.

05 April 2014

Gara-gara air tak mencukupi..



    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam berhujung minggu semua!

     Dah jadi cam bermusim pulak..sekarang tengah hot kisah catuan bekalan air.
Catuan air baru je bermula semalam dikawasan perumahanku tapi umpama
sudah sebulan rasanya..!!Pagi tadi semua rumah dikediamanku dari tingkat bawah 
sampai tingkat 4,tidak kelihatan pun kain baju dijemuran..sedangkan saya dengan bangga dan rajinnya
pagi-pagi lagi dah sidai kain dibalcony rumah..terlupa pulak yang hari ini
tiada air..! (faktor usia kot)..... akibatnya air tangki kering....!!!

bekas simpan air ni dpt diskaun 30%..

   Sudahnya nak mandi pun tak lepas..inikan pulak nak masak.Wealls terima info yang kat
masjid penjara ada bekalan air so kesanalah wealls..dah daruratkan,mandi je ler..
Oleh kerana air takungan pun tak mencukupi jadi wealls terpaksa ler beli 2bijik lagi
tong untuk isi air nanti..Wealls belajar dari kesilapan,harap-harap tak berulang lagi..


sedapnya nasi kerabu ni...tp skrg sumer dah terbatas..mood msk pun dah lari..!

   Uolls jangan jadi cam wealls tau!Jom layan nasi ulam or nasi kerabu ni...Wasallam!

04 April 2014

Ada Hikmah tersembunyi...



    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Jumaat Penghulu Hari Teman2!

     Petang semalam baru hantar Puteri ke2 balik Politeknik Shah Alam,setelah cuti
study week seminggu..Hari ini,Puteri Sulong pulak nak balik kerumah..jumpa
kat wechat dan watsup je ler Uolls..


beginilah gambaran kesesakan jalanraya..dari siang smpai malam

meredah banjir kilat lg...hujan lebat semalam

    Petang semalam balik dari hantar Puteri ke2,wealls terperangkap teruk dengan jem..(makan 
dengan roti sedap).Teringat pulak masa balik kampung nak beraya..sampai berbelas jam
dalam kereta,subuh baru sampai kampung..tapi solat raya tak miss tau uolls..!
Dari pukul 3 petang bertolak,selalunya dua jam je tapi pukul 9 mlm baru sampai rumah..
cuba kira Uolls,berapa jam tu..?Lupa pulak..semalam hari bekerja,sebab itu le jem teruk..

selalunya bil air umhku free je..

   Hari ni pulak giliran perumahan wealls kena catuan bekalan air.Tepat pukul 11pagi tadi catuan dah bermula..In Sha Allah,moga semua urusan dipermudahkan...Orang kata doa dihari Jumaat,Sayyidul Ayyam ni berkat...Bila semua ini berlaku
wealls akan lebih menghargai air,yang mungkin selama ini banyak buat pembaziran..Wallahuaklam!

mahal dari biasa...bekas simpanan air

    Dalam menghadapi masalah catuan air ni,ada pulak pihak2 yang ambil kesempatan
menaikkan harga bekas simpanan air.Waima,air mineral dalam botol yang dijual pun
sudah dinaikkan harga..MasyaAllah!


apa nama kuih ni Uolls..?

  Itu saja perkongsian kali ini...Sebelum tu layan gambar kuih ni dulu...Wasallam!

03 April 2014

Boleh percaya ke tidak..??



      Bismillahirrahmanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

      Alahai...Catuan bekalan air sudah sampai kekawasan perumahan wealls..!
Nama Desa Mutiara tercatat dalam jadual catuan bekalan air..jumaat dan sabtu ni...
Mulanya sampai bulan 3 je catuan tu tapi dilanjutkan lagi sampai bulan 4 pulak..
Harap2 tidak berpanjangan...


mula2 kita kena pilih pasaraya mana yg nak..kalau dpt semua pun xpe!hehe

    Teman2 pernah ke tidak terima ucapan tahniah semacam saya terima ni?
Pagi tadi tetiba je keluar ucapan tahniah ni kat internet..Mulanya saya layan je,
isi apa yang patut..macam orang nak mohon kerja pulak gayanya!!Tapi dalam hati
tertanya-tanya,apalah nak jadi gamaknya!


agak2 bleh percaya ke tak ni,Uolls??

   Bila sudah isi semuanya ,keluar macam ni pulak..Kekadang terfikir jugak,betul ke ni?
harap2 betul la..tak sabarnya nak shopping dengan duit sebanyak itu?Terkadang kebimbangan
menguasai diri,maklum la penipuan banyak kat internet sekarang.Nauzubillah..!


buat hiburan mata..

  Sebelum tu layan langsir yang cantik ni dulu...Sekian,Wasallam!


   

02 April 2014

Sihat Cara Rasulullah




   Bismillahirrahmanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

   

 Renung-renungkan...Selamat beramal!

01 April 2014

Window Shopping at Mydin mall..



    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

      Bersiaran lewat hari ni..Puteri ke2 ku,Anis Syafiqah tiba2 balik rumah petang semalam
dari Politeknik Shah Alam..katanya cuti study week..bersilih ganti pula dengan Puteri Sulongku,
sorang pergi,sorang balik..hari raya je la dapat kami berkumpul sekeluarga..


suasana mydin taman anggerik perdana

   Semalam hari pembukaan Mydin mall kat Semenyih.Kedudukannya berdekatan hospital semenyih.
Tapi mydin ni terletak dalam kawasan taman Anggerik perdana..cantik nama tu..!
Sempat la wealls kesana untuk survey2 harga..maklum zaman semua barang mahal!


kuey tiaw 10sen satu...hehe

  Bangunan baru ni lebih besar dari kat Kajang punya,siap ada eskalator lagi..barang basah 
pun ada.Tapi,majoriti cashier mydin semua bangsa India dan Bangladesh.Berbelit sikit
bila nak berkomunikasi..agaknya memang tu trademark mydin,bangsa dia diberi keutamaan bekerja..


guna kad ni bleh kumpul points dan dpt diskaun

  Sempat buat kad meriah bila nampak panjang orang berbaris,rupanya buat kad free cuma beli
baucar rm5..FREE uolls,kat dunia ni orang tak tolak punya..tapi kena renew le tetiap tahun,ni yang malas
sikit..Puteri bongsu sempat beli beg tapi tak sempat snap pic,dah bawak kesekolah hari ini..
Kalau nak kira dah banyak buat kad,antaranya kad tesco,avon,shell,petronas..macam kad kredit pulak!!

   Sebelum mengundur diri,jom layan gambar ini...


agar2 santan gula melaka...emmm!
Sekian,Wasallam!

30 March 2014

Nostalgia makan buah2 pelik




    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Teman2!

     Sekolah dah bermula esok,Puteri tersayang pun dah balik ke IPTA  petang tadi..kembali
sunyi dan sepi ler rumahku.Baru berpisah sekejap dah mula rindu merindui..tiba2 boleh pulak
terlayan perasaan nak makan buah-buah pelik ni..!!tapi kalau kat kampung mungkin ada lagi,
dah berhijrah kebandar ni semuanya susah nak dapatkan.

   Uolls pernah tak makan or dengar nama2 seperti buah kemunting,buah katak puru,
buah jambu pala payung,buah serai kayu,buah keriat dan buah sentul dan setia.
Nama2 buah ni yang saya suka makan waktu kecil2 dulu.Ada tak lagi buah yang namanya
pelik yang teman2 suka makan masa kecik2 dulu?

  Zaman dah maju sekarang so saya buat carian google gambar2 buah-buah yang saya suka dulu..
rupanya sebijik sama Uolls...!!Meh kita tengok gambar buah2 pelik tu..


buah kemunting

buah jambu pala payung

buah serai kayu..pucuknya sedap buat ulam

buah keriat..masam!

buah katak puru...masam manis

buah sentul tp buah setia xjumpa cari...sama kot!

   Sampai sini dulu...jumpa dilain entry..Sekian,Wasallam!

Majlis menyambut menantu dan Ayam bakar bermadu kasih



   Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman2!

    Khamis lepas hari menyambut menantu kat rumah kakak iparku di kampung.
Sesuai ler dengan tajuk diatas rasanya kalau saya tempek gambar2 anak sedaraku
kawin hari tu..Majlis menyambut menantu yang 'grand' gitu...Jom layan gambar..


suasana majlis menyambut menantu


rumah baru kakak iparku..


menantu bertandang kerumah mertua


majlis yg grand gitu..

   Kali ni nak berkongsi resepi seperti tajuk diatas..Saya ambil dari pesbuk..
maklum bab-bab menyalin resepi ni suka sangat tapi nak buatnya...entah bila!!
Rsepi ni pun simple dan mudah sangat..Jom tengok bahan2nya..

Bahan..

Ayam (1 quater)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 ulas bwg putih
3 hirisan halia
2 sudu besar cili kering

Caranya...

Gaulkan semua bahan perapan dgn ayam yg telah dibersihkan.
Perap selama mana yg disukai.Lagi lama lagi sedap.
Bakar dan hidang...Selamat Mencuba!!


anak2 punya pevret ni..

   Teman2 jangan salah paham pulak bab tajuk tu..saya ambil kat pesbuk dari resepi Ummi,
dah memang tertulis tajuk semacam itu..bukan saya pandai2 buat tajuk tu tau..!!
Sekian,Wasallam!