.

31 December 2013

311213

                                   
                                   Bismillahirrahmanirrahim.

       Assalamualaikum dan salam semanis kurma.
Hari terakhir bg tahun 2013...Tadaa!....tetiba anknda bongsu buat kejutan dgn memasak nasi goreng utk breakfast...!!komen ummi,sodapp!!!hihi..
 
sodap!!

      Hari ini ankndaku Alif Syaukani ke sekolah dgn siap beruniform utk mengambil buku teks form 4 seperti yg dijadualkan pihak sekolah.Welcome back to school Alif..setelah bekerja dua bulan sementara cuti sekolah.

    Di sini nak share gambar2 jahitan manik yg saya cipta sendiri...seronok dapat jahit manik.Enjoy gitu!!
Nak ajar kat sini tak berapa pandai sangat guna teknologi I.T ni...!huhu..

cantik tak?

macam cantik jer..macam comel jer..


    Banyak sungguh kisah suka duka,pahit manis yg ditempuh tahun 2013 ini..Si penglipurlara ini sekadar bercerita.Mohon salah silap dimaafkan.Esok dah nak melangkah ketahun depan(tahun baru) dgn harapan yg baru...In sha Allah

   Sekian,Wasallam!

30 December 2013

Perancangan Allah Lebih Baik...

   
                                  Bismillahhirrahmanirrahim.

         Assalamualaikum dan salam sayang.

   Isnin yg muram dan suram.Tak de angin...tak de ribut tetiba terima sms dr anknda tersayang yg study di politeknik shah alam,mengatakan nak berhenti dari studynya.Perasaan saya waktu terima sms tu semacam nak jatuh je jantung...kecewa,marah,geram,tidak puashati dan bla...bla....bla...!!!!

    Tidak disangka semua yg dirancang jd begini,betullah kata org manusia hanya merancang tapi Tuhan yg menentukan.Mungkinkah kerana masalah keewangan?PTPTN dah dapat..atau mmg betul ke dah tak boleh bawak study dlm bidang pemasaran tu?tp semester 1 boleh aje berjaya...siap dpt result tinggi lg pointer 3.70 tu! Dapat anugerah AKJ(anugerah ketua jabatan lagii!) Atau mungkinkah kerana ramai kawan2 dah berhenti belajar so terpengaruh la ni!Mungkinkah kami parents yg bersalah kerana memaksa padahal dr awal2 lg anknda saya ini tak nak sambung study.



    Sebelum anknda saya membuat keputusan,kami (saya dan en suami) menyarankan supaya buat solat isytiqarah 3mlm...Apa pun keputusannya nanti kami Redha.

    Semuanya akan tinggal kenangan,satu semester dah berjaya dilalui tp nampaknya semester ke2 hanya angan-angan....Inshaallah,perancangan Allah lebih baik.



    Sekian,Wassalam!



29 December 2013

Kembali Sunyi...

                    
                                 Bismillahirrahmanirrahim.
       
       Assalamualaikum...Hari minggu yg cukup panas.Saya terpaksa memakai pelindung mata (spek mata hitam) utk melindungi mata saya dari silau mentari sbb mata saya alah dgn silau,nanti mula la kepala jadi pening!huhu...

     Hari ini saya ke Shah Alam hantar anknda ke2,Anis Syafiqah yg menuntut di Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz Syah,Shah Alam.Anaknda saya ni bercuti semester seminggu.Terubat sikit kerinduan walaupun anknda sulung tak dapat balik.Anis dah tinggal dirumah sewa sekarang.Mulanya 8org yg tinggal bersama dirumah sewa tapi sekarang dah tinggal 4org.4org lagi dah lari keluar senyap2..camtu ke?Kesian pulak pd yg tinggal sbb kena bayar sewa rumah berganda la!masalah...masalah!!!Kondominium depa betul2 depan pasaraya giant shah alam,bersebelahan stadium shah alam.Menyewa ditingkat 4.

    Harapan saya moga ditahun baru yg dua hari lagi ni,memberi sinar yg gemerlapan buat anknda2 tercinta.Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati.Berjumpa lagi di entry yg baru...

    Sekian,Wassalam!

    

28 December 2013

Macam-Macam...!!!

                       Bismillahirrahmanirrahim.
       Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.Hari ni mcm biasa rutin hujung minggu bersama en suami adalah aktiviti berjoging.Pagi tadi jugak terkantoi bila en suami tetiba dah tahu tentang blog saya,yg selama ini saya rahsiakan.Tapi en suami tak de pulak cakap apa2!Orang tua2 ckp kalau diam tu tandanya setuju...maknanya boleh teruskan kot!!!hihi

      Kisahnya malam tadi dikunjungi anak sedara(sebelah en suami).Zawahir ni baru aje bertunang awal bulan 12 aritu.Dia datang bersama abangnya.Depa datang untuk berubat dengan bapa sedaranya(en suami).Katanya sudah keklinik tapi demam masih tak kebah2.Wahir terpaksa berhenti kerja kerana dah tak tahan asyik sakit je.Dia dah habis belajar kat uitm shah alam dan dah bekerja dekat cyber jaya.Kesian jugak bila tengok keadaan wahir mlm tadi sampai nak lumpuh jadinya.En suami pun bukanlah tok bomoh tapi cuma berusaha dan berikhtiar aje,yg menyembuhkannya kita serah padaNYA.Syukur selepas berubat,wahir boleh berjalan semula.Kita tak boleh nak nafikan kewujudan makhluk lain selain manusia dimukabumi ni.

       Beralih pula citer handfone saya yg sering hilang kreditnya bila terima mesej bergambar.Lupa pulak nombornya..rasanya bermula dengan no 8366...Asal terima aje mesej bergambar tu walau kita tak melanggan,tahu2 kredit kita dah diambilnya!pelik sungguh!!Sekali ambik sampai rm2.Berhati-hati la blogger semua.

    Saya harap blogger2 sekelian sudi2 la membaca entry saya yg merangkap diari harian saya ini.Terima kasih pd yg setia membaca.Tanpa kalian siapalah saya.

    Sekian...Wassalam!

27 December 2013

Kuih Bingka Roti

                       Bismillahirrahmanirrahim.
       Assalamualaikum dan salam penghulu hari....hayati dan hargailah hari istimewa ini.Banyakkan berdoa dan bersedekah.Pagi ni saya nak kongsi satu lagi resepi mudah iaitu kuih bingka roti(mcm bingka gandum gak cuma tambah roti je).


   Bahan-bahannya..
Santan 4 cwn(senang ckit guna sukatan cwn ni)
Roti satu bungkus yg kecik punya
Gula satu cwn
telur satu biji
sedikit garam
gandum satu cwn

    Cara-caranya..

Semua bahan2 diatas diblender,sapu majerin dan tepung pd dulang dan tuangkan bahan2 yg dikisar kedlmnya dan dibakar.selama sejam,suhu 160.
Selamat mencuba!

   Rasulullah s.a.w. berkata pd puteri kesayangannya "Wahai Fatimah,kelebihan wanita yg mengeluarkan peluh ketika masak utk suami dan ank2nya,Allah akan bina parit antara dirinya dgn neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dgnnya adalah sejauh langit dgn bumi.(Abu Hurairah R.A)

   Semoga hadis ini menjadi pedoman buat kita para isteri semua,Sekian Wasallam!

26 December 2013

Fenomena Sakit Kepala...




            Bismillahirrahmanirrahim.
     Assalamualaikum....Semoga blogger2 dirahmati  hendaknya.

    Hari ini pepagi lagi dah ada tanda2 yg saya akan diserang sakit kepala lagi.Walaupun begitu,sempat saya menyiapkan breakfast nasi goreng buat anak2 tersayang.
   Saya tertanya2 jugak kenapa saya sering diganggu sakit kepala yg berdenyut2 ni.Mungkin saya kurang minum air(sepatutnya 8gelas sehari),tidak cukup tidurkah saya,lama sangat mengadap laptopkah atau ada penyakit yg nak bertandang?Nauzubillah!Tapi..kalau menjahit tak pulak sakit kepala malahan boleh 'enjoy' lagi sebab bila start je menjahit,susah nak stop!hihi..

   Tengahari sempat lagi masak mee kari tu!Padahal denyut kat kepala semakin kuat tu...agaknya sebab dah terbiasa kot!Sempat keluar setel bil2,bayar kereta dan maxis(walau baru bayar tp tetap slow!). lagi tu..
After this sempat ke Mydin lagi utk shopping2!and sempat lagi singgah ke PPAS(perbadanan perpustakaan
awam Selangor) utk menambah ilmu didada.(banyak sungguh istilah sempat digunakan).

  Sebenarnya sekarang ni pun kepala masih berdenyut tp semangat punya pasal,teruskan jugak..walaupun berbekalkan minyak cap kapak yg ku sapu.Kalau boleh tak nak makan ubat tp jadi macam ni la,lambat nak hilang denyutnya.Kalau asyik bergantung dgn ubat je bahaya jugak utk jangka masa panjang.Tp malam ini nampaknya saya kalah jugak sebab dah rasa seram sejuk je..Terpaksa ambil ubat jugak nampaknya!

    Sebelum saya telan ubat dan berehat,doa2kan saya sihat lagi blogger2 semua.Orang kata setiap sakit Allah nak bersihkan kita dari dosa2 kecil..inshaallah.


   Sekian,Wasallam!

25 December 2013

Heroes And Friends

              Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi teman2 blogger tersayang.
Hari ini hari cuti sempena hari krismas.Tp saya tak kemana2 sebab En suami merangkap drebar saya bekerja hari ni.Maklum en suami saya bukan kerja pejabat or guru,cuti depa ikut giliran...kalau semua nak cuti agaknya apa jadi pd banduan2 dlm penjara tu..kebuluran dan mogok la kot!!hihi...
    Saya salah seorang pelanggan tegar pasaraya Tesco.Setiap kali nak shopping bahan basah or barang2 dapur disinilah tempatnya..bukan la tak pergi kepasaraya lain!kita pengguna kena bijak membuat pilihan..tak gitu,teman2 blogger semua?hiii..
       Sejak 29hb oct 2013-19jan 2014,tesco dah mula memperkenalkan macam mana nak dptkan heroes2nya.Setiap pembelian rm50 dpatlah satu sticker dan kena cukup 10 sticker utk mendapatkan satu figurine.Saya sempat dapat dua figurine  yg bernama mike dan iron man.Heroes2 ni bukan sekadar kartun je tapi ada pen didalamnya..Alang2 mengumpul biar dapat tengok hasilnya..hihi
   .Maybe ini salah satu cara marketing tesco utk menarik ramai pelanggan selain dari memberi baucar tunai dan diskaun keatas pembelian brg2 terpilih.Semoga sudi-sudilah teman2 blogger membaca entry saya yg tak seberapa ini.

Ironman and Mike

kena penuhkan 10 sticker ni, baru dapat 1 figurine pen.

     Sekian,wassalam!