terjadi begini?

dalam jugak ni

   Sekarang ni bila nak ke Kajang,kena berhati2...bila hujan lebat cepat-cepat beredar
supaya kereta kita tidak ditenggelami air.Jumpa lagi uolls...Wasallam!