.

10 February 2014

Bersama Anugerah Terindah



          Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!

   Cuaca sekarang cukup panas,diharap teman2 semua jangan lupa minum air yg banyak untuk menjaga kesihatan.Dalam masa yg sama,nyamuk aedes bermaharajalela dikawasan kediaman saya di Kajang.
Petang semalam kementerian kesihatan datang dan membuat penyemburan ubat utk membunuh nyamuk2 aedes.Sebenarnya sudah ada kes denggi melibatkan kematian dikawasan ni.Subhanallah!


camni ler wealls..dlm keta pun snap pic!!hehe


   Kisahnya anak dara sulong saya baru masuk uiam 3hari tapi sudah balik kerumah lagi hari khamis lepas.
So kena pergi hantar balik la semalam.Katanya tak de kelas lagi buat masa sekarang,nanti dah start study
dah tak boleh selalu balik dah.'Homesick' lagi la tu!!hehe..


ni la anankndaku,Anis Syafiqah

   Sudah lama sesangat tak jumpa anaknda kedua ku,Anis Syafiqah.Semalam sempat singgah dekat Shah Alam.Anis bekerja sambil belajar sekarang,sebab tu cuti CNY pun tak boleh balik rumah...kerja dekat
pizza hut,Shah Alam..Katanya ramai kawan2 dia pun kerja jugak.Harapanku moga Anis berjaya dalam apa bidang yg diceburinya.Walau sekejap cuma dapat bersua muka,akhirnya terlerai jugak kerinduan ku pada anakndaku ini.Anis masuk kerja pukul 5ptg-12mlm.


ni pulak anaknda sulong ku..

   Perjalanan diteruskan untuk ke Gombak pulak.Sempat merasa nasi ayam penyet dekat food court UIAM.
Oleh kerana ni makanan baru buat diri saya,susah nak habiskan..maklum sudah terbiasa dengan nasi kerabu,nasi dagang dan nasi berlauk..cam perempuan melayu terakhir gitu!!hiii...

   Perjalanan balik ke Kajang sungguh memeritkan bila jalan jem teruk.Maghrib baru sampai di rumah.
Orang kata jem ni dah jadi makanan orang K.L...kalu takut dengan jem jangan tinggal di K.L..(bukan saya yang cakap,tau!)hihi..

  Berjumpa lagi di N3 akan datang..Sekian,Wasallam!

   

   

4 comments:

  1. kalau dah tau mcm ni senang le skit,nti mai d rmh jamu nasi dgn budu je.....!!

    ReplyDelete
  2. Xpe...x rugi mencuba jenis makanan yg berbeza..br rasa nikmat hidup hihi

    ReplyDelete
  3. i like budu!!!yg pasti kena ada byk ulam tau,idah..hiii

    ReplyDelete
  4. tp nasi ayam penyet tu mmg xleh telan,sambal pun xmengancam!

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤