.

16 April 2014

WW-Imbas Kembali



      Bismillahirrahmaanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Rabu Teman2!

      Best juga tajuk tanyalah ustaz pagi ni,'merpati sejoli'...Ustaz Hanafiah sempat lagi menyanyikan
lagu,'berkorban apa saja,harta atau pun nyawa'... :)


rendang yg mengingatkan kembali kenangan lama

    Pagi ni walau air dicatu,permintaan anak-anak untuk Umminya masak rendang ayam diikutkan
juga.Maklum nak jadi tokoh ibu mithali...!Tapi bila masak rendang teringat arwah Bonda tersayang.
Suatu waktu dahulu,ketika malam raya puasa..sempat wealls balik beraya dikampung.
Malam raya tu saya masakkan rendang ayam,kuah kacang dan ketupat nasi.
Chik (panggilan buat bonda tersayang),merasa kuah rendangku dan memberitahuku yang
rendang hasil tanganku itu sedap,secukup rasa dan kata Chik lagi nak merasa lagi bila raya haji nanti.


gambar kanan kenangan bersama arwah bonda.gambar kiri bersama bonda saudara tersayang (adik arwah chik).

   Tapi rupa-rupanya itulah kali terakhir saya berjumpa dengan arwah bonda tercinta.Arwah Chik
sudah 8 tahun pergi meninggalkan wealls iaitu pada 15mac 2006 (hari rabu).Setelah 5 tahun pemergian Bonda....,Ayahanda
tersayang pulak menyusul pada 11 nov 2011..cantik tu tarikhnya 11.11.11 bersamaan hari jumaat,seminggu selepas raya haji (korban). Pusara Bonda dan Ayahanda tercinta disemadikan sebelah
menyebelah...Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah..,Aamiin..Alahai,tak boleh cerita panjang-panjang nanti banjir airmata pulak pagi-pagi ni...Sekian,Wasallam!

  

15 April 2014

Istimewanya Wanita



     Bismillahirrahmaanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!

     Kelakar pulak bila ustaz cerita dalam kuliyyah ilmu pagi tadi tentang budak-budak
sekolah diPantai Timur...bila disuruh membaca Al-Fatihah,semua students diam je..
Rupa-rupanya mereka tak tahu apa itu Al-Fatihah tapi kalau suruh baca Alhamdulillah...
laju jer bacanya...!hehe..

    Kali ni nak kongsi petikan ni..


   Alhamdulillah..terasa bertuah diri ini dilahirkan sebagai wanita..betul tak Uolls?
Jumpa lagi dilain entry,Wasallam!

P/S: Betul ke desas desus catuan air di Selangor nak dilanjutkan 3 bulan lagi..?

13 April 2014

Menikmati Musibah



     Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman2!


      Alhamdulillah..Pagi ni sempat mengikuti program Tanyalah Ustaz.Tertarik pulak dengan
cerita Ustaz tadi..Apabila ditimpa musibah,kita kena banyak bersabar..jangan pulak jadi
tak terurus sampai tak mandi,rambut tak sikat,tiada selera makan dan mengasingkan diri
dari dunia luar..MasyaAllah!

   Ustaz bercerita suatu waktu dahulu ada satu keluarga yang membela tiga ekor haiwan belaan.
Ayam untuk mengejutkannya dari tidur (untuk bangun pagi),kaldai kegunaannya untuk 
mengangkut air dan anjing untuk menjaga keselamatan rumahnya dari perompak.



  Tiba-tiba suatu hari ayamnya dimakan musang,seluruh keluarga bersedih tapi ayahnya tenang
saja malah berfikiran positif lagi,katanya,"Alhamdulillah,mungkin ada hikmah disebaliknya"..
Selepas sehari anjingnya pulak mati,seluruh keluarga risau tapi ayahnya tetap mengucapkan
Alhamdulillah..Akhir sekali kaldai pulak mati tapi ayahnya tetap begitu..



  Suatu malam datang sekumpulan perompak kekampung itu,semua rumah dirompak 
kecuali rumah keluarga tadi.....nak tahu kenapa Teman2? (bikin suspen sikit)...:)
Sebabnya ialah kerana perompak hanya merompak rumah yang ada haiwan belaan saja
sedangkan rumah keluarga tadi sudah tiada haiwan belaan so terlepaslah dari rompakan..
besar sungguh hikmah disebalik kejadian itu...betul tak Teman2?

  Musibah or ujian yang kita hadapi sebenarnya untuk mencuci dosa-dosa kecil kita(kifarah).
Ia juga untuk mengangkat darjat kita disisi Tuhan.Bila ditimpa musibah,kita lebih
mendekatkan diri dengan Pencipta melalui doa-doa kita dan melalui sujud kita dimalam-malam hari.
Kita kena ingat yang kita bukan Pemilik tapi cuma peminjam...Setiap yang berlaku
akan balik pada Penciptanya...Itu saja perkongsian kali ini,Wasallam!


12 April 2014

Tetamu tak diundang



        Bismillahirrahmaanirrahiim....Assalamualaikum dan Salam berhujung minggu Uolls!


kemain lg si meow ni sanggup panjat pagar balcony umhku..


say cheese..!siap posing lg tu..hihi

         Time nak keluar berjoging pagi tadi,ada ler tetamu kecil ni didepan sliding rumahku.
Entah dari mana datangnya sebab kat kuarters ni mana boleh bela haiwan seperti ayam,burung
dan kucing.Kesian jugak bila dengar kucing tu mengiau-ngiau maybe kelaparan..

   Agak-agak Uolls kenapa kucing tu boleh berada didepan rumah saya tapi
bukan dirumah jiran-jiran saya..?kita try uji minda pulak kali ni...By the way tenkiu la si meow sebab kehadiran mu memberi idea untuk saya menulis entry ini...ahaks!
Jumpa lagi dilain entry...Wasallam!

        

        

09 April 2014

Kuih muih yang menjadi pujaan hatiku



     Bismillahirrahmaanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Rabu semua!

     Sambil menunggu keajaiban berlaku..manalah tahu tiba-tiba air masuk kedalam tangki..
Fobia sekarang terutama bila terdengar je air masuk tangki rasa nak melompat kegembiraan..
nak bagitahu satu jagatraya berita gembira ini... :)

   Semenjak catuan air ni,mood nak buat kuih dah lari jauh-jauh entah kemana dah....masak pun
ala kadar je..jimat air la konon!!Bila dah lama tak buat kuih rasa gatal tangan pulak so layan
kat Encik google...semua ada Uolls!Teringat pulak dengan kuih muih dari Kelantan,maklum 
orang kelantankan...Kat bandar ni memang ada sesetengah kuih ni tapi macam tak sama je rasa..
Uolls layan gambar je ler...


kuih onde-onde

kuih tahi itik..xsenonoh betul nama ni!

pulut pagi

kuih biji nangka

kuih lompat tikam

kuih pulut pisang

bukan dodol tapi gelembung buaya

kuih netbak bukan netball Uolls!

kuih buah gomak

kuih buah tanjung dan jala mas

kuih akok


kuih cik mek molek

   Uolls rasa mana satu yang menjadi pevret?jumpa lagi...Wasallam!

08 April 2014

Lawak dipagi hari..



    Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Sayang Uolls!

    Baru berkesempatan bersiaran dihari selasa yang indah ini.Maklum sekarang
tengah busy dengan operasi menadah air bila catuan bermula.Internet pun satu hal,
elok-elok dah taip panjang-panjang tetiba hilang entah kemana..bila bukak draft
cuma tinggal tajuk jer..!!!GRrrrrrrrr....!!!

   Pagi tadi sempat goreng nasi buat Putera Puteri tersayang untuk breakfast..
sambil makan sempat lagi Putera Puteriku mencelah.."hari ni tak payah pergi
sekolah la"..(dalam hati Umminya dah berdebar-debar ni)..Bila ditanya kenapa..
senang je si abang menjawab,"dah hari ni dan esok tak ada air kan"...sabor je ler Ummi!!!


nasi goreng cinta kasih istimewa buat putera puteri tersayang..

  Si adik pulak bercerita panjang lebar,katanya..masa jerebu,sekolah cuti..tapi kenapa
masa tragedi MH370 hilang tak pulak cuti sekolah..!! Pagi-pagi lagi nampak kecik je
budak-budak ni..lawak ya!!Tu lah budak-budak,walau sudah besar panjang tapi masih
perlukan bimbingan untuk lebih matang dalam menjalani kehidupan..Bertemu lagi dilain entry,Wasallam!

06 April 2014

Kem Briged Pengawas SAAS



     Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu Teman-teman..

     Selain pencarian MH370..catuan air menjadi topik paling hangat untuk dibicarakan 
diakhir-akhir ini.Petang semalam operasi mengangkut air dari blok bujang penjara ke
Desa Mutiara..guna getah paip untuk diisi kedalam tong bekas simpanan air..
Penat?ada ler sikit-sikit, bila sampai kerumah anak-anak yang punggah air tu..

   Semalam Anakanda bongsu,Nur Nisaa' Syuhada ada kem pengawas yang dibuat
disurau sekolahnya,sekolah Sultan Abdul Aziz Syah (SAAS)..
Dari pagi pukul 6 petang baru balik rumah.Syuhada cerita yang juara menjadi miliknya..
Ada ler terima hamper...jom kita layan gambar..antara aktiviti2 yang dilakukan.


dibwh bimbingan guru

pakaian briged pengawas yang baru...sehelai baju rm60


macam2 xtvt dilakukan..

ini ler Anakanda bongsuku,Nur Nisaa' Syuhada..Juara!!

   Itu saja perkongsian kali ni..jumpa lagi..Wasallam!