.

12 November 2014

WW : Keris dan Rehal Quran




    Bismillahirrahmanirrahim..

    Dah lama keluar masuk UIAM gombak hantar dan ambil puteri tersayang.
Tak perasan pula round about nak masuk kat situ dah berubah wajah.
Selama ini dilitupi dengan signboard je,rupanya tengah buat yang baru.

snap dari jarak dekat

dari jarak jauh

   Yang dulu replika batu bersurat,siap ada air pancur lagi.
Tapi yang baru ini lebih islamic lagi ada keris tertusuk ditengah-tengah
dan dikelilingi rehal al-quran gitu.Diserikan lagi dengan air pancur
disekelilingnya.

   Bukan mudah nak snap pic ni sebab ini jalan masuk yang utama.
Tiap kali lalu bila snap je....kosong...kosong!so gambar yang dapat ni
dikira bertuah la walau senget benget jadinya...Wallahuaklam!

11 November 2014

Pemergian yang tiada kembali lagi




       Bismillahirrahmanirrahim....



        Tarikh keramat pada hari ini 11.11.11,masih dalam ingatan ku.
Kembalinya Ayahanda tersayang kerahmatullah pada pagi yang hening bersamaan
hari jumaat.

   Hari ini genaplah tiga tahun kembalinya arwah kesana.Anakanda di sini
tetap mendoakan semoga arwah tergolong bersama orang-orang yang beriman dan
para soleh dan solehah...Wallahuaklam.

10 November 2014

Rezeki dariNYA



     Bismillahirrahmanirrahim....



    Syukur Alhamdulillah ku panjatkan pada yang Esa kerana melimpahkan
rezeki lagi dihujung tahun.

  Hari ini acara pemakaian penerimaan pingat di Maktab Penjara.
So, nak tempek gambar pingat la sikit kat sini...:)

gold kaler gitu..

pingat pekerti penjara

   PPP (pingat pekerti penjara),itulah nama pingat yang en suami tersayang
terima tahun ini.Ini merupakan pingat ke4 yang diterima selama 25 tahun berkhidmat
dengan penjara.In Sha Allah,ditahun depan bertambah lagi...Wallahuaklam!

 

08 November 2014

Alahai Asyura..!



      Bismillahirrahmanirrahim...

      Setahun sekali baru berjumpa dengan bubur Asyura.Bertepatan pula dengan
bulan Muharam setiap tahun tempat kerja en suami selalu mengacau bubur Asyura.
Tapi tak pernah pula dapat saya merasa sebab katanya dah habis awal lagi.

   Kali ni bertuah sebab dapat merasa bubur Asyura.Banyak pula tu!
Yang ini 'kelate' punya resepi...bersama rempah ratusnya,jagung dan daging
pun banyak.Bila makan....panas oiii!!

my pebret ni..

  Hero tunggal saya pula tak suka benda ni.Rugi besar tu..!Tahun hadapan mungkinkah
saya dapat merasa lagi Asyura satu-satunya 'pebret' saya sejak remaja lagi ni?
Teringat pula masa dikampung dahulu,bapa saudara saya suka mengacau asyura ni.
Setiap tahun sesiapa yang nak makan asyura ni bolehlah bawa serba sedikit barang
dapur seperti minyak masak,gula,daging atau diberi sumbangan berupa keewangan.

  Meriah sangat kejiranan dikampung.Semua bantu membantu.Ada bubur yang cair
sebelum kering pun sangat sedap dimakan.Tapi bila arwah bapa saudara saya itu
meninggal dunia,sudah tiada lagi tradisi tersebut dikampung.Semoga arwah ayah nor tenang disana...Wallahuaklam!

07 November 2014

Hadiah dihujung tahun




      Bismillahirrahmanirrahiim....Salam Jumaat penuh barokah uolls!


     Semalam sempena hari Penjara,en suami dimaklumkan dapat pingat pekerti penjara
(PPP).Tersenarai dalam top five katanya..Alhamdulillah!Ramai juga yang terima
pingat sempena hari penjara tahun ini.


   Rancangan wanita hari ini (WHI) yang disiarkan melalui tv3 pun menerima pingat
melalui slot 'mesej dari penjara'.Syabas dan tahniah buat semua penerima pingat.


   Hari ini pula puteri bongsu membawa balik hadiah dari sekolah.Menurutnya
dapat hadiah memasak kerabu mangga anjuran kelab (khb) kemahiran hidup bersepadu.
Mendapat tempat ke2 bersama seorang lagi kawannya.

dlm tupperware tu ada keychain rupiah..lupa nak snap pic

   Tahniah lah buat puteri ku itu...walau tak pernah masak dirumah pun tetap menang
dan dapat tempat ke2 lagi tu!Jumpa lagi dilain waktu...Wasallam.

   

  

06 November 2014

Saling ingat mengingati




      Bismillahirrahmanirrahim...




      


     

03 November 2014

Jom ke Zoo Negara



    Bismillahirrahmanirrahiim....Salam sayang uolls!


      Weekend lepas kedua-dua puteri ku tak pulang.Puteri sulung sibuk dengan kuliah
dan examnya yang hampir setiap minggu dan Puteri ke2 pula sibuk dengan
final exam semester 1 (tahun ke2).

   Ketika Puteri bongsu sedang berwhatsApp dengan kakak-kakaknya,
tetiba banyak pula gambar haiwan-haiwan dihantarnya.Rupanya
Puteri sulung ke zoo negara bersama 5orang kawannya.

   Dalam pada sibuk dengan exam sempat juga melayan haiwan-haiwan
dizoo negara uolls!Bersangka baik je la,maybe nak lari dari tension 
exam dan assignment yang menimbun gituu...Apa-apa pun jom  ke Zoo Negara uolls!
Layan gambar-gambar dari oppo phone..,macam cantik jer...macam comeii jer!!

sitinggi lampai...en zirafah namanya!

omputih ckp manusia berasal dr haiwan ni...hehe

penat nmpak si harimau selatan ni!kiki..

ni burung bangau ke burung hijrah uolls?

rimau pun pandai berenang uolls

posing habis-habisan tu!

si kura-kura

eh dok berlawan ke tu seladang ni?

agaknya apa haiwan ada kat cni uolls?

si badak baru lepas berendam

 si anjing laut...selalu buat persembahan utk pengunjung zoo

si rama-rama daun...unik kan uolls!

si rama-rama sdg menghisap madu..

   Jumpa lagi...Wasallam!