.

26 February 2014

Petua Mudah Bersalin



       Bismillahirrahmanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam rabu buat semua!

       Ish...ish...ishh...Jangan salah paham duhai Teman-teman tersayang!Tajuk 'entry' saya sedemikian
sekadar ingin berkongsi sesama wanita.Kita patut bersyukur kerana dilahirkan sebagai wanita.
Bertuah kerana dapat melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan.Keistimewaan ini tiada pada
kaum lelaki.


gambar ihsan dari google

    Pada Teman-teman yang berhasrat untuk menambah anak ditahun baru ni or yang sudah pun mengandung,
patut mengamalkan petua ini untuk memudahkan proses melahirkan nanti.

  Antara petua-petuanya...

1) Amalkan baca surah Yaasin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
2) Ketika hampir bersalin,amalkan zikrullah tasbih nabi Yunus.
3) Amalkan minum air lebihan suami.
4) Amalkan minum air basuhan rambut ketika mandi.
5) Amalkan makan buah kurma sepanjang kehamilan,ia membantu memberi tenaga,sumber kalsium
   melembutkan otot rahim dan memudahkan laluan bayi.
6) Minum air kelapa dihujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
7) Kerap makan bendi untuk memudahkan laluan bayi.
8) Amalkan makan epal dan minum susu selain minum air soya.Ini bagi mendapatkan kulit bayi bersih dan putih.


gambar ihsan dari google

    Ada wanita beruntung sebab mudah je bersalin,kalau macam ni setahun seorang pun sanggup!Walauapapun,berdoalah moga ibu dan anak selamat.Itu saja buat kali ini,In Sha Allah jumpa lagi..
Sekian,Wasallam!


2 comments:

  1. Kalau sunyi nk dengar suara tangisan ank kecil,cepat2lah timang cucu....!!! hiiiii

    ReplyDelete
  2. ajal maut,jodoh pertemuan ditgnNYA..sama2 la kita doakan ank2 kita dpt jdohnya yg baik2 dan beriman..dan dpt cucu2 yg comel2!!hikhik..

    ReplyDelete

❤ Komen anda saya hargai ❤