.

06 August 2014

Sakit pulak hatinya!



    Bismillahirrahmanirrahiim...Salam Syawal uolls!

    Lamanya tak menulis...rindu la kat uolls!!hehe...
Kali ni nak bercerita kisah Anakanda sulung tersayang.

  Buat pengetahuan uolls,Puteri sulung saya ni bercuti semester dari pengajian kat UIAM,Gombak.
Biasa la bila cuti panjang ni (3 bulan),kerja la sementara bagi memenuhi masa lapang moga 
tak terisi dengan benda2 yang tak ada faedahnya dan at least dapat jugak cari duit untuk 
pengajian akan datang.

   Kali ni Puteri ku bekerja di kopitiam dekat metro points.Time cuti semester dulu pernah
bekerja di butik De Alfa (butik pakaian),dekat metro kajang.Katanya kali ni nak
cuba kerja bidang makanan pulak.

   Biasa la bila dah kerja kat kedai makan,bila custamor keluar maka Puteri saya ni
buat la kerja macam biasa...mengelap meja makan!Kisahnya bermula bila
sedang puteri saya mengelap meja,ada la custamor lain bersama anak2nya
sedang makan selang dua buah meja dari meja yang puteri saya sedang lap tu.

  Custamor tu sempat cakap kat anak-anaknya..."dik,tengok tu jangan jadi cam akak tu..
malas belajar la tu,itu pasal kerja camtu jer..".....Bila puteri saya mendengarnya,bengkek je hatinya..
rasa macam kecik je custamor tu!tapi puteri saya senyum je kat custamor tu......
Agaknya kalau berlaku situasi cenggini pada uolls,apa yang uolls akan buat ek?

ummi berselfie ngan puteri sulung...

  Saya pernah melihat seorang budak kecil membantu maknya digerai tepi pantai (pcb)..
tapi saya suruh anak-anak lihat bagaimana susahnya mereka sampai terpaksa bekerja
walaupun masih belajar lagi.Anak-anak sanggup membantu mak ayahnya.
Rupanya pandangan kita berbeza.Jumpa lagi uolls,Wasallam...

8 comments:

  1. Hihi buat donno je.pandangan setiap org berbeza.

    ReplyDelete
  2. Sakitnya hati kita... gamaknya mulut xder insuran kot..

    Anak sypn suka bekerja jika punyai cuti yg pnjg..

    ReplyDelete
  3. customer ada macam mcam kak
    saya pon pernah kja fast food
    betul tu pndangan stiap org berbeza.
    jgn nilai luaran sahaja.

    kja sebegitu pon dipandang enteng padahal halal dan sikap utk bekrja ttp ada. pedulik apa yg org lain x tahu.

    ReplyDelete
  4. Eh..saya tak komwn hari tu ke..dah baca pasal ni dulu.. sian anak akak hari tu.. kena tabah ya.. manusia ni pwlbagai. Jenia yg rasa diri hebat dan orang lain tak setanding ni jenia yang paling payah nak berbaik rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..mcm2 la AN ni!time puteri akak keja kat butik pakaian de alfa dlu pun byk kerenah custamor..siap tanya masih stdy ke,bila puteri akak speaking ckit baru nak sembang lebih2..!!!

      Delete

❤ Komen anda saya hargai ❤