.

10 September 2014

Besday girl



  Bismillahirrahmanirrahim...Salam manis uolls!

    Sejak buka blog ni semua benda nak berkongsi dengan uolls!Belum pun setahun
umur blog ini sebab itu la nak share semua benda ni,walaupun yang throw back.



kek wajib ada..budak kerja kedai kek buat kerja pun xelok..tulis pun salah!

antara present dr kengkwn..byk lg sebenarnya tp dah throw back kan...

ini lak hadiah yg dpt besday thn lepas..meriah kan!

  Pada 29hb ogos riteww adalah harijadi Puteri bongsu saya.Macamana boleh terlupa 
nak tulis entry ni??nak kata sibuk,rasanya tak adalah sibuk mana pun..!!

ini lah tuan punya badan...merah sangat la mak ngah!!!

  Sekarang Puteri bongsu ummi dah dewasa,dah jadi anak dara dah..umur pun dah
15tahun.Ummi cukup bangga dengan Puteri ummi..Nur Nisaa' Syuhada...:)
Moga menjadi anak yang solehah buat ummi dan abah.Teruskan perjuangan demi
cita-cita yang diimpikan..semoga cemerlang pt3 oktober nanti..In Sha Allah!
Jumpa lagi,Wasallam...

08 September 2014

Pengajian tahun ke2 bermula



    Bismillahirrahmanirrahim....Salam manis uolls!

     Alhamdulillah...setelah bercuti panjang selama 3 bulan dari study,hari ini bermulalah
episod baru buat Puteri sulungku.Tahun kedua di semester pertama.Makin mencabar
dan ujian pun makin bertambah.

bersama puteri sulung dan puteri ke2 ku...

   Baru saja berpisah sehari sudah rindu-rinduan umminya!Marilah uolls sama-sama
doakan moga dipermudahkan segala urusan Puteri sulung saya ini.

bersama puteri sulung ketika menghantar puteri ke2 balik ke shah alam..

 Masih di marhallah nusaibah tetapi blok berlainan pula.Bilik ditingkat kedua ni tak
penat sikit,cuma naik dua tangga dah sampai kebilik...Alhamdulillah.

ketika shopping sempat berselfie...

dibilik asrama..

   Teruskanlah perjuangan duhai anakanda ku,Nadratun Naim..Pada semua anakanda2
ku,kalian sentiasa dalam doa ummi..moga berjaya dunia dan akhirat..In Sha Allah.
Jumpa lagi,Wasallam...

31 August 2014

Kuarters berubah wajah



     Bismillahirrahmanirrahim....Salam Merdeka uolls!!

      Hari ini kita menyambut kemerdekaan yang ke 57.Semoga Negara kita tetap aman dan sentosa
selama-lamanya....:)

kuarters wealls b4 cat...masih serabut ngan staging didpn umh..

    Sudah lama menyepi ni rasa bertuah pula dapat keudara hari ini.Rindu uolls..!!
Kali ni nak berkongsi cerita pasal kediaman wealls.Berpindah ke kuarters ni 20 tahun
yang lalu.Bangunan 4 blok penjawat awam ini diberi nafas baru dengan penambahbaikan
dan mengecat baru.

baru dicat separuh..

masih dlm proses pengecatan..

   Sebenarnya semua blok tak siap dibaiki dan dicat lagi... ambil masa sikit maklum
bangunan lama,banyak yang rosak.Yang pasti kediaman wealls bertambah ceria
dengan kaler hijau tua dan hijau muda....Alhamdulillah!
Jumpa lagi...Wasallam.

16 August 2014

Jamuan tahunan pengawas sekolah



     Bismillahirrahmanirrahim...Salam Syawal uolls!

     Hari ni pepagi lagi kena hantar Anakanda bongsu ke Oriental Crystal hotel.
Anakanda saya ni memegang jawatan pengawas sekolah dari form 1 lagi
sampai lah sekarang dah form 3.





   Tetiap tahun jamuan pengawas sekolah diadakan dihotel.Biasa la
setiap tahun ada temanya.Tahun ini mulanya tema king and queen,
tapi dibatalkan dan ditukar pada tema costume pula.

acara pemberian hadiah

notis yang melucukan dihotel ni...

   Sebenarnya Anakanda bongsu saya ni terbeli awal lagi baju untuk ke
jamuan itu.Bila ditukar tema,tetap je pakai baju itu..sebab rasanya ok je!

puteri bongsu bersama kwnnya..

berselfie dulu...moga cemerlang pt3 nanti.

betul ke rupa depa seiras?

  Ini je la antara gambar-gambar yang sempat ditempek,yang lain 
buat tatapan sendiri jer...Jumpa lagi,Wasallam.

11 August 2014

Femes gara-gara pesbuk



        Bismillahirrahmanirrahiim....Salam syawal uolls!


       Bulan syawal ni banyak la undangan ke rumah terbuka raya kawan-kawan dan saudara mara.
Kisahnya sabtu hari tu,sepupu tersayang jemput ke rumahnya untuk jamuan raya.Saya datang berdua je
bersama en suami sebab anakanda semua sibuk dengan aktiviti masing-masing.

    Biasa la bila tinggal kat K.L ni kalau tak merasa jem tak sah!Orang kata dah jadi makanan :(
Tempat yang dekat jadi jauh bila terpaksa meredah jem...tapi demi orang tersayang,ku teruskan
juga perjalanan.

   Sampai je di kondominium sepupu ku,sesat pulak nak mencari rumahnya..!Padahal dah beberapa kali
datang tetap juga sesat...(faktor usia kot!).Sempat call tanya tapi tak jumpa-jumpa juga.Tetiba
nampak anak sulung sepupu ku keluar dari tangga kedua...oh penyelamat ku!!!lega....:)

amik kat en google je coz segan nak snap pic...

   Dari luar rumah lagi dah terhidu bau gulai ikan  nasi dagang...tu belum makan lagi!!
Masuk je ke rumah sepupu ku itu...sudah ramai tetamu yang datang,terutama dikalangan warga cecikgu la
sebab sepupu ku itu pun seorang guru.Dah adat kita la bila berjumpa bersalaman.
Bila salam je,salah seorang guru disitu cakap,"ni yang kat fb tu ya"..?.(padahal saya pun tak ingat).
Ni pun maybe faktor usiajuga kot!hehe..

  Setiap pertemuan akan ada perpisahan.Masa untuk mengundur diri pun tiba.Wealls dibekalkan
dengan nasi dagang bersama lauk gulai ikan dan gulai ayam (sedapp sampai lekat bau ditangan)...hihi
Ada ketupat nasi bersama kuah kacang lagi...Terimakasih tuan rumah,lain kali jemput la lagi...kiki

   Dalam perjalanan menuju ke kereta,ternampak dari jauh seorang lelaki dan seorang wanita.
Dari jauh lagi si wanita ni senyum memanjang pada ku,pelik dan takut pun ada.Sebab saya
memang tak mengenalinya.Semakin dekat si wanita ni menghulurkan tangan untuk bersalaman
denganku..tapi bila beliau cakap,"akak,saya cikgu Azie kawan fb..kita kenal kat fb"...baru la
hilang semua kegusaran ku tadi...:)
Terimakasih uolls kawan2 dipesbuk yang very sporting!Ingat artis je ke femes....?
Jumpa lagi,Wasallam...

07 August 2014

Si merpati pula yang tersepit



     Bismillahirrahmanirrahiim....Salam syawal uolls!

    Entry yang ke 170 setelah 7 bulan saya mula bercerita kisah suka duka dan berkongsi
sedikit ilmu.Kali ini nak bercerita kisah jiran saya pula. (bukan mengumpat tau..!)...

   Biasa la bila tinggal di kuarters luar ni,bercampur la wealls dengan pelbagai bangsa.
Kebetulan jiran saya ni berbangsa cina tinggal sebelah menyebelah pulak.
Yang sebelah kiri baru je dapat warganegara setelah 13 tahun tinggal disini...cina Indonesia.
Jiran sebelah rumahnya pula cina bandar (tak de kampung).

sejinak-jinak merpati..

   Ceritanya bermula bila cina bandar tu suka sangat memberi makanan untuk burung merpati.
(termasuk saya la tu)...Banyak juga merpati yang datang,seumpama tinggal kat London dah rasanya!!!
Tetiap pagi bila panggil jer...kurrr..kurrr...maka terbang turun la si merpati2 itu.Dalam banyak2 tu
ada la yang meninggalkan najis (dah ramai sangat).

   Cina Indonesia ni mula marah-marah kat jirannya.Katanya najis merpati merbahaya,boleh
merosakkan kereta mewahnya bila merpati2 itu membuang najis diatas keretanya.
Cina bandar mempertahankan pendiriannya dengan menjawab,"kita nak buat kebaikan
pada burung,salah ke?"....Cina Indonesia tu pula menjawab,"kalau nak buat kebaikan
bukan macam ni,pergi bawak makanan kat rumah kebajikan,bagi orang-orang susah makan
baru betul".

   Suatu hari ketika cina bandar keluar,cina Indonesia mengambil kesempatan memberi makan
pada merpati2 itu dengan dicampur alkohol supaya merpati2 itu pening dan mati so tiada lagi
merpati akan datang dikawasan rumahnya.Ketika saya sedang mengangkat kain dijemuran,
cina Indonesia sempat menunjukkan tangannya kearah 2ekor burung yang sudah mati.
Katanya,"tengok disana,,,,ada 2 bijik dah mati"....Bila berjiran dengan bangsa lain,kita
kena faham bahasa yang digunakan walaupun kita pun sebenarnya tidak memahaminya...
Kesian kan uolls,merpati yang menjadi mangsa...Jumpa lagi,Wasallam....

06 August 2014

Sakit pulak hatinya!



    Bismillahirrahmanirrahiim...Salam Syawal uolls!

    Lamanya tak menulis...rindu la kat uolls!!hehe...
Kali ni nak bercerita kisah Anakanda sulung tersayang.

  Buat pengetahuan uolls,Puteri sulung saya ni bercuti semester dari pengajian kat UIAM,Gombak.
Biasa la bila cuti panjang ni (3 bulan),kerja la sementara bagi memenuhi masa lapang moga 
tak terisi dengan benda2 yang tak ada faedahnya dan at least dapat jugak cari duit untuk 
pengajian akan datang.

   Kali ni Puteri ku bekerja di kopitiam dekat metro points.Time cuti semester dulu pernah
bekerja di butik De Alfa (butik pakaian),dekat metro kajang.Katanya kali ni nak
cuba kerja bidang makanan pulak.

   Biasa la bila dah kerja kat kedai makan,bila custamor keluar maka Puteri saya ni
buat la kerja macam biasa...mengelap meja makan!Kisahnya bermula bila
sedang puteri saya mengelap meja,ada la custamor lain bersama anak2nya
sedang makan selang dua buah meja dari meja yang puteri saya sedang lap tu.

  Custamor tu sempat cakap kat anak-anaknya..."dik,tengok tu jangan jadi cam akak tu..
malas belajar la tu,itu pasal kerja camtu jer..".....Bila puteri saya mendengarnya,bengkek je hatinya..
rasa macam kecik je custamor tu!tapi puteri saya senyum je kat custamor tu......
Agaknya kalau berlaku situasi cenggini pada uolls,apa yang uolls akan buat ek?

ummi berselfie ngan puteri sulung...

  Saya pernah melihat seorang budak kecil membantu maknya digerai tepi pantai (pcb)..
tapi saya suruh anak-anak lihat bagaimana susahnya mereka sampai terpaksa bekerja
walaupun masih belajar lagi.Anak-anak sanggup membantu mak ayahnya.
Rupanya pandangan kita berbeza.Jumpa lagi uolls,Wasallam...