.

15 February 2014

Jom Jahit Manik!



     Bismillahirrahmanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Berhujung Minggu Teman2!

   Seronok ler teman-teman...Hari ni hari cuti boleh  jalan-jalan makan angin bersama 'family' tersayang!
Anak-anak saya semua sekolah ganti hari ini.En asben pun kerja.Anakanda2 saya dekat IPTA pun tak balik minggu ni.So,tak kememana hari ni...boleh la jahit manik.


cantik tak manik-manik ni?

mulanya nak jahit kat tdung ni,manik-manik tu...tapi..

tetiba TERJAHIT dekat tudung ni pulak!hihi..
 

    Anakanda bongsu pun dah lama suruh jahit manik kat tangan baju,tapi disebabkan Umminya sibuk je tak sempat lagi nak jahit.


baju anakanda bongsu dlm proses cabut manik


manik dijahit ditangan baju..

   Itu saja perkongsian hari ini,Sekian...Wasallam!

14 February 2014

TerimaKasih Celcom!



         Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Jumaat Teman2 tersayang!

      Masih lagi dalam kepanasan akibat kemarau berpanjangan.Walau semalam hujan turun sekejap
tapi masih tak mampu menakung air di empangan.Doakan semoga semuanya berakhir dan kembali 
seperti sediakala,In Sha Allah..

     Minggu ni banyak betul kejutan Tahniah yang saya terima.Mula2 celcom offer saya top up rm10 dari tarikh
9-11 feb kerana kata celcom saya adalah pelanggannya yg setia,sudah 6tahun guna celcom...tiba-tiba saya dikejutkan dengan tempoh sah kredit EXTRA selama 25 hari.Rezeki jangan ditolak!hii..


tempoh kredit panggilan EXTRA SAMPAI 25 hari


    Satu lagi yang mengejutkan,bila celcom sekali lagi memberi saya rm3 kredit panggilan PERCUMA sah 30 hari...sudah 3 hari celcom memasukkan kredit rm3 dlm akaun saya.So sekarang dah jadi rm9.Tak tahu la apa muslihat celcom tapi kita kena berfikiran positif kan...iye tak teman2?



yg ni dapat rm3 dah tiga hari..
   Minggu depan banyak lagi kejutan yang ditunggu2.Harapan saya banyak lagi 'good news' yang akan saya
terima.Sama2 doa2kan.Itu saja perkongsian kali ini.Jumpa lagi dilain entry,Sekian Wasallam!

13 February 2014

Rahmat yang dinanti



       Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!

      Alhamdulillah,syukur sangat-sangat sebab baru kejap tadi yang dinanti-nanti selama lebih 30 hari
akhirnya datang jua setelah kemarau berpanjangan.



      Hujan yang turun,
    Bagaikan mutiara....
    

   Seronok sangat bila 'HUJAN' yang dinanti-nanti akhirnya membasahi bumi.Cuma hujan je yang boleh turun tapi harga barang tetap naik jer!!Camner dengan tempat teman-teman semua?Hujan ni rahmat dariNYA.Semua makhluk menikmatinya.Subhanallah!



   Dalam sebulan tanpa hujan,berlaku kepanasan,kebakaran dan kekeringan.Kawasan bersebelahan lebuhraya utara-selatan berhampiran plaza tol lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA)
turut terbakar akibat cuaca panas.Kebakaran juga berlaku ditapak pelupusan sampah di Arau,Perlis.
Itu antara berita yang saya baca dari suratkhabar hari ini.

    Semoga perkongsian ini diberkati....Sekian,Wasallam!

  
  

12 February 2014

Pembunuh Senyap



      Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Blogger2 semua!

    Alahai..tajuk pun suspen je!Tuannya kecik je,pakai baju berbelang-belang hitam putih(cam baju banduan luar negara).Itu la namanya nyamuk Aedes.Datangnya dari bandar,kalau nyamuk tiruk dari hutan.
Nyamuk aedes ni boleh membawa pada penyakit denggi.Kajian menunjukkan tahun ni saja(jan-feb)
sudah ada 22 kes kematian yang melibatkan nyamuk ini.Kes di Malaysia pulak meningkat 3x ganda.Subhanallah!!
inilah nyamuk aedes namanya..!

    Selalunya orang yang kena gigitan nyamuk aedes ni akan jadi demam panas yang luar biasa.Sampai ada yang menyerang sendi-sendi.Kes denggi berdarah pulak sampai membawa pada kematian.

   Jika Teman2 diserang demam denggi,banyakkan minum air putih.Sup ketam pun bagus,hirup kuahnya banyak2.Cepat2 kehospital bila demam berlarutan.

   Untuk menghalang nyamuk dari mengganggu hidup kita,pasanglah ubat nyamuk or sembur nyamuk
awal2 sebelum tidur(selalunya kita sembur bila nak tidur)!!
  Sistem kelambu perlu diwujudkan semula.Malah lebih baik dari sembur ubat nyamuk yg byk bahan kimia.
 Luangkan masa 10minit dihujung minggu utk buang takungan2 air supaya nyamuk tak membiak.
Nyamuk mudah membiak dlm air yang tak mengalir.
Tingkap2 rumah pun perlu dipasang jaringan supaya nyamuk tak boleh masuk tapi orang sekarang tak suka
buat macam tu sebab nanti pasang langsir cantik2 tapi orang tak boleh tengok..hehe
 


agak2 uolls tidur guna kelambu lagi ke sekarang?hihi..
  Masyarakat kita sebenarnya kurang kesedaran sivik.Kebersihan tidak dijaga sebab itu lah nyamuk senang membiak.Itu saja buat kali ini,sesungguhnya mencegah lebih baik dari kita kehilangan orang tersayang.
Sekian,Wasallam!

11 February 2014

Selimut Putih



      Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua!

         "Bila Izrail datang memanggil
         dekat dan sujud dipembaringan
         Sekujur tubuh akan menggigil..." 
   Itulah bait-bait lagu suatu waktu dahulu yg diputar dicorong2 radio.Perkongsian ilmu  saya kali ni dari rancangan
Tanyalah Ustaz pagi tadi.Teruja jugak saya mendengar Ustaz Hanafiah bercerita.Sekarang dah tak perlu ke masjid untuk mendengar ceramah2 agama..buka saja tv banyak ilmu boleh ditimba.



    Semua orang nak mati syahid tapi mati syahid pun bersyarat jugak.Orang yg mati syahid tu pastinya
solat tak pernah tinggal.Ini solat dah ler jarang2 ada hati nak mati syahid..!Mangsa2 tsunami di Acheh,
ada orang cakap mati syahid,yang pastinya orang2 islam la bukan orang bukan islam.Ustaz bercerita senang
nak tahu yang mana islam dan yang mana bukan islam.Mayat orang islam semua tertiarap dan mayat yang 
bukan islam melentang.Wallahuaklam!

   Penceritaan Ustaz diteruskan lagi dengan cerita anak buahnya pelajar medic di UIAM Kuantan.
Berlaku kemalangan dalam perjalanan tapi seurat aurat pun tak terbuka..cantik je baju dan tudung menutupi
tubuhnya walaupun badannya hancur.Perginya pula dalam keadaan masih berpuasa.Beginilah bila kita
menuntut ilmu kejalan Allah.Allah akan merindui orang2 seperti ini.Subhanallah!



   Ada kisah seorang remaja yang bila dimandikan jenazahnya bertukar jadi hitam.Orang yang solat jenazah pun 3orang saja sebab tak tahan dengan bau busuk jenazah.Bila ditanyakan ibunya,benarlah yang remaja tersebut telah menderhaka pada ibunya.Walau ibunya berdoa supaya mayat anaknya tidak diaibkan tapi tetap tak berjaya.Ibunya seorang ibu tunggal dan kisahnya si remaja ni nak ibunya membelikannya sebuah motorsikal,kalau tak dapat dia tak nak ambil PMR..Ibunya berusaha dengan berhutang tapi akhirnya si remaja itu kemalangan dan meninggal dunia.



   Sedekah boleh meringankan sakratul maut.Bila seseorang meninggal dunia maka tinggallah 3perkara
1)Ilmu yang bermanfaat
2)Sedekah
3)Anak yang soleh untuk topup pahala yg kurang.

   Kematian adalah rahsia Allah.Mudah-mudahan Allah beri kemudahan pada kita mengucap kalimah syahadah,In Sha Allah..Itu saja kali ni,Sekian..Wasallam!


10 February 2014

Bersama Anugerah Terindah



          Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!

   Cuaca sekarang cukup panas,diharap teman2 semua jangan lupa minum air yg banyak untuk menjaga kesihatan.Dalam masa yg sama,nyamuk aedes bermaharajalela dikawasan kediaman saya di Kajang.
Petang semalam kementerian kesihatan datang dan membuat penyemburan ubat utk membunuh nyamuk2 aedes.Sebenarnya sudah ada kes denggi melibatkan kematian dikawasan ni.Subhanallah!


camni ler wealls..dlm keta pun snap pic!!hehe


   Kisahnya anak dara sulong saya baru masuk uiam 3hari tapi sudah balik kerumah lagi hari khamis lepas.
So kena pergi hantar balik la semalam.Katanya tak de kelas lagi buat masa sekarang,nanti dah start study
dah tak boleh selalu balik dah.'Homesick' lagi la tu!!hehe..


ni la anankndaku,Anis Syafiqah

   Sudah lama sesangat tak jumpa anaknda kedua ku,Anis Syafiqah.Semalam sempat singgah dekat Shah Alam.Anis bekerja sambil belajar sekarang,sebab tu cuti CNY pun tak boleh balik rumah...kerja dekat
pizza hut,Shah Alam..Katanya ramai kawan2 dia pun kerja jugak.Harapanku moga Anis berjaya dalam apa bidang yg diceburinya.Walau sekejap cuma dapat bersua muka,akhirnya terlerai jugak kerinduan ku pada anakndaku ini.Anis masuk kerja pukul 5ptg-12mlm.


ni pulak anaknda sulong ku..

   Perjalanan diteruskan untuk ke Gombak pulak.Sempat merasa nasi ayam penyet dekat food court UIAM.
Oleh kerana ni makanan baru buat diri saya,susah nak habiskan..maklum sudah terbiasa dengan nasi kerabu,nasi dagang dan nasi berlauk..cam perempuan melayu terakhir gitu!!hiii...

   Perjalanan balik ke Kajang sungguh memeritkan bila jalan jem teruk.Maghrib baru sampai di rumah.
Orang kata jem ni dah jadi makanan orang K.L...kalu takut dengan jem jangan tinggal di K.L..(bukan saya yang cakap,tau!)hihi..

  Berjumpa lagi di N3 akan datang..Sekian,Wasallam!

   

   

09 February 2014

'My Favourite' Biskut Raya

    

Bismillahirrahmanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman-teman!

    Hihi...tetiba je kali ni N3 saya bertajuk sedemikian.Padahal sekarang masih dalam mood CNY.
Raya puasa dah lama berlalu.
  
    Tengah  shopping alatulis sekolah anak-anak,ternampak ada jualan penghabisan stok dekat kedai berhampiran..dah nama pun nak habiskan stok so harga pun lebih murah sikit dari biasa.Tapi jangan salah
paham pulak teman-teman,expired date biskut tu bulan mei nanti bukan dah expired tau..!!!


biskut badam bersalut coklat dan biskut tart nenas
   Kebetulan biskut yang dijual pulak 'my favourite'..sempat beli dua bekas.Biskut badam bersalut coklat dan
biskut tart nenas.Sedaaapp sesangat..!!!Mula-mula sayang pulak nak makan..tapi last-last liciiiin...hehe
Biskut ni keluaran orang melayu kita..jenama terkenal dipasaran jugak..

Agak-agak uolls ada tak kesilapan dari gambar ini???
   Itu saja perkongsian kali ni...Sekian,Wasallam!