Bismillahirrahmanirrahim...Salam Ramadan uolls!
Keudara kali ni sekadar nak berkongsi cerita pendek bertajuk,'pemandu teksi yang stress'.
Sedang pemandu teksi membawa penumpang untuk ke destinasi tiba-tiba,penumpangnya
pengsan didalam teksinya.Terpaksalah pemandu itu membawa penumpangnya ke hospital.
Stress jadinya pemandu itu!
Cerita dihospital pula...doktor mengucapkan tahniah pada pemandu teksi itu kerana bakal
menjadi ayah kepada anak yang dikandung oleh penumpangnya yang disangkakan
isteri pemandu itu.Bertambah stress lagi pemandu itu!Tapi apabila penumpang teksi itu
mengaku pula yang pemandu itu adalah suaminya,bertambah-tambah stress lagi pemandu itu...
Dalam pada masa yang sama dilakukan ujian DNA didapati pemandu teksi tersebut
rupa-rupanya mandul sejak kecil lagi.Umpama sudah jatuh ditimpa tangga lah pemandu teksi itu.
Jadi anak yang dikandung oleh penumpangnya itu sudah terbukti bukan anak beliau.
Dah setel satu kes tapi tetap stress sebab baru tahu yang empunya diri mandul.
Masih lagi bertambah-tambah stress bila teringat pulak anak-anak yang tiga orang dirumah.
Adakah isterinya berlaku curang..?Dimarahi pulak isteri dirumah,akhirnya isteri pemandu itu
membawa suaminya ke hospital.Setelah diperiksa doktor didapati suaminya(pemandu)
mengidap penyakit lupa bahawa beliau sebenarnya kahwin dengan janda anak tiga.
Begitulah ceritanya uolls!cerita ini di sampaikan oleh si abang malam tadi ketika
berbuka puasa.....:)Agaknya cerita ini dikategorikan dalam cerita yang macamana ek..?
Apa pengajaran yang uolls dapat dari cerita ini?Kongsikan bersama...Jumpa lagi,wasallam..


Haha. Kelakar kisah ni.
ReplyDeleteJadi pengajarannya ialah kita janganlah mudah tertekan jika berhadapan dengan masalah. Baru dapat fikir dengan waras.
Oooo..kategori lawak la ya AN?
DeleteBetul tu AN,kena bijak tangani stress..
hahaha. kelakar tapi kesian pon ada. bila seseorang dlm tertekan dia x dpt berpikir dgn waras. renung2 kan.
ReplyDeletehehe,,,cik su sama2 kita renung2kan..
ReplyDelete