Bismillahirrahmanirrahim...Salam sayang uolls!
Program pendakwah muda yang disiarkan di tv3 cukup membanggakan dan menyentuh hati saya.
Uolls tengok ke tidak rancangan ni?Tapi Da'i musim ke2 ni sudah pun selesai malam jumaat lepas.
Pada yang menonton,tahniah diucapkan dan yang tak dapat menonton maybe kerana kesuntukan
masa bolehlah menonton di tonton.com.
Dari awal lagi program ni ditayangkan,setiap malam jumaat amat ditunggu-tunggu.
(jangan salah paham lak uolls!).Walau beribu halangan datang tetap ku tepis
semata-mata nak menonton Da'i kegemaranku ini....hehe
Farhan adalah calon Da'i yang ku rasakan akan menjadi juara dan memang
sangkaan ku tepat (ore kelate tuh!)...terpaksa menangguhkan pengajiannya
di Jordan semata-mata nak masuk Da'i pendakwah milenia ini.
Setiap soalan spontan yang diberikan akan dijawab dengan tenang dan penuh dengan pengisian
yang berguna.Tapi,ketika minggu ke3 Farhan ditimpa ujian dengan masalah paru-parunya,
dia terpaksa menarik diri kerana terlantar dihospital sebegitu lama.
Tapi kuasa Allah,bila kita ikhlas untuk berjuang kejalanNYA..semuanya dipermudahkan.
Akhirnya Farhan dapat berjuang kembali merebut piala pendakwah milenia.
Antara soalan-soalan spontan kepada para Da'i ialah,
1) mula2 free hair,pastu berhijab tapi suka perli kawan2 yang tak berhijab lagi.
Berikan pendapat.
2)seorang ibu dah menghantar ank belajar sampai keluar negara tapi bila ibu tengah
nazak,tiada seorang ank pun disisinya.Perlukan pandangan.
3)seorang artis bergantung rezeki dengan hasil lakonan dan nyanyian saja.Boleh ke tidak
digunakan duit hasil kerjanya itu untuk hantar mak dan ayahnya ke tanah suci.
4)upload gambar (berselfie) kat pesbuk tu haram.Betul ke tidak?
5)Bolehkah terima rasuah walau sedikit?
Ketika Farhan diumumkan pemenang Da'i..ibunya sendiri yang menyampaikan trofi
dan ucapannya,Zaman Rasulullah nak berdakwah susah,berdarah2 kena baling batu
tapi sekarang berdakwah senang...dapat duit lagi.Jumpa lagi..Wasallam.
#kitasemuapendakwah.